Monday, May 20, 2013

Allah lah yg memberi hidayah kpd siapa yg dia mahu

Firman Allah 

إ نك لا تهدي من أ حببت ولكن الله يهدي من يشاء 

Artinya: Sesungguhnya engkau muhammad tidak boleh beri petunjuk kpd sesiapa yg engkau suka tetapi Allah sahajalah yg bagi petunjuk kpd sesiapa yg Dia kehendaki. 

"Mabruk" Tahniah Calvin Thoo

1. Dewan Pemuda PAS Malaysia merafa'kan segunung syukur kehadhrat Qadhi Rabbul Jalil dan merakamkan setinggi - tinggi tahniah buat Calvin Thoo yang merupakan seorang pereka fesyen terkemuka di Malaysia kini menjadi saudara baru setelah beliau memeluk ajaran Islam di hadapan Al Fadhil Ustaz Dato' Ismail Kamus petang semalam.

2. Calvin sudah lebih 17 tahun berkecimpung dalam indsutri fesyen dan memiliki jenama sendiri. Terkenal sebagai pereka fesyen artis dalam program seperti ABPBH, Minggu Fesyen Kuala Lumpur, Anugerah Fesyen Antarabangsa Malaysia, Festival Fesyen Islam KL .

3. Semoga Calvin Thoo terus tabah menghadapi ujian hidup dan terus bergantung kepada Allah Azza wa Jalla. Kami para pemuda Islam insyaallah akan senantiasa bersedia untuk menjadi saudara seaqidah dan berperanan sebaik mungkin untuk support saudara Calvin Thoo dalam menghadapi cabaran dunia baru beliau.

4. Kehadhiran Calvin Thoo bersama kalimah Toiyyibah atau Syahadah ini insyaallah memberi warna dan wajah baru terutamanya dalam dunia reka fesyen. Mudah - mudahan selepas ini, negara kita akan terus dicorak oleh pelbagai seni fesyen yang patuh syariah melalui sentihan pakar reka fesyen tersohor ini.

5. Saya juga mengharapkan semua pihak menerima baik sekaligus menunjukkan teladan kelas tertinggi buat saudara baru Calvin Thoo. Ini akan memberikan ketenangan dan kebaikan buat beliau dalam menghadapi hari - hari yang penuh bermakna dalam hidupnya. Sekali lagi saya ucapkan tahniah buat Calvin Thoo kerana memilih untuk hidup bersama Islam , sebuah agama yang diturunkan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia dan Tuhan yang Maha mengurniakan rezeki kepada seluruh makhlukNya.

YB Ust Nasrudin bin Hassan
Ketua DPP Malaysia
Ahli Parlimen Temerloh

No comments:

Post a Comment