Monday, May 20, 2013

Kos pencarian vaksin HIV bernilai RM24 bilion

WASHINGTON - Kos pencarian vaksin untuk virus HIV menelan belanja AS$8 bilion (RM24.1 bilion) sejak sedekad lalu tetapi masih belum menampakkan kejayaan sehingga kini.
Kegagalan percubaan terbaharu juga menyebabkan usaha menghasilkan vaksin HIV sejak 26 tahun dahulu telah terbantut.
Pengarah Eksekutif Rangkaian Percubaan Vaksin HIV, James Kublin berkata, percubaan klinikal seterusnya untuk vaksin itu mungkin mengambil masa beberapa tahun lagi.
"Perkembangan ini sungguh mengecewakan," katanya.
Menurut Kublin, percubaan klinikal terbaharu yang dikenali sebagai HVTN 505 dihentikan lebih awal kerana vaksin itu didapati tidak menghalang jangkitan HIV.
Sebelum ini, sebilangan kecil penghidap HIV didapati mengeluarkan antibodi yang dapat mematikan pelbagai variasi virus tersebut.
Namun, sehingga kini para saintis gagal menghasilkan vaksin HIV daripada maklumat antibodi darah mereka.
Sekitar 34 juta orang telah dijangkiti HIV di seluruh dunia dengan 30 juta pesakit mati akibat Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) sejak penyakit itu mula dikesan 30 tahun lalu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0520&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_09.htm#ixzz2TmLCON00 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment