Friday, May 3, 2013

Bangang forever!


Tidak bersyukur!

Bekas Panglima Tentera Darat Jeneral (B) Tan Sri Mohd Azumi Mohamed menyifatkan bekas pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menyertai pembangkang sebagai tidak bersyukur dan tidak menghargai sumbangan diberikan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN).

Dengan nada penuh emosi, beliau menyelar tindakan sesetengah bekas pegawai kanan berkenaan dan mahu mereka kembali menilai jasa dan pengorbanan diberikan kerajaan hingga melayakkan mereka menerima pelbagai imbuhan ketika berkhidmat. Menurutnya, beliau tidak faham sikap sesetengah individu itu yang seakan-akan lupa daratan dengan menghina serta mencaci kerajaan termasuk ATM sendiri sedangkan mereka pernah berada dalam pasukan berkenaan.


Katanya, golongan itu perlu mengingati kembali lafaz sumpah setia mereka sebelum diterima memasuki ATM dan tidak mengkhianati kerajaan yang banyak berjasa untuk menyempurnakan kehidupan mereka.


“Hak mengundi hak individu, pada masa inilah mereka boleh memangkah siapa yang mereka hendak. Cuma tindakan lantang mereka mengecam kerajaan termasuk ATM amat tidak beretika termasuk sesetengah daripada mereka sanggup melabelkan kerajaan dengan pelbagai gelaran.


“Apa lagi yang mereka hendak pun saya tidak tahu kerana semuanya sudah mereka dapat termasuk pangkat. Kerajaan memang sentiasa mengambil berat kebajikan bekas warga ATM dan tiada sebab mereka menentang kerajaan.


“Saya sangat sedih dengan tindakan mereka kerana ia memberi contoh tidak baik kepada golongan muda dan jika ditanya pandangan saya mengenai kerajaan, jawapan saya sangat mudah iaitu kerajaan sekarang adalah kerajaan terbaik di dunia,” katanya, di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment