Friday, May 3, 2013

PKR dakwa PMO terlibat bawa pengundi dicurigai

# Pejabat Perdana Menteri sendiri terlibat dalam ops membawa masuk pengundi hantu...? Habislah BN.. semakin byk komplot jahat yg bakal terbongkar. dan semakin ramai rakyat akan nampak permainan kotor UMNO BN. Pastikan BN tumbang kali ini. INI KALILAA...!

-nw-

_______________________________________________


MalaysiaKini :

PKR dakwa PMO terlibat bawa pengundi dicurigai


Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Pejabat Perdana Menteri (PMO) terlibat dalam operasi untuk membawa masuk pengundi yang dicurigai dari Malaysia Timur ke Semenanjung.
Anwar mendakwa PKR memperolehi bukti dokumen dan fotograf berhubung 16 penerbangan sewa khas yang membuat perjalanan setiap hari dari pelbagai lokasi di Malaysia Timur.

Beliau mendakwa, sekurang-kurangnya 40,500 orang akan dibawa dalam penerbangan tersebut menjelang hari mengundi.

Beliau juga mendakwa, daftar penumpang yang didakwa diperolehi PKR, menunjukkan bahawa penumpang tersebut merupakan warga asing.

Anwar juga berkata parti tersebut memperolehi salinan komunikasi emel Sistem Penerbangan Malaysia yang didakwa mengaitkan PMO dengan penerbangan sewa khas tersebut.
 —

No comments:

Post a Comment