Friday, May 3, 2013

NABI TAK DIDIK UNTUK BERSUMPAH DIKAABAH.

Tajuk Berita - semua penjenayah dgn ini dibebaskan kerana mereka telah melakukan sumpah di depan Kaabah. Sekian harap maklum.

-nw-

___________________________________________

NABI TAK DIDIK UNTUK BERSUMPAH DIKABAH.

Dr Asri Zainal Abidin dalam kenyataan terkininya di twitter menyebut tidak pernah Nabi Muhammad s.a.w. mendidik umatnya untuk bersumpah di Kaabah jika berlaku sebarang masalah pertikaian sesuatu perkara.

Beliau ada menyebut "Kita sedia maklum terdapatnya hadith tentang keutamaan solat di Masjid al Haram serta kemustajaban berdoa di hadapan Kaabah. Tetapi Rasulullah tidak pernah mendidik umatnya untuk bersumpah di hadapan Kaabah kerana bimbing ianya menyamai perbuatan masyarakat arab jahiliyyah yang gemar bersumpah dan menilik nasib (dengan anak panah) di depan Kaabah…”

“Kenapakah perlu bersumpah di depan Kaabah? Adakah semata-mata untuk mempergunakan sentimen orang melayu Islam yang terlalu cepat ta’jub dengan kisah-kisah mistik Kaabah.

Tambah beliau lagi "Umpamanya kecenderungan beberapa majalah memaparkan kisah mistik di Kaabah seperti “Pendosa yang tidak dapat melihat Kaabah”.

Jika benarlah kisah-kisah seumpama itu, maka sudah tentulah Abu Jahal dan Abu Sufiyyan lah orang-orang pertama yang gagal melihat Kaabah disebabkan kekufuran dan kefasikan mereka…”

Kenyataan Dr MAZA ini ada kaitan dengan sumpah laknat kedua Saiful Bahri. Banyak blog mempertikaikan kesahihah video tersebut kerana ada beberapa percanggah misalnya kedudukan Saiful semasa melafaz sumpah berkenaan.

No comments:

Post a Comment