Rohana
Rohana
ASTRO Malaysia Holdings Bhd (Astro) catat peningkatanhasil 14 peratus kepada RM1.1 bilion untuk suku pertama berakhir 30 April 2013, berbanding RM986 juta pada tempoh sama tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Datuk Rohana Rozhan berkata, peningkatan itu didorong bilangan pelanggan televisyen berbayar dan televisyen satelit tanpa langgananNjoi yang lebih tinggi serta peningkatan hasil purata setiap pelanggan dan hasil pengiklanan.

Astro turut mencatat pertambahan bilangan pelanggan sebanyak 15 peratus kepada 3.58 juta orang, sekali gus menembusi 53 peratus kediaman televisyen di Malaysia.

“Kami bermula dengan baik tahun kewangan ini dengan terus giat melaksanakan usaha strategik utama kami.

"Pendapatan bersih Astro sebanyak RM114 juta pada suku ini adalah seperti yang dirancangkan," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pelancaran pakej kandungan tambahan berfokus seperti Pek Nilai dan Pek Chakravarthy menunjukkan Astro menyediakan produk sesuai dengan kehendak pelanggan berbeza.

Pada suku tahun kewanganini, pelanggan televisyen berbayar Astro meningkat 40,000 kepada 3.32 juta sementara pelanggan Njoi bertambah 55,000 kepada 264,000.

Pelanggan Astro B.yond meningkat kepada 2.18 juta dan daripada jumlah itu, 1.4 juta menggunakan Definisi Tinggi atau HD.