INSIDEN RUNTUHAN MENARA ANTENA BANGUNAN UMNO P.PINANG.
Kenyataan Media DPPN P.Pinang;
1. Dewan Pemuda PAS P.Pinang melahirkan kekesalan atas insiden runtuhan menara antena yang terletak di atas bangunan UMNO P.Pinang lewat petang tadi, yang kebetulan berlaku dalam tempoh seminggu selepas tragedi runtuhan Jambatan Kedua P.Pinang.
2. Kejadian yang berlaku akibat ribut kuat ini menunjukkan bahawa bangunan milik UMNO P.Pinang yg mendapat keuntungan hasil sewaan kpd beberapa pihak ini sudah begitu uzur & tidak terjamin keselamatannya.
DPPN P.Pinang mendesak supaya UMNO P.Pinang segera mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk menyiasat & memberi jaminan akan keselamatan bangunan ini.
Penghuni bangunan UMNO ini juga dicadangkan mengosongkan premis masing-masing hinggalah ianya benar-benar terjamin selamat.
3. UMNO P.Pinang juga wajib mengambil tanggungjawab membayar ganti rugi & pampasan sewajarnya kepada kenderaan-kenderaan yang rosak teruk ditimpa menara antena tersebut & orang awam yang tercedera, tidak hanya sekadar mendoakan kesembuhan mereka sahaja seperti petikan respon Ketua Pemuda UMNO P.Pinang Shaikh Hussin berdasarkan laporan portal berita Malaysiakini.
4. DPPN P.Pinang juga menggesa agar Majlis Agama Islam Negeri P.Pinang (MAINPP) yang sekian lama menyewa di bangunan tersebut agar berpindah sepenuhnya ke premis lain yang lebih selamat, terjamin, luas & selesa.
Inilah masanya MAINPP yang merupakan institusi Agama Islam tertinggi di P.Pinang mempunyai kompleksnya yang tersendiri tanpa perlu menyewa lagi kepada UMNO P.Pinang yang turut menunggu masa untuk 'runtuh'.
Takziah buat UMNO P.Pinang.
AFNAN HAMIMI BIN DATO' TAIB AZAMUDDEN Setiausaha DPPN P.Pinang merangkap Ahli Majlis Agama Islam Negeri P.Pinang.
No comments:
Post a Comment