Mayat askar Georgia dibawa pulang dengan pesawat tentera.
TBILISI - Menteri Pertahanan Georgia, Irakli Alasania berkata, dua pangkalan tenteranya di Afghanistan bakal ditutup, selepas 10 askarnya terbunuh dalam tempoh sebulan akibat serangan militan.
Bagaimanapun, Alasania berkata, kerajaan masih belum memutuskan sama ada akan mengurangkan jumlah anggotanya yang ditempatkan di Afghanistan.
"Ini adalah sumbangan yang dilakukan Georgia kepada misi antarabangsa menentang keganasan dan memastikan keselamatan global," katanya.
Minggu lalu, Alasania dilaporkan terpaksa memendekkan lawatan rasminya ke Brussels dan bergegas ke Afghanistan selepas tujuh askarnya yang berkhidmat untuk Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (Isaf) terbunuh.
Media tempatan melaporkan dalam Press TV, tujuh askar yang terbunuh itu berlaku selepas sekumpulan militan meletupkan sebuah trak dipenuhi bahan letupan di pangkalan tentera dalam daerah Nawzad, wilayah Helmand.
Setakat ini, seramai 1,545 anggota askar Georgia ditempatkan di dua pangkalan tentera di Afghanistan.

No comments:
Post a Comment