Friday, June 14, 2013

Thailand kian hilang sabar


Kuala Lumpur: Thailand semalam berkata, ia semakin hilang sabar terhadap keganasan berterusan di selatan negara itu.

Ketua Majlis Keselamatan kebangsaan, Paradorn Pattanatabut memberitahu wartawan pada pusingan ketiga sidang damai dengan kumpulan pejuang wilayah itu, beliau memerlukan ‘maklumat konkrit’ mengenai keganasan yang sudah meragut lebih 5,500 nyawa sejak 10 tahun lalu.
“Ia bagi membolehkan saya menjawab kepada rakyat Thai. Agenda kami ialah mengurangkan keganasan khususnya dalam bentuk jangka waktu atau dalam bentuk kawasan.

“Hari ini, kami perlu mendapatkan fakta jelas mengenai keganasan itu,” kata Paradorn, ketua perunding Thai ke sidang berkenaan sebelum rundingan bermula.


Rundingan damai itu yang dilancarkan pada 28 Mac lalu setakat ini gagal mengekang keganasan.


Pihak berkuasa Thai baru-baru ini mencadangkan idea menyerahkan kuasa membuat keputusan kepada penduduk tempatan.

Bagaimanapun, Paradorn berkata, keputusan mengenainya tidak mungkin dicapai dalam rundingan pusingan kali ini yang akan memberi tumpuan kepada keganasan.

Selepas dua pusingan rundingan damai sejak Mac lalu, pertumpahan darah setiap hari mencetuskan persoalan sejauh mana pemimpin pejuang menguasai anggota militan yang radikal.

Bagaimanapun, seorang wakil Thai menyuarakan keyakinan, semalam mereka yang menyertai rundingan damai itu mewakili semua kumpulan pejuang.

“Semua kumpulan kinibersama. Mereka berunding dengan kami,” kata Timbalan Setiausaha Tetap Pertahanan, Nipat Thonglek. - AFP

No comments:

Post a Comment