LONDON 13 Jun - Seorang kanak-kanak Britain dilaporkan berjaya memasuki Turki dengan hanya menggunakan pasport mainan miliknya.
Para pegawai imigresen di lapangan terbang Antalya didakwa melepaskan Emily Harris, 9, dari Cwmbran, South Wales selepas mengenakan stem kastam ke atas pasport mainan dengan gambar kuda bertanduk atau unikorn berwarna merah jambu.
Dalam kejadian tersebut, ibu bapa kanak-kanak itu tersalah memberi pasport ketika menunggu giliran di kaunter imigresen selepas mendarat di Turki untuk bercuti selama seminggu.
Ibu kanak-kanak terbabit, Nicky, 43, berkata, dia tidak sedar tersalah memberi pasport tersebut sehinggalah hendak menyimpan semula dokumen perjalanan itu.
Ketika itu saya menjadi panik kerana merasakan ada pegawai akan datang mengejar kami, tetapi tiada apa-apa yang berlaku.
Pasport itu tidak kelihatan asli kerana ada gambar patung beruang berwarna emas di bahagian kulit depan selain berbeza saiz dengan pasport saya dan suami saya, Allen, katanya.
Wanita itu berkata, pasport mainan tersebut pula tertera gambar kuda bertanduk berwarna merah jambu.
Apa yang membimbangkan kami sebagai ibu bapa, kejadian itu menunjukkan mudahnya seorang kanak-kanak diseludup keluar ke negara lain, katanya. - AGENSI
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130614/lu_05/Budak-berjaya-masuki-Turki-dengan-pasport-mainan#ixzz2W8avHd9A
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment