Friday, July 5, 2013

Belajar dari sejarah.

Kieta Tadasora
Dunia pernah menyaksikan rampasan kuasa oleh tentera kali terakhir ke atas presiden yang dipilih rakyat pada bulan April tahun 2002. Presiden Hugo Chavez digulingkan dan selepas penahannya setengah juta rakyat turun jalanraya bagi dan mempertahankan beliau. Selepas 48 jam ditangkap, askar melepaskan Chavez dan beliau kembali keistananya meneruskan pemerintahan sehingga akhir hayat.

Persoalan di sini kenapa rakyat turun mempertahan Presiden?

Jutaan rakyat turun mempertahankan kedaulatan undang-undang dan hak demokrasi, sekiranya presiden yang dipilih rakyat digulingkan, maka tidak akan kekal lagi presiden yang dipilih oleh rakyat selepas itu. Kerana setiap tahun akan berlaku rampasan kuasa, maka yang seronok adalah musuh-musuh dan perosak negara.

Yang hendak dipertahankan bukan Presiden yang bernama Mursi semata-mata, tetapi mempertahankan hak rakyat dan kedaulatan perlembagaan negara. Mursi akan mati, presiden silih berganti, adapun keadilan dan kebenaran sentiasa hidup.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=569028339807127&set=a.535676919808936.1073741828.530825190294109&type=1&ref=nf

No comments:

Post a Comment