Friday, July 5, 2013

Itali tolak permohonan suaka politik Snowden

ROM 5 Julai - Itali semalam menolak permohonan suaka politik oleh pembocor maklumat risikan Amerika Syarikat (AS), Edward Snowden.
Menteri Luar Itali, Emma Bonino berkata, permohonan suaka politik perlu dilakukan di dalam penjara atau di sempadan negara.
"Snowden kini dipercayai berada di ruang menunggu lapangan terbang di Rusia.
"Oleh hal demikian, kerajaan Itali tidak dapat membantunya untuk memohon suaka politik," katanya. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130705/lu_01/Itali-tolak-permohonan-suaka-politik-Snowden#ixzz2Y9m5cOR2
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment