Wednesday, July 17, 2013

Keluarga mangsa keganasan bersuara

Keluarga mangsa keganasan bersuara
Saudara-mara mangsa keganasan menyerahkan surat cadangan kepada wakil kerajaan.
BANGKOK -  THAILAND. Sekumpulan saudara-mara mangsa terkorban dalam keganasan politik yang tercetus antara April dan Mei 2010, mengemukakan surat kepada Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra sebagai sokongan untuk rang undang-undang pengampunan rakyat, semalam.

Dipetik BangkokPost, kumpulan tersebut diketuai ibu seorang jururawat berumur 25 tahun yang ditembak mati di Wat Pathumwanaram dan bapa kepada seorang remaja lelaki yang dibunuh di jalan Ratchaprarop pada tahun itu.

Menurut pegawai, surat yang dihantar ke kediaman kerajaan, meminta Yingluck menyokong rang undang-undang pengampunan rakyat selain ia berbeza dengan cadangan dikeluarkan ahli Parlimen Samut Prakan, Worachai Hema.

Salah seorang peserta berkata, permintaan itu amat penting kerana ia dapat memberi pengampunan kepada sesiapa yang terjejas akibat keganasan, tanpa mengira kod warna politik.

Selain meminta sokongan kerajaan, kumpulan itu dilaporkan turut mendapatkan kebenaran daripada parti-parti pembangkang.

No comments:

Post a Comment