Wednesday, July 17, 2013

Lagi keganasan di Mesir

Lagi keganasan di Mesir
Seramai 401 penyokong Mursi yang menyertai protes di Kaherah, kelmarin turut ditahan pihak berkuasa.
KAHERAH - MESIR. Sekurang-kurangnya tujuh maut manakala lebih 250 cedera dalam insiden pertempuran antara pihak berkuasa dan penyokong Presiden Mohammed Mursi di sini yang berlarutan hingga awal pagi semalam.

Dipetik AFP, keadaan dilaporkan menjadi semakin tidak terkawal selepas polis melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan kumpulan penunjuk perasaan yang menghalang laluan di jambatan 6 Oktober di Kaherah.

Mereka bertindak balas dengan membaling batu hingga menyebabkan keadaan menjadi huru-hara dan protes sama dilaporkan turut berlaku di daerah Giza.

Difahamkan, pertempuran terbaru itu berlaku seminggu selepas lebih 50 penyokong Mursi terkorban akibat tindakan ganas pihak berkuasa di luar ibu pejabat Pengawal Republikan yang dipercayai menjadi lokasi penahanan pemimpin tersebut.

Sementara itu, Duta Amerika Syarikat (AS), Bill Burns yang mengadakan kunjungan selama tiga hari ke Mesir menggesa tentera mengelakkan sebarang penahanan bermotifkan politik berikutan tindakan mereka menahan anggota gerakan Ikhwanul Muslimin sejak minggu lalu.

Dalam satu kenyataan lain, penganjur gerakan kempen Tamarod yang bertanggungjawab melancarkan protes besar-besaran menentang Presiden Mohammed Mursi didakwa menolak peluang untuk bertemu dengan Burns. 

No comments:

Post a Comment