Wednesday, July 17, 2013

Skandal pengintipan: EU hilang percaya pada AS

Ricardo Patino
Ricardo Patino

MUNICH - JERMAN. Timbalan Presiden Suruhanjaya Eropah (EC) menyatakan Kesatuan Eropah (EU) sudah hilang kepercayaan dengan Amerika Syarikat (AS) susulan daripada skandal pengintipan yang dilakukan negara itu.

Dipetik Press TV, Viviane Reding yang membuat kenyataan tersebut ketika persidangan di Munich, kelmarin turut menegaskan pendedahan yang dibuat oleh Edward Snowden itu juga merupakan satu amaran kepada mereka supaya lebih berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa intipan AS.

"Kami tidak mahu kerajaan AS mendengar setiap panggilan telefon dan membaca emel peribadi milik setiap individu," jelasnya yang turut mengumumkan rang undang-undang telah dirangka di Eropah bertujuan untuk melindungi data peribadi dari diawasi kerajaan.

Sementara itu, Menteri Luar Ecuador, Ricardo Patino  meminta penjelasan AS berhubung program pemantauan sulit mereka yang mencetuskan kontroversi di seluruh dunia.

Awal bulan lalu, akhbar tempatan di Britain menerusi wawancara bersama Snowden mendedahkan bahawa mahkamah di AS membenarkan Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) memantau panggilan telefon dan data internet. 

No comments:

Post a Comment