Wednesday, July 17, 2013

Puak liberal dominasi Kabinet sementara Mesir

krisis Mesir
Penyokong berhimpun mendesak tentera membebaskan Mursi di Dataran Rabia al-Adawiya
KAHERAH - MESIR. Presiden interim Mesir telah mengangkat sumpah dalam Kabinet sejurus selepas Mohamed Mursi digulingkan oleh pihak tentera, sekali gus memberikan ahli-ahli pergerakan liberal jawatan penting termasuk tiga orang wanita dalam Kabinet.

Kerajaan baru itu diketuai oleh Perdana Menteri, Hazem al- Beblawi yang merupakan seorang pakar ekonomi.

Panglima Tentera, Jeneral Fattah al- Sissi yang menyingkirkan Mursi pada 3 Julai lalu, mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Pertahanan dan turut memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Menteri Dalam Negeri yang sebelum ini dilantik Mursi, Mohammed Ibrahim bagaimanapun kekal dalam jawatannya.

Kabinet kini mempunyai 34 orang ahli tidak termasuk el-Beblawi.

Kabinet terbaru ini mempunyai tiga ahli wanita berbanding beberapa dekad lalu hanya mempunyai sekurang-kurangnya dua orang wanita dalam Kabinet.

Tiada seorang pun menteri dipilih daripada kumpulan Islamis Mesir yang memenangi 5 kali pilihan raya secara berterusan sejak 2011.

Ikhwanul Muslimin menolak kerajaan sementara itu, termasuk Perdana Menteri Hazem el-Beblawi, seorang ekonomis veteran liberal.

No comments:

Post a Comment