Wednesday, July 17, 2013

Penyokong Azam merusuh

Penyokong Azam merusuh
Kumpulan perusuh yang juga penyokong parti Jamaat-e-Islami memberontak kerana tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah.
DHAKA - INDIA. Dua penunjuk perasaan, semalam, ditembak mati oleh anggota polis kerana merusuh di wilayah barat daya Bangladesh membabitkan bantahan keputusan mahkamah ke atas bekas pemimpin parti Islam, Ghulam Azam kerana melakukan jenayah perang.

Dipetik Al-Jazeera, Timbalan ketua polis daerah, Tajul Islam berkata, ribuan penunjuk perasaan yang juga penyokong parti Jamaat-e-Islami Bangladesh berhimpun dan merusuh menggunakan parang, kayu serta membaling bom buatan sendiri di daerah Satkhira.

Penyokong parti dilaporkan turut menyerang sepasukan pegawai polis yang ketika itu sedang membersihkan jalan utama daripada sekatan pokok tumbang di bandar Kaliganj.

"Peserta protes menetak seorang pegawai dengan parang dan polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah penyerang demi menyelamatkan pegawai itu," katanya yang mengesahkan kejadian.

Kelmarin, sebuah mahkamah khas Bangladesh menjatuhi hukuman penjara selama 90 tahun ke atas Azam yang didapati bersalah menjadi dalang sewaktu perang kemerdekaan menentang Pakistan pada 1971.

Azam bersalah membabitkan lima pertuduhan iaitu merancang, konspirasi, menghasut, terlibat dalam pembunuhan dan penyeksaan ketika perang selain menyebabkan kira-kira 3 juta rakyat terkorban.

No comments:

Post a Comment