Thursday, July 18, 2013

Mesir beri amaran kepada Turki

Mesir beri amaran kepada Turki
Rakyat terus menyokong Mursi dan berhimpun di Kaherah.
KAHERAH - Kerajaan sementara Mesir memberi amaran kepada Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan dan pemimpin tertinggi Kesatuan Afrika supaya tidak mencampuri hal ehwal dalaman negara itu.

Kenyataan itu dihamburkan selepas, Erdogan terus mengiktiraf Mohamed Mursi sebagai Presiden Mesir yang sah.

“Presiden di Mesir masih Mursi kerana beliau dipilih rakyat. Jika kita tidak menyokong beliau, ini bermakna kita seperti tidak menghiraukan rakyat Mesir. Rampasan kuasa itu kuasa tidak boleh diterima,” katanya.

Sementara itu, Jurucakap Presiden sementara Mesir kepada Press TV, Ahmed Elmoslmany berkata, kenyataan Erdagon itu melampau.

“Beliau harus menghormati kedaulatan Mesir. Mesir tidak campur tangan dalam apa yang berlaku di Dataran Taksim oleh itu, beliau tidak berhak memberi sebarang kenyataan tentang Mesir,“katanya.

Menurutnya, Mesir tidak teragak-agak mengambil tindakan ke atas pemimpin itu sekiranya terus mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan.

No comments:

Post a Comment