- Wartawan merakam gambar dua kotak hitam MH17 selepas diserahkan kepada Kolonel Mohamed Sakri (dua, kiri) dari Majlis Keselamatan Negara Malaysia semasa sidang akhbar yang dianjurkan di Donestk, Ukraine, hari ini. - Foto EPA
Penyerahan dua kotak hitam itu dibuat sendiri oleh ketua pemisah Ukraine, Alexander Borodai.
Turut berlaku ketika penyerahan, gencatan senjata di zon 10 kilometer sekeliling itu bagi membolehkan pasukan penyiasat antarabangsa masuk dengan selamat ke lokasi nahas MH17 di timur Ukraine.
Dalam pada itu, dalam satu sidang media lewat malam tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan, di bawah persetujuan kedua, dua kotak hitam MH17 akan diserahkan kepada pasukan Malaysia.
"Kita akan mengambil alih hak ke atas dua kotak hitam ini," katanya.
Beliau berkata, hasil persetujuan dengan Borodai juga, pasukan penyiasat bebas antarabangsa diberi jaminan untuk memasuki kawasan nahas untuk melakukan siasatan penuh terhadap tragedi MH17.
Najib berkata, sebelum ini, Malaysia telah berusaha sedaya upaya untuk menghubungi pihak terbabit di kawasan nahas MH17.
"Dalam keadaan yang sukar, kita telah berbincang mengenai masalah bersama yang wujud, melindungi bukti-bukti penting dari pesawat.
"Siasatan bebas telah dilancarkan untuk mencari penumpang-penumpang yang terkorban," katanya.
Dalam pada itu, Najib berkata, beliau berharap perjanjian yang dicapai malam tadi akan dapat membantu mencari jalan penyelesaian kemelut yang melanda dalam tragedi MH17.
No comments:
Post a Comment