Monday, September 22, 2014

Aceh rancang sebat golongan gay


Aceh ialah satu-satunya wilayah di Indonesia yang melaksanakan undang-undang syariah dan secara berperingkat menguatkuasakannya sejak 2001 apabila dia memperoleh sebahagian kuasa autonomi.
Kelmarin, lapan orang disebat selepas didapati bersalah.
Hukuman dilakukan di khalayak ramai di Banda Aceh.
Sebelum ini, DPR Aceh mencadangkan hukuman rejam sampai mati terhadap mereka yang didapati bersalah berzina.

Bagaimanapun, usul itu dibatalkan oleh gabenornya.
Wakil DPR dari Parti Aceh, Ramli Sulaiman yang mengetuai suruhanjaya merangka undang-undang mengenai gay itu berkata, sebahagian besar anggota Dewan menyokong rang undang-undang itu dan ia mungkin diluluskan esok.
Bagaimanapun, Ketua Pengarah hal autonomi di Kementerian Dalam Negeri, Djohermansyah Djohan berkata, jabatan itu boleh menolak undang-undang berkenaan jika didapati ia mencabuli hak asasi manusia.
Foto
SEORANG lelaki yang ditangkap ketika bejudi disebat di khalayak ramai di Banda Aceh, Jumaat lalu.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/21

No comments:

Post a Comment