Wan Rosdi Wan Ibrahim |
Dalam ceramahnya yang diadakan di Pantai Sri Tujoh malam tadi, Wan Rosdi mengingatkan pengundi Dun Pengkalan Kubor supaya memilih parti itu dan bukan dua pesaingnya.
"Sempena PRK pada 25 hari bulan ini saya pesan supaya pangkah 'bule'.
"Bersama dua lagi pesanan iaitu, jangan bagi kad pengenalan kepada sesiapa sahaja...kalau kita bagi, kita tidak boleh mengundi, sebab perkara ini pernah berlaku sebelum ini.
"Dan yang terakhir saya ingatkan supaya ibu ayah yang ada anak di bandar Kuala Lumpur atau di mana sahaja supaya balik mengundi," katanya.
Dalam pada itu, Wan Rosdi turut menyampaikan ucapan tahniah dan terima kasih kepada jentera parti yang banyak membantu kempennya.
PRK Pengkalan Kubor menyaksikan pertembungan tiga penjuru yang melibatkan calon Bebas,Izat Bukhary Ismail Bukhary, calon BN, Mat Razi Mat Ail dan Wan Rosdi Wan Ibrahim dari Pas.
Kerusi Dun Pengkalan Kubor kosong selepas penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar yang meninggal dunia akibat kanser hati pada 20 Ogos lalu.
Pada PRU13 lalu, Noor Zahidi BN menang dengan majoriti 1,736 undi untuk menewaskan Saharun Ibrahim dari PKR dan Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas) yang hanya meraih 65 undi.
No comments:
Post a Comment