Monday, September 22, 2014

Polis buru 40,000 samseng


MOHD FIRDAUS YON
22 September 2014


JOHOR BAHRU - Lebih 40,000 samseng yang menganggotai 72 pertubuhan haram dan terbabit dalam pelbagai kegiatan jenayah di negara ini sedang diburu polis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, polis sudahpun mengenalpasti sebahagian daripada mereka, antaranya menganggotai kumpulan 36, 04, 24, 21 dan 77.

  "Mereka ini terbabit dalam pelbagai kegiatan jenayah samun, rompakan bersenjata, penyeludupan senjata dan pengedaran dadah," katanya pada sidang media di IPK Johor di sini, sebentar tadi.

No comments:

Post a Comment