Monday, September 22, 2014

New Zealand mungkin buang lambang 'Union Jack' pada bendera

 ISNIN, 22 SEPTEMBER 2014 @ 9:15 AM
WELLINGTON: Berikutan kemenangan besar dalam pilihan raya umum Sabtu lalu, Perdana Menteri New Zealand, John Key akan mengadakan pungutan suara untuk menentukan sama perlu bendera kebangsaan ditukar bagi membuang lambang 'Union Jack' di sudut tepi bendera negara itu.
Key berkata pungutan suara itu mungkin diadakan tahun depan apabila 'Union Jack' itu melambangkan kuasa penjajah Britain.
"Saya akan meneruskannya dan ingin menjadikannya sebagai isu pada 2015," katanya secara langsung menerusi stesen Radio Live.
"Saya menyokong perubahan itu, saya anggap terdapat banyak pendapat yang juga memberi sokongan kepada perubahan yang akan dilakukan," katanya.
Key berkata, beliau lebih suka bendera baharu yang memaparkan pokok kebangsaan 'silver fern', yang berlatar belakang warna hitam.
"Pasukan sukan seperti 'All Blacks' sudah pun menggunakan corak sama dan ia lebih dikenali sebagai lambang New Zealand, seperti daun 'maple' yang menjadi ikon Kanada," katanya.
Bendera sekarang digunakan buat pertama kalinya pada 1869 dan diterima dengan rasmi pada 1902.
Mereka yang menyokongnya berpendapat rakyat New Zealand pernah berperang dan meninggal dunia di bawah bendera itu selama beberapa generasi dan tindakan untuk mengubahnya menyebabkan memori mereka tidak dihormati.
Pendapat lain menyatakan bendera yang ada sekarang mudah dikelirukan dengan negara jajahan Britain yang lain seperti Australia yang mempunyai reka bentuk hampir sama. - AFP

No comments:

Post a Comment