Monday, October 6, 2014

2,000 lembu dan kambing dikorbankan di Kemboja


KUALA LUMPUR 5 Okt. - Sejumlah 2,314 lembu dan kambing dikorban di bawah program Korban Aidiladha dan Aqiqah di Kemboja tahun ini, kata Urusetianya di Malaysia, Norwariza Mohd Hed.
Beliau berkata, ia melibatkan 1,810 ekor lembu dan selebihnya kambing yang disumbang rakyat Malaysia.
"Lebih 8,000 individu dari pelbagai latar belakang mengambil bahagian dalam program ini dengan menyumbang binatang ternakan untuk dikorbankan," katanya kepada Bernama.
Katanya daging korban akan diagih ke seluruh perkampungan masyarakat Islam di Kemboja.
Beliau berkata, urusetia yang terlibat di Kemboja terdiri daripada empat orang rakyat Malaysia manakala selebihnya merupakan petugas Pejabat Mufti Kemboja serta wakil imam masjid tempatan.
Program ini yang diselia Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd memasuki tahun ke-21 penganjurannya untuk manfaat kira-kira 500,000 masyarakat Melayu Champa Kemboja, yang sehingga hari ini, lebih 60,000 peserta menyumbangkan 29,944 ekor binatang ternakan.
Sementara itu satu lagi penganjur, Facewords Eshoppe ABZ IT Solution turut mengadakan korban di Kemboja dengan menyumbang 18 ekor lembu kepada lebih 700 keluarga di kampung Preah Tapov dan Sangkat Takhmao Kandal.
Pengarah programnya, Amir Taufiq Amiruddin berkata ia merupakan program julung kali syarikatnya di Kemboja.- BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141005/lu_14/2000-lembu-dan-kambing-dikorbankan-di-Kemboja#ixzz3FJK6ZN00
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment