Bandung: Seorang kanak-kanak berusia setahun mati selepas dibakar bapanya yang membantah tindakan ibunya meminta cerai.
Jurucakap polis daerah Padalarang di sini, Rendra Okto berkata, lelaki berkenaan menyimbah dirinya dan anaknya, Raditia dengan minyak tanah sebelum menyalakan api.
“Si suami berang selepas isterinya menuntut cerai.
Pasangan berkenaan sebelum itu bergaduh kerana masalah rumah tangga.
“Lelaki itu kemudian mendukung Radita dan menyimbah minyak tanah pada tubuh mereka untuk menakutkan isterinya.
Tetapi wanita itu masih enggan berbaik semula.
“Berang dengan kedegilan isterinya, lelaki itu menyalakan mancis dan api serta-merta menyambar tubuh dia dan anaknya yang masih kuyup dengan minyak tanah,” kata Rendra.
Menurutnya, wanita itu sempat merampas Radita daripada dakapan suaminya tetapi ketika itu, hampir seluruh tubuhnya sudah melecur.
Radita meninggal dunia di hospital semalam, sementara bapanya yang juga melecur teruk dilapor kritikal.
- Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/06
No comments:
Post a Comment