New York: Seorang guru di bandaraya ini disoal polis selepas dia meminta isterinya membuat panggilan ancaman bom palsu bagi ‘menyelamatkannya’ daripada menghadiri mesyuarat sekolah.
Lelaki yang dikenali sebagai Eric dikatakan menghadiri mesyuarat pagi di Sekolah Menengah Renaissance Charter di timur Harlem apabila dia menghantar SMS meminta pasangannya melakukan perkara berkenaan.
Di dalam SMS berkenaan, dia bergurau dengan meminta isterinya membuat panggilan ancaman bom palsu agar dia tidak perlu meneruskan mesyuarat itu.
Sumber Jabatan Polis New York (NYPD) memberitahu, Eric menghantar SMS berbunyi ‘Buat panggilan ancaman bom’ sebelum menghantar satu lagi SMS berbunyi ‘haha’.
Isterinya tidak membaca mesej kedua yang dihantar dan menghubungi polis, memberitahu terdapat bom di sekolah itu.
Dia hanya melihat mesej kedua suaminya selepas itu dan cuba memberitahu polis bahawa mesej itu hanya gurauan, namun sudah terlambat.- Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/06
No comments:
Post a Comment