Monday, October 6, 2014

Kusut fikir nasib anak


Najwa Nazihah Ridzal Shah, 7, dari Kampung Teluk Temelah, Mukim Bongor, di sini, disahkan menghidap penyakit itu sejak lahir dan sudah menjalani pembedahan kali pertama di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada 2008. 
Ibunya, Nor Hapiza Zakaria, 40, berkata, anak keempat daripada lima beradik itu menjalani pembedahan berkenaan ketika berusia 18 bulan selepas doktor mengesahkannya mempunyai jantung terbalik manakala injap jantungnya tidak berfungsi dengan baik. 

“Doktor sudah menjalankan pembedahan pertama ke atas Najwa bagi membetulkan kedudukan jantung dan saluran injap dengan kos pembedahan sebanyak RM45,000.
Foto
NAJWA duduk di atas riba ibunya, Nor Hapiza, bersama kakak sulungnya, Fatin Fasehah (kanan) yang menghidap penyakit Sindrom Down dan abangnya, Muhammad Asyraf yang derita Talasemia.

“Kini, anak saya dijangka menjalani pembedahan kedua di Pusat Rawatan Gleneagles, Pulau Pinang untuk membetulkan saluran injap jantungnya dengan kos RM50,000 pada 20 November depan, namun kami buntu kerana menghadapi kekangan kewangan,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Sementara itu, suami Nor Hapiza, Ridzal Shah Abd Rahman, 45, yang bekerja sebagai mekanik berkata, mereka kini terpaksa bekerja keras untuk mencari wang bagi menampung kos pembedahan termasuk perbelanjaan lain. 

Menurutnya, fikirannya juga kusut apabila anaknya itu memerlukan perbelanjaan lebih RM700 sebulan untuk membeli ubat-ubatan, lampin pakai buang, susu dan juga untuk urusan berulang-alik bagi mendapatkan rawatan di hospital. 

“Walaupun Najwa Nazihah mendapat bantuan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, namun kami tetap memerlukan wang untuk perbelanjaan harian lain, tambahan pula anak sulung, Fatin Fasehah, 19, menghidap sindrom down sementara anak kedua, Mohammad Asyraf, 14, menghidap penyakit Talesemia,” katanya. 

Menurutnya, orang ramai yang ingin menyumbang boleh menghubungi Ridzal Sham di talian 013-4713151.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/06

No comments:

Post a Comment