Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditemani isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tiba di pekarangan Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB |
Hasil tinjauan Sinar Harian Online mendapati, lebih ramai penyokong berbaju hitam hadir ke pekarangan kompleks Istana Kehakiman sebelum jam 9 pagi lagi.
Menggunakan kenderaan pacuan empat roda, seorang demi seorang pemimpin memanjat naik ke bahagian belakang kenderaan untuk memberi ucapan semangat kepada para penyokong yang hadir.
Antara slogan yang dijeritkan oleh pemimpin dan penyokong suami kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ini termasuk 'Reformasi', 'Hancur BN', dan 'Hidup Rakyat'.
Sementara itu, pihak polis mengetatkan kawalan seperti biasa.
Setakat ini, himpunan dilihat berjalan lancar tanpa sebarang pergaduhan antara penyokong dan pihak berkuasa.
No comments:
Post a Comment