“Kami kini dalam proses menghubungi pihak berkuasa Rusia untuk mencari maklumat penting yang boleh digunakan dalam penyiasatan,” kata pendakwa raya, Wim de Bruin.
Sebelum ini dalam satu temu bual Ketua Penyiasat Belanda, Fred Westerbeke berkata, pendakwa raya mahukan maklumat daripada Moscow termasuk data dari radar bagi memboleh siasatan terhadap nahas yang mengorbankan 298 orang penumpang dan anak kapal itu dapat dijalankan. – AFP