Mail Online melaporkan, pembedahan yang jarang-jarang berlaku itu berjaya dirakam oleh seorang individu yang tidak dikenali dan menjadi viral di media sosial seluruh dunia.
Video tersebut memaparkan seorang lelaki berasal dari Londrina, Brazil, dibedah oleh beberapa orang doktor bagi mengeluarkan seekor belut dari ususnya.
Lebih mengejutkan, belut yang dianggarkan berukuran 60 sentimeter panjang itu dilihat masih hidup dan bergerak aktif ketika usaha membawanya keluar dijalankan.
Menurut laman web berita Brazil esmeraldanoticias.com, belut yang boleh membesar sehingga 125 sentimeter itu dihapuskan sejurus pembedahan selesai.
Bagaimanapun, doktor tidak menyatakan bagaimana belut tersebut boleh berada di dalam badan lelaki itu.
Rakaman video yang menjadi viral itu mengundang kemarahan lelaki terbabit, menyebabkannya memfailkan aduan rasmi kepada Hospital Universitario, tempat dia menjalani pembedahan.
Ekoran aduan itu, pihak universiti mula menjalankan siasatan bagi mencari siapa individu yang merakam pembedahan tersebut.
Mereka yang didapati bersalahboleh dikenakan hukuman berat.