Thursday, November 6, 2014

Parlimen Mongolia lulus usul singkir perdana menteri



PARLIMEN Mongolia meluluskan usul untuk menyingkir Perdana Menteri, Norov Altankhuyag. - Foto REUTERS
ULAN BATOR: Parlimen Mongolia meluluskan usul untuk menyingkir Perdana Menteri, Norov Altankhuyag berikutan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi berikutan kejatuhan harga emas, tembaga dan arang batu serta pelaburan terus asing.
Televisyen yang menyiarkan lintas langsung menunjukkan daripada 66 Ahli Parlimen yang mengundi, 34 bersetuju untuk menyingkir Altankhuyag.
Seramai 10 Ahli Parlimen termasuk lapan daripada kerajaan pakatannya tidak hadir.
Kini terserah kepada kerajaan pakatan untuk memilih calon baharu yang perlu mendapat kelulusan presiden dan disahkan oleh Parlimen.
Kerajaan Mongolia dilanda krisis selama beberapa bulan apabila tujuh menteri termasuk menteri perlombongan dan hubungan luar negara meletak jawatan selepas Altankhuyag memperoleh persetujuan Parlimen untuk mengecilkan kementerian daripada 16 kepada 13.
Tindakan itu menyebabkan pihak pembangkang, Parti Rakyat Mongolia mendesak perdana menteri supaya meletak jawatan dan akhirnya wakil dari kerajaannya sendiri mendesak beliau meletak jawatan. - REUTERS

No comments:

Post a Comment