Thursday, November 6, 2014

Wanita tak dapat kepercayaan


Singapura: Kajian terbaru mendedahkan, hanya sebilangan kecil wanita diberi tempat sebagai anggota lembaga pengarah syarikat tersenarai di bursa saham Singapura.

Laporan Institut Pengarah Singapura dan Institut Akauntan Bertauliah Singapura menunjukkan, 90 peratus kerusi ahli lembaga pengarah syarikat diisi lelaki.

Kajian sama juga mendapati 56 peratus daripada syarikat awam yang tersenarai di bursa saham tidak menempatkan wanita di kedudukan itu sama sekali.

Menurut Persatuan Wanita Untuk Tindakan dan Kajian, Jolene Tan, dapatan itu amat mengecewakan dan ia membayangkan bahawa cara pemikiran masyarakat tidak pernah berubah sama sekali.

“Jumlah wanita yang berada pada kedudukan pengurusan adalah 23 peratus dan ia menunjukkan mereka sebenarnya berkelayakan memegang jawatan lebih tinggi,” katanya.

Kajian dibuat terhadap 3,670 pengarah dari 717 syarikat pelbagai sektor, termasuk perniagaan dan pelaburan hartanah.

Beberapa isu lain turut menarik perhatian dalam kajian berkenaan, termasuk kegagalan syarikat mendedahkan imbuhan yang diberikan kepada pengarah secara tepat. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 November 2014 @ 5:02 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/6815#sthash.YS6fmlCf.dpuf

No comments:

Post a Comment