Thursday, November 6, 2014

JAKIM tegur penganjur program sentuh anjing


PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memberi teguran kepada penganjur ‘I Want To Touch A Dog’ supaya tidak lagi menganjurkan program yang menyentuh sensitiviti umat Islam.

Ketua Pengarah JAKIM Datuk Othman Mustapha dalam satu kenyataan berkata teguran dan nasihat itu disampaikan dalam satu pertemuan diketuai Pengerusi Panel Pakar Syariah Jakim Datuk Seri Hassan Ahmad hari ini.

Difahamkan perjumpaan itu berlangsung kira-kira satu setengah jam di Seri Kembangan.

Sehubungan itu Othman berkata Jakim menyerahkan kepada Majlis Agama Islam Selangor, selaku pihak berkuasa agama negeri, untuk tindakan selanjutnya.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata perjumpaan antara Jakim dan penganjur program itu bertujuan mendapatkan penjelasan sebenar mengenai penganjuran ‘I want to Touch a Dog.’ -Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 November 2014 @ 1:54 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/6962#sthash.TUSj6LbJ.dpuf

No comments:

Post a Comment