Tuesday, November 25, 2014

Hanya kerana labah-labah

25 November 2014
Hanya kerana labah-labah
GARA-gara arachnophobic iaitu sejenis fobia takutkan labah-labah, Aggie Dabska, 34, dari Plymouth Wood Close di Ely, England, tidak membuka salah sebuah tingkap di rumahnya selama tiga tahun. Menurutnya, sebatang pokok yang berada di luar rumahnya menjadi sarang kepada ribuan labah-labah dan ia turut membuat sarang di tepi tingkap bilik anak lelakinya yang berusia 8 tahun lapor Mail Online. “Saya sangat bencikan labah-labah. Dengan hanya memikirkan tentang serangga kecil itu sahaja boleh buat bulu roma saya meremang,”katanya. Sejak berpindah di rumah berkenaan tiga tahun lalu, Dabska telah mengalami masalah tersebut dan dia juga mendakwa Majlis Daerah Cardiff mengendahkan permintaannya untuk menebang pokok itu dengan alasan tidak pernah menerima surat daripadanya. “Saya tidak mahu pindah kerana kejiranan di sini sangat baik. Apa yang boleh saya lakukan hanyalah mengupah pekerja membersihkan tingkap bilik anak lelaki saya daripada sarang serangga itu," katanya.

No comments:

Post a Comment