DONETSK - UKRAINE. Sekurang-kurangnya 12 cedera manakala beberapa rumah musnah akibat serangan roket yang menyasarkan kawasan kediaman penduduk miskin di Kuibyshivskyi, timur Ukraine.

Saksi mendakwa serangan itu dipercayai telah dilancarkan dari perkampungan Peski, di mana tentera kerajaan dan kumpulan pemisah pro-Rusia dilaporkan kembali bertempur pada awal minggu lalu.

Dalam perkembangan lain, sekurang-kurangnya askar kerajaan dilaporkan maut dalam pertempuran di wilayah bergolak terbabit.

Sementara itu, pejabat datuk bandar Donetsk memaklumkan mangsa yang cedera akibat terkena serpihan roket turut dihantar ke hospital.

Menurut laporan Press TV, selain itu, ribuan penduduk dilaporkan terpaksa menahan kesejukan selepas saluran paip yang membekalkan gas pemanas gas turut musnah dalam insiden itu.