Tuesday, November 25, 2014

Ketua peperiksaan letak jawatan

Seoul: Menteri Pelajaran Korea Selatan semalam memohon maaf sementara Ketua Lembaga Peperiksaan negara itu meletak jawatan semalam selepas mengaku berlaku kesilapan pada dua soalan dalam ujian saringan memasuki kolej.
Pengakuan kesilapan itu dibuat ekoran beberapa aduan diterima daripada pelajar dan ibu bapa yang tidak berpuas hati.
Peperiksaan itu kemuncak kepada persekolahan selama 10 tahun bagi pelajar Korea Selatan dan selepas mengharungi proses pembelajaran dan perbelanjaan yang besar.
“Saya kecewa dan mengaku langkah segera diperlukan untuk meningkatkan kawalan proses penyediaan soalan.
“Kami akan menyiasat punca kesilapan,” kata Menteri Pelajaran Hwang Woo-Yea dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi televisyen.
Hampir 650,000 pelajar dari seluruh negara itu menduduki peperiksaan berkenaan yang diadakan pada 16 November lalu.
Kejayaan dalam peperiksaan itu akan membolehkan mereka memasuki universiti elit, peluang memperoleh kerjaya yang baik dan juga berumahtangga.
Dengan bilangan besar pelajar yang menduduki peperiksaan itu dan ramai mendapat keputusan cemerlang, satu kesalahan kecil boleh menjejaskan peluang melanjutkan pelajaran ke universiti terbaik.
Kesilapan itu berlaku pada dua soalan objektif, setiap satu dalam kertas biologi dan bahasa Inggeris.
Pengarah Insitut Kurikulum dan Penilaian yang bertanggungjawab menguruskan peperiksaan berkata, dia memutuskan untuk meletak jawatan.
“Kami melakukan yang terbaik tahun ini untuk mengelak kesilapan. Tetapi, masih tidak berjaya hingga menimbulkan kekecohan dan rasa tidak puas hati dalam kalangan pelajar, ibu bapa dan guru,” kata Kim. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 November 2014 @ 2:00 AM


GAMBAR dirakam pada 13 November lalu menunjukkan ibu bapa melakukan upacara keagamaan di sebuah kuil di Seoul ketika anak mereka menduduki peperiksaan untuk kemasukan ke universiti di negara itu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/11396#sthash.rhv9r64L.dpuf

No comments:

Post a Comment