Tuesday, November 25, 2014

Juri putuskan tidak dakwa polis yang tembak Brown

FERGUSON, Missouri: Panel juri memutuskan tidak akan mendakwa anggota polis di Ferguson yang menembak mati seorang remaja kulit hitam berusia 18 tahun, Michael Brown.
Peguam Pendakwa Wilayah St Louis, Bob McCulloch, mengumumkan keputusan itu berikutan pertemuan ahli panel juri membabitkan sembilan anggota kulit putih dan tiga kulit hitam sejak 20 Ogos lalu bagi menimbang kes berkenaan.
Sekurang-kurangnya sembilan undi diperlukan bagi mendakwa anggota polis terbabit, Darren Wilson.
Pembunuhan Brown mencetuskan perbahasan mengenai layanan polis terhadap remaja kulit hitam di Amerika Syarikat. Ia mencetuskan ketegangan kaum di Ferguson dan masyarakat lain di Amerika kira-kira empat dekad selepas pergerakan hak asasi sivil pada 1960-an.
Panel berkenaan membuat pertimbangan ke atas tuduhan terhadap Wilson, yang menembak mati Brown dalam satu kejadian pada 9 Ogos lalu.
Kejadian itu membangkitkan kemarahan penduduk di kawasan majoriti kulit hitam di St Louis yang dikawal oleh sebahagian besarnya polis kulit putih.
Rusuhan tercetus pada malam berikutnya selepas Brown ditembak dan bantahan meletus selama berminggu-minggu manakala polis bertindak balas dengan menggunakan kenderaan perisai serta gas pemedih mata. - AP

No comments:

Post a Comment