Sunday, November 23, 2014

‘Lazatnya tak boleh dilupa’

Jakarta: Ketika anak bongsu Presiden Jokowi, Kaesang Pangarep mengunyah sepotong daging dibeli di sebuah medan selera berhampiran sekolahnya dulu, dia mendapati ia sangat enak dan memiliki sifat empuk yang luar biasa.
“Ia daging paling sedap pernah saya makan,” katanya.
Namun, ketika itu dia tidak menyedari makanan ‘enak’ berkenaan ialah daging babi.
Menceritakan pengalamannya belajar di Sekolah Anglo-Chinesse Singapura, Kaesang berkata, dia ternampak hidangan daging yang begitu menyelerakan.
Lantaran rasa daging itu teramat lazat, Kaesang mengambil keputusan untuk memesan hidangan sama sekali lagi, tetapi perasaannya membuak ingin tahu apa yang dimakannya.
“Saya tanya penjual itu, dan dia menjawab daging itu daging babi,” katanya dalam blog peribadinya, misterkacang.blogspot.com.
Kejadian itu berlaku pada 5 Mac tahun lalu.
Kelmarin Kaesang menamatkan pengajiannya di sekolah berkenaan dan majlis penyampaian sijil turut dihadiri Jokowi - yang terbang ke Singapura menaiki pesawat biasa dengan tempat duduk kelas ekonomi.
Kata Kaesang, terkejut dengan kata-kata penjaja itu, dia segera mencari masjid terdekat untuk bertaubat kerana berasa berdosa besar.
Masalahnya, kata Kaesang, ketika solat pun dia masih teringat daging babi berkenaan.
“Saya berasa dosa saya berlipat ganda,” katanya.
Kaesang kemudian membeli daging kambing untuk mengalih perhatiannya terhadap hidangan yang dimakan sebelumnya, namun masih gagal.
“Selepas dimakan, ternyata keenakannya tidak setanding,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 November 2014 @ 5:13 AM


KAESANG menerima sijil tamat pengajian Program Diploma Ijazah Sarjana Muda Antarabangsa di Singapura, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/11083#sthash.Zyp9LBLC.dpuf

No comments:

Post a Comment