Raja Zalina Raja Safran
KUALA LUMPUR 20 Nov. – Cadbury Malaysia menyambut baik pengesahan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ke atas produk coklat Cadbury yang dibuat dan dijual di Malaysia.
Ketua Hal Ehwal Korporat dan Kerajaan syarikat itu, Raja Zalina Raja Safran (gambar) berkata, syarikat itu gembira atas pengesahan Jakim bahawa produk Cadbury di Malaysia didapati menepati garis panduan halal.
Sehubungan itu, menurut beliau, pihaknya tidak akan bertolak ansur dalam hal integriti status halal yang dipersoalkan dalam laman sosial dan media serta secara tidak langsung tidak menghormati perasaan jutaan rakyat Malaysia yang menggemari jenama Cadbury.
“Kami sangat berterima kasih kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana sekali lagi menyatakan secara mutlak tentang status produk Cadbury.
“Kami tekankan bahawa coklat Cadbury yang dihasil dan dijual di Malaysia adalah sentiasa halal. Namun, apabila dakwaan tidak berasas tentang coklat Cadbury masih menjadi isu utama, pengguna menjadi keliru, sedangkan Jakim mengesahkannya,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
No comments:
Post a Comment