Sebuah masjid yang tersergam indah di Universiti Bitlis Eren di wilayah timur Bitlis.
Sebuah masjid yang tersergam indah di Universiti Bitlis Eren di wilayah timur Bitlis.
ANKARA - TURKI. Kerajaan Turki merancang untuk membina kira-kira 80 masjid di setiap universiti di negara itu, menurut Ketua Direktorat Hal Ehwal Agama (Diyanet), Mehmet Gormez, kelmarin.

Mehmet memberitahu sebanyak 15 masjid telah dibuka untuk kegunaan penuntut dan orang ramai.

"Kira-kira 50 lagi masjid akan dibina dan dijangka siap menjelang akhir tahun hadapan. Kami mahu mendekati remaja memandangkan terdapat kira-kira 20 juta golongan tersebut di negara ini.

"Kami mahu menjadikan masjid di kampus sebagai wadah penting untuk pembangunan sahsiah dan rohani golongan muda terutamanya pelajar. Ia juga boleh menjadi sebuah institusi penting untuk mendidik golongan muda," katanya lagi.

April lalu, pembukaan masjid di Universiti Erzurum Ataturk, di wilayah timur Erzurum telah menjadi projek perintis untuk pembinaan lebih banyak masjid di dalam kampus di negara itu, laporan dipetik dari Agensi.