Video tersebut turut mengandungi pakej perisian antipengesanan.
Video tersebut turut mengandungi pakej perisian antipengesanan.
LONDON - BRITAIN . Kumpulan militan al-Qaeda telah mengeluarkan video melatih anggota mereka untuk mengelakkan daripada dikesan oleh agensi perisikan.

Menurut portal Daily Mail, taktik itu direka menggunakan maklumat teknik risikan Barat yang didedahkan pembocor maklumat Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA), Edward Snowden pada 2013.

"Video tersebut turut mengandungi pakej perisian antipengesanan dan maklumat mengenai syarikat di Amerika Syarikat (AS) dan Britain yang bekerjasama dengan agensi perisikan," jelas laporan itu lagi.

Susulan daripada itu, beberapa pengkritik berpendapat perisian itu  mungkin akan menyukarkan lagi pihak berkuasa untuk menjejaki anggota militan pada masa hadapan. - Press TV