Jutawan China, Wang Jianlin membeli 20 peratus pegangan saham Atletico Madrid dengan nilai RM 187 juta. |
Menurut Wang, pelaburan ini dilihat sebagai satu peluang keemasan untuk pemain muda China bermain untuk kelab-kelab bola sepak Eropah yang terkemuka.
" Ia juga akan mengukuhkan kualiti bola sepak China dan merapatkan jurang antara negara lain di dunia. " katanya dalam satu kenyataan,
Memetik laporan BBC, pembelian ini boleh membantu menarik peminat baru dari negara Asia dan juga penaja dari China .
Terdapat satu trend di mana ramai jutawan Asia membeli pegangan saham kelab bola sepak Eropah.
Hartawan Malaysia Vincent Tan memiliki kelab Cardiff City , Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes miliki Kelab Queen Park Rangers (QPR) dan ahli perniagaan Singapura Peter Lim memiliki kepentingan Kelab Sepanyol, Valencia.
No comments:
Post a Comment