Thursday, January 22, 2015

Sudah mampu tunai solat Subuh



Sultan Kelantan berkenan melawat Nik Abdul Aziz di Wad 2 Delima, HUSM, Kubang Kerian malam kelmarin.


KOTA BHARU – Keadaan kesihatan bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar kecil), 84, bertambah baik apabila dilaporkan sudah sedar dan mampu menunaikan solat Subuh.
Nik Abdul Aziz juga sempat mengambil sarapan dan minum pagi sendiri pagi semalam.
Anak beliau, Nik Mohammad Abduh berkata, beliau bersyukur kerana bapanya kini semakin stabil dan boleh bercakap.
“Alhamdulillah, beliau pagi ini (semalam) telah menunjukkan respons yang begitu baik. Beliau dapat minum air serta bercakap. Banyak juga air teh O yang diteguknya.
“Bapa juga sempat bertanyakan sejak bila dia tidak sedarkan diri,” katanya ketika ditemui di luar pekarangan Wad 2 Delima, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini semalam.
Nik Mohammad Abduh memberitahu, pihak doktor turut meminta ahli keluarga menderma darah sebagai persediaan jika keadaan memerlukan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0122&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3PVM7niU8 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment