Thursday, January 22, 2015

Russia tuduh AS mahu kuasai dunia


Moscow: Russia semalam mencemuh ucapan tahunan ‘State of the Union’ Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama dengan berkata ia bukti Washington mahu menguasai hal ehwal dunia.
Menteri Luar Russia Sergei Lavrov berkata: “Amerika meletakkan batu asas untuk memulakan konfrontasi.
“Ucapan Obama itu menunjukkan AS cuma mempunyai satu falsafah: ‘Kami adalah nombor satu.’ Pada AS, semua orang perlu mengiktiraf kedudukannya itu.
“Pandangan itu lapuk dan tidak langsung sesuai dengan keadaan realiti dunia sekarang. Ia membuktikan AS mahu menguasai dunia.”
Dalam ucapannya kelmarin, Obama berkata: “Negara besar tidak boleh membuli negara kecil.”
Ia jelas merujuk kepada tindakan Russia menawan Crimea dan menyokong pemisah di timur Ukraine .
Obama dalam ucapannya itu memuji dasar AS terhadap Kremlin berhubung Ukraine yang dilihat menyebabkan Moscow terasing dan ekonomi Russia merudum. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 January 2015 @ 5:10 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/25428#sthash.wQDhkIcM.dpuf

No comments:

Post a Comment