Saturday, January 24, 2015

Kereta api laju Moscow-Beijing

Beijing: China merancang kereta api berkelajuan tinggi menghubungkan bandar raya ini dengan Moscow yang dijangka menelan belanja sebanyak AS$242 bilion (RM871 bilion).


Sekiranya rancangan itu menjadi kenyataan, perjalanan antara kedua-dua bandar raya itu akan mengambil masa dua hari berbanding lima hari sekarang.
Perkembangan mengenainya diumumkan oleh pihak berkuasa Beijing dalam laman webnya, semalam.
Landasan sepanjang 7,000 kilometer yang akan melalui Kazakhstan, ialah tiga kali ganda lebih panjang daripada landasan Beijing ke Guangzhou yang ketika ini menjadi landasan kereta api berkelajuan tinggi paling panjang di dunia.
Projek itu diperkenalkan Oktober tahun lalu apabila Russia dan China menandatangani memorandum persefahaman bagi hubungan kereta api berkelajuan tinggi itu.
Naib Presiden Kereta Api Russia Alexander Misharin berkata, perjalanan itu akan mengambil masa 30 jam. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 January 2015 @ 5:08 AM




GAMBAR hiasan...sebuah kereta api laju China.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/25933#sthash.c5200ZhE.dpuf

No comments:

Post a Comment