Saturday, January 24, 2015

Tiga fosil haiwan prasejarah ditemukan


24 Januari 2015 1:08 AM



Bambang Sukito (kiri) menunjukkan lokasi penemuan tiga fosil di Sungai Oya, Yogyakarta yang dipercayai tulang haiwan prasejarah jenis Bovidea berusia antara 800,000 tahun dan sejuta tahun.

YOGYAKARTA – Seorang peminat batu permata tidak menyangka menemukan tiga fosil haiwan prasejarah di delta Sungai Oya dekat Gunungkidul, di sini, dipercayai berusia hampir sejuta tahun, sekali gus memberi petunjuk haiwan purba itu pernah menghuni wilayah itu.
Fosil yang merupakan dua tulang sendi paha depan dinosaur berkaki empat dan sebatang gigi geraham itu ditemukan oleh Bambang Sukito yang berasal dari Desa Bejihargo dekat kawasan yang sama.
Sukito menemukan tulang berkenaan pada pertengahan bulan lalu ketika mencari batu permata di sungai terbabit, tetapi hanya disahkan sebagai fosil dinosaur oleh pihak berwajib, baru-baru ini.

Advertisement
Pengarah Jabatan Arkeologi Yogyakarta, Siswanto yang dimaklumkan tentang penemuan tersebut, mengesahkan bahawa ketiga-tiga fosil itu merupakan tulang dinosaur jenis Bovidae yang menyamai spesies lembu dan kerbau.
Menurut beliau, fosil yang ditemukan itu dianggarkan berusia antara 800,000 tahun dan sejuta tahun.

Advertisement
“Fosil ini sangat sempurna dan usianya menyamai hasil penemuan di Sungai Baksoka di Jawa Timur sebelum ini.
“Mungkin berjuta-juta tahun dahulu, lembah Sungai Kali menjadi lokasi penempatan haiwan prasejarah seperti di tapak arkeologi Sangiran dekat Jateng,” katanya seperti yang dilaporkan portal Tribunnews.com.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/tiga-fosil-haiwan-prasejarah-ditemukan-1.51615#sthash.V1YW27MB.dpuf

No comments:

Post a Comment