Saturday, March 9, 2013

Mahu batal perjanjian



Mahu batal perjanjian
Negara anggota Majlis Keselamatan PBB sebulat suara bersetuju untuk mengenakan sekatan lebih tegas ke atas Korea Utara, kelmarin. Foto: AP
PYONGYANG - Korea Utara, semalam mengumumkan bahawa mereka akan membatalkan perjanjian damai dengan Seoul dan turut memberi amaran keras untuk melancarkan serangan balas jika musuh mencerobohi wilayah mereka.

Sebelum ini, Pyongyang juga pernah mengancam untuk membatalkan gencatan senjata yang berjaya menamatkan Perang Korea pada tahun 1953.

Difahamkan, respons segera itu diambil selepas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenakan 'hukuman' lebih tegas ke atas Korea Utara.

Sekatan pada kali ini dikatakan akan menyasarkan   ekonomi dan kepimpinan negara tersebut.

Draf resolusi tersebut diluluskan 15 negara anggota hasil rundingan selama tiga minggu  bersama Amerika Syarikat (AS) dan China.

Januari lalu, PBB mengenakan sekatan ke atas agensi angkasa Korea Utara, entiti kerajaan dan mana-mana individu yang terlibat dengan program senjata nuklear dibangunkan Pyongyang.

Sekatan demi sekatan yang dikenakan ke atas Korea Utara adalah sebagai 'hukuman' di atas kedegilan mereka kerana melancarkan ujian nuklear ketiga pada bulan lalu walaupun dikecam masyarakat antarabangsa selepas roket jarak jauh Unha-3 dilancarkan, Disember lalu.  - AP

Tersepit celah dua dinding



Hangzhou (China): Gara-gara mahu sampai cepat ke rumahnya, seorang lelaki tersepit di antara dua dinding ketika pulang dari bar di Xinqiao di bandar Wenzhou, Zhejiang.

Menurut media tempatan, Jian Tsui tersepit di situ begitu rapat sehingga dia sukar bernafas atau menjerit untuk meminta tolong.


Disebabkan masalah itu, nasib menimpa Jian hanya disedari apabila hari siang dan anggota penyelamat terpaksa menebuk lubang pada satu daripada dinding berkenaan untuk menyelamatkannya.

Saksi berkata, Jian meninggalkan bar kira-kira jam 1 pagi dan meredah cuaca sejuk untuk pulang.


“Dia mahu mengambil jalan pintas dan cuba lalu di antara dinding dua rumah, tetapi gagal meloloskan diri,” katanya. Sementara itu, Jian berkata, dia kesejukan dan mahu segera sampai ke rumah.


“Apabila tersepit, saya cuba keluar semula, namun gagal kerana saya tidak boleh bergerak banyak.

“Saya cuba menjerit meminta tolong, tetapi disebabkan tak mampu bernafas dengan betul, saya tak boleh menjerit,” katanya. Jian bernasib baik kerana seorang penduduk kampung ternampak dia tersepit ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.


Dia cuba menarik Jian keluar, tetapi ia hanya menyebabkan kecederaan.

Akhirnya, seorang pemilik rumah membenarkan anggota penyelamat menebuk lubang dinding rumahnya untuk selamatkan Jian. - DM

Bayi perang Tanjung Labian




KAKITANGAN kesihatan memberi suntikan kepada bayi Adawiyatul Jannah di Dewan Serbaguna Embara Budi di Felda Sahabat 12, Kampung Tanduo semalam.


LAHAD DATU – Ketika penduduk Kampung Tanjung Labian dekat sini berasa cemas dan bergegas meninggalkan rumah masing-masing ekoran pendaratan puluhan lelaki bersenjata Isnin lalu, lain pula ceritanya bagi sepasang suami isteri.
Tidak pernah tergambar di fikiran Basri Tabit, 26, yang isterinya, Adawiyatul Jannah Sarip Maulah, 25, terpaksa melarikan diri dalam keadaan menanggung kesakitan selepas tiga jam wanita itu melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.2 kilogram.
Bayi yang sihat dan cukup sifat itu kemudian diberi nama Wan Maulina Awani Izatul. Kejadian itu berlaku sehari sebelum pasukan keselamatan menggempur Kampung Tanduo.
Mengimbau semula kejadian itu, Adawiyatul Jannah berkata, sebaik melahirkan bayinya pada pukul 6 petang, mereka mendapat berita mengenai empat buah bot yang mendarat di pantai berhampiran kampung.
Katanya, dia yang bimbang sesuatu yang buruk menimpa mereka sekeluarga kemudian menguatkan semangat dan kudrat untuk bergegas keluar dari kampung bagi menyelamatkan diri.
“Anak bongsu daripada tiga beradik itu dilahirkan di rumah dan dibidankan oleh bidan kampung berikutan tiada pengangkutan.
“Sebaik bidan memotong tali pusat, suami berusaha mencari kenderaan sebelum menemui seorang jiran yang mempunyai sebuah lori untuk mengangkut sawit. Kami tiada pilihan dan terpaksa menaikinya juga,” ceritanya ketika ditemui di Dewan Serbaguna Embara Budi di Felda Sahabat 12 di sini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0309&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2MzjOuwDi 
Hakcipta terpelihara 

71 ada kaitan pengganas ditahan



ISMAIL (tengah) bersama Zulkefili dan Hamza (kiri) menunjukkan gambar mayat pengganas yang terbunuh pada sidang akhbar di Lahad Datu semalam.


LAHAD DATU – Sebanyak 71 individu yang disyaki anggota kumpulan pengganas dan tali barut kumpulan penceroboh Sultan Sulu yang mencetuskan pergolakan di Kampung Tanduo sejak Februari lalu ditangkap pasukan keselamatan.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib yang mengesahkan perkara itu berkata, kesemua individu terbabit ditangkap di dua daerah iaitu di Lahad Datu dan Semporna.
Kebanyakan suspek termasuk wanita itu ditangkap di luar kawasan Kampung Tanduo. Difahamkan suspek-suspek yang dipercayai mempunyai hubungan dengan pengganas itu berketurunan Sulu tetapi menetap di Sabah.
Penangkapan suspek-suspek itu dikatakan dilakukan dalam tempoh Kampung Tanduo dilanda krisis sehingga semalam.
Bagaimanapun, Hamza enggan mengesahkan latar belakang atau butiran lanjut mengenai tangkapan itu.
“Kita memang membuat tangkapan di Lahad Datu dan Semporna. Buat masa ini kita masih menjalankan siasatan berhubung penglibatan orang-orang yang ditangkap dengan pengganas,” kata beliau ketika ditemui di sini semalam.
Menurut beliau, kesemua tangkapan itu dibuat selepas pihaknya mendapat maklumat termasuk daripada penduduk kampung mengenai kehadiran dan gelagat individu-individu tertentu di beberapa lokasi di kedua-dua daerah tersebut.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0309&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2Mzj0Ocmu 
Hakcipta terpelihara 

Polis Israel bertempur dengan penduduk Palestin



SEORANG penduduk Palestin ditangkap dua anggota polis di Baitulmuqaddis semalam.


BAITULMUQADDIS - Ratusan penduduk Palestin bertindak bertempur dengan sejumlah anggota polis di sini semalam, kata polis.
Menurut polis, penduduk itu marah dengan laporan media pada Ahad lalu berhubung tindakan polis Israel menendang dan memijak kitab al-Quran ketika sekumpulan wanita cuba menyekat mereka memasuki Masjid Al-Aqsa.
Penduduk Palestin itu kemudian bertindak menyerang pihak berkuasa dengan membaling batu dan bom petrol di pekarangan masjid tersebut.
Jurucakap polis, Micky Rosenfeld berkata, kira-kira 100 orang penunjuk perasaan yang kebanyakan memakai topeng bertindak menyerang polis.
Polis kemudian melepaskan bom gas pemedih mata.
"Bom petrol dibaling ke arah polis dan beberapa pegawai polis cedera akibat terkena batu," katanya.
Rosenfeld berkata, tuduhan tersebut tidak betul dan mendakwa kitab al-Quran itu terjatuh ketika polis cuba mengalihkan sekatan kerusi oleh sekumpulan wanita. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0309&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2MzbZhpry 
Hakcipta terpelihara 

Friday, March 8, 2013

Pelarian Syria cecah satu juta



Pelarian Syria cecah satu juta
Sebahagian daripada keluarga dari Syria yang menunggu giliran untuk mendaftar di pusat UNHCR di utara bandar Tripoli, Lubnan, kelmarin.
DAMSYIK - Seorang ibu muda berumur 19 tahun menjadi pelarian kesejuta Syria yang mendaftarkan diri dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), kelmarin.

Angka pelarian yang semakin meningkat dikhuatiri akan menyebabkan krisis kemanusiaan kerana sehingga kini lebih empat juta penduduk Syria dilaporkan telah melarikan diri selepas negara itu terjerumus ke dalam perang saudara sejak dua tahun lalu.

Pada masa ini, sejuta pelarian sudah mendaftarkan diri dengan agensi di bawah PBB tersebut manakala ratusan ribu lagi masih gagal berbuat demikian.

Kakitangan UNHCR, Panos Moumtzis berkata, walaupun jumlah pelarian Syria masih berada di tahap terkawal, ia mungkin akan menjadi lebih buruk.

"Sejak beberapa bulan lalu, sudah berlaku kebanjiran pelarian kerana kira-kira 7,000 penduduk meninggalkan Syria pada setiap hari. Angka pelarian yang mendaftar juga meningkat secara mendadak sejak Disember lalu," jelasnya.

Difahamkan,  kebanyakan daripada mereka terpaksa hidup berpindah-randah di beberapa kem pelarian di Syria sebelum merentasi sempadan untuk mendapatkan perlindungan di negara jiran seperti Turki, Jordan, Iraq dan Mesir.

Dalam perkembangan lain, Majlis Keselamatan PBB menuntut Tentera Pembebasan Syria (FSA) membebaskan lebih 20 anggota pasukan Pemantau Pengunduran PBB (Undof) yang diculik di zon gencatan senjata di Bukit Golan.

Menurut Ketua Pengaman PBB, Herve Ladsous, satu rundingan telah diadakan bersama penculik dan mereka berharap kesemua tebusan dibebaskan tanpa syarat. - AFP

Allah memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

BUKAN SANDIWARA TETAPI KENAPA TANGAN PENGGANAS INI TIDAK DIGARI??



Kerajaan seringkali memberi amaran supaya pengamal media baru tidak mengatakan insiden di Lahad Datu itu sebagai satu sandiwara pihak kerajaan BN...

Kerajaan marah jika kita kata sedemikian...

Tapi tindakan yang diambil oleh kerajaan sendiri yang membuatkan rakyat memikirkan ianya satu sandiwara semata-mata..
bagaimana rundingan sia-sia yang dijalankan selama hampir sebulan..
bagaimana lambatnya kebenaran diberikan terhadap pihak tentera bagi mengambil alih situasi dari pihak PDRM yang sebelum itu telah pun mengorbankan seramai 8 anggota polis...
kerajaan juga cuba menyalahkan Anwar di dalam insiden di Lahad Datu itu,bagi meraih kepentingan politik BN..

Dan yang terbaru yang kini tersebar di banyak laman sosial adalah bagaimana pengganas-pengganag yang ditahan ini tangan mereka tidak bergari..?
pengganas tidak digari tangan mereka..?


Begitukah cara kita melayan seorang pengganas..?
dengan berbudi bahasa dan tidak memalukannya dengan tidak mengikat tangan mereka..?

Jika benar begitu peraturannya bagaimana pula dengan peserta Bersih 2.0 yang ditahan ini..?
tangan mereka diikat walaupun mereka hendak menunaikan solat..
tangan mereka diikat walaupun mereka cedera...


Kenapa pengganas Sulu dilayan lebih baik daripada warga negara asal yang menuntut satu pilihanraya yang bersih dan adil..?

LiangLahad

ADAKAH UMNO DIBELAKANG PENCEROBOH LAHAD DATU?

Najib mengikut strategi Obama membunuh Osama untuk menaikkan Semangat Patriotisma dan mendapat sokongan?.
UMNO terus menerus MEMPOLITIKKAN isu pencerobohan ini di Media Rasmi mereka.
UMNO terus menerus mengaitkan Pemimpin PR dengan penceroboh.
Kebanyakkan Pendatang Sulu adalah Ahli UMNO.
Bahan2 kempen di TV seperti sudah diwujudkan lebih awal..
Penceroboh yang datang bertali arus begitu mudah..

ADAKAH UMNO MERANCANG PENCEROBOHAN INI?

SUMBER http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fazmieyusoff.blogspot.com%2F2013%2F03%2Fbukan-sandiwara-tetapi-kenapa-tangan.html&h=9AQGpf05W

Cola ada alkohol

Gambar Tok Kenali yang merupakan ulama tersohor dari Kelantan bersama Ilmuwan Negara Za'Ba

Gambar Tok Kenali yang merupakan ulama tersohor dari Kelantan bersama Ilmuwan Negara Za'Ba. Jika kita mengkaji kisah hidup Tok Kenali, kita akan merasa sangat terkilan kerana tidak sempat bertemu dengan ulama hebat dan mulia ini. Ya Allah, masukkanlah kami dalam golongan orang2 yang mencintai para ulama dan himpunkanlah kami dalam kalangan ulama pada hari akhirat kelak, aamiin... 

alamak kantoi lagi

PANAS ! MACAI UMNO KANTOI NAK COVER NAJIB... TAPI BODOH PIANG..



LAGI MACAI UMNO KANTOI ISU LAHAD DATU!!!...PUNYALAH TERDESAK NAK POLITIKKAN ISU NI..LAST SEKALI KANTOI...PAKAR IT LA KONON....
KAHKAHKAH...MEMANG MACAI SEJATI~~
page Esmail D.Kiram.....https://www.facebook.com/pages/Esmail-D-Kiram-ll/117934531594666
 —

20 pejuang pemisah akan serah diri



Bangkok: Kira-kira 20 pejuang pemisah di selatan Thai dijangka menyerah diri di bawah rancangan tolak ansur rayuan.

Timbalan Perdana Menteri, Chalerm Yoobamrung berkata, pemerintah Tentera Kawasan Empat kini dalam proses cuba memujuk 20 tokoh pejuang untuk menyerah diri dan menyertai rancangan itu.


Keputusan usahanya itu akan diketahui minggu depan, kata Chalerm kepada sekumpulan pegawai kanan kerajaan dan pentadbir tempatan dari selatan negara itu.

Chalerm juga memberitahu, beliau akan berunding dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hujung bulan ini.- The Nation

Filipina tunggu berita 21 askar ditahan


Manila: Kerajaan Filipina dalam proses perbincangan untuk mendapatkan pembebasan 21 anggota tenteranya yang berkhidmat dengan pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu selepas mereka ditawan kumpulan penentang Syria di Bukit Golan.

Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar, Raul Hernandez berkata, pasukan pengaman itu selamat dan dilayan dengan baik.


Bercakap kepada wartawan di Manila, beliau berkata, pemerintah pasukan PBB kawasan itu berunding dengan pemimpin pejuang.

Terdahulu, Presiden Benigno Aquino berkata, beliau diberitahu tentera Filipina itu akan dibebaskan dalam masa 24 jam selepas berunding. - AFP

Penceroboh Sulu minta rokok




DUA penduduk Kampung Tanjung Labian membawa kerbau peliharaan meninggalkan kampung buat sementara waktu ekoran keadaan keselamatan yang belum menentu.


LAHAD DATU - Seorang penduduk Kampung Tanjung Batu melalui saat cemas apabila ditahan sekumpulan tujuh lelaki bersenjata semasa menunggang motosikal untuk pulang ke rumahnya berdekatan Kampung Tanduo di sini, namun mujur mereka hanya meminta rokok.
Menceritakan detik cemas pada Isnin lalu, Abdul Rahman Seilani, 53, berkata, dia terserempak dengan sekumpulan kira-kira tujuh lelaki bersenjata dan berpakaian celoreng di jalan raya di kampung itu kira-kira pukul 9 pagi.
"Ketika saya lalu di depan mereka, seorang daripada lelaki itu meminta rokok daripada saya dalam bahasa Melayu.
"Saya kemudian memberikan mereka sekotak rokok yang saya ada dan mereka memberikan wang RM50 tetapi saya tidak mengambilnya," katanya ketika ditemui di Dewan Fajar Harapan di Felda Sahabat kira-kira 130 kilometer dari sini semalam.
Bimbang dengan keselamatan diri, Abdul Rahman mengambil keputusan untuk segera meninggalkan kampung menerusi pesisir pantai untuk ke Kampung Tanjung Labian yang terletak bersebelahan kampungnya.
"Saya kini tinggal bersama anak di kuarters pekerja Felda di Fajar Harapan," katanya.
Dewan Felda Harapan di Felda Sahabat itu menempatkan penduduk dari tujuh kampung yang berpindah berikutan tindakan pasukan keselamatan menggempur kedudukan pengganas di Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari sini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0308&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2Mtuzykqs 
Hakcipta terpelihara 

Raja Muda Sulu mati ditembak




SATU mayat pengganas Sulu ditemui diletakkan atas karpet selepas dipercayai mati dalam pertempuran di Kampung Tanduo, Lahad Datu kelmarin.


LAHAD DATU - Saki-baki kumpulan pengganas Sultan Sulu diyakini berada dalam keadaan lemah ekoran Jeneral Raja Muda Azzumuddie Kiram yang mengetuai pencerobohan di Sabah terbunuh bersama 31 anggotanya dalam pertempuran di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu di sini.
Sehingga semalam, jumlah musuh yang terbunuh sejak pertempuran bermula pada 1 Mac lalu seramai 52 orang. Bagi pihak pasukan keselamatan pula seramai lapan pejuang negara gugur.
Bagaimanapun, dalam pertempuran terbaharu kelmarin dan semalam, tiada kematian atau kecederaan dialami pihak pasukan keselamatan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, 31 daripada pengganas termasuk seorang ketua puak musuh yang berpangkat Jeneral maut dalam pertempuran yang berlaku di Kampung Tanjung Batu petang kelmarin.
Seorang lagi pengganas berjaya ditembak mati pasukan keselamatan dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada pukul 11 pagi semalam.
"Sejak petang semalam (kelmarin) hingga pukul 11 pagi ini (semalam) pasukan keselamatan terlibat dalam beberapa pertempuran di Kampung Tanjung Batu dan sekitar Kampung Tanduo," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.
Ismail bagaimanapun enggan mengesahkan status seorang Jeneral yang terbunuh ialah Azzumuddie yang merupakan adik kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram III.
"Setakat ini kita belum dapat mengesahkan identiti Jeneral yang terbunuh berikutan keadaan yang berisiko dan membahayakan anggota keselamatan bagi mengeluarkan mayat-mayat pengganas yang terbunuh," kata beliau.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0308&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2MtuqDkhY 
Hakcipta terpelihara 

Tujuh batalion kawal Sabah

NAJIB memeriksa peluru yang dililitkan oleh salah seorang anggota keselamatan di badannya.


LAHAD DATU - Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan kerajaan telah menjadikan lima buah daerah di Pantai Timur Sabah sebagai 'kawasan keselamatan khas' dalam usaha untuk memperkukuhkan dan menjaga keselamatan rakyat.
Perdana Menteri berkata, persetujuan untuk mewujudkan kawasan itu telah dipersetujui Kabinet sebagai bukti kerajaan begitu mengambil berat mengenai keselamatan dan kedaulatan Sabah yang telah diceroboh pengganas Sultan Sulu sejak 12 Februari lalu.
Katanya, kawasan itu merangkumi daerah Kudat, Tawau, Sandakan, Lahad Datu dan Kunak.
"Kawasan keselamatan khas ini akan berpusat di Lahad Datu dan ia merangkumi tiga komponen utama iaitu awam, polis dan tentera dengan mandat akan diberikan kepada Ketua Menteri.
"Kerajaan juga bersetuju menambahkan kekuatan pertahanan di kawasan terbabit dengan menghantar lima batalion lagi merangkumi polis dan tentera ke kawasan bergolak," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Turut hadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
Sebelum ini, kerajaan telah menghantar dua batalion pasukan keselamatan ke kawasan bergolak tersebut. Ini menjadikan jumlah pasukan keselamatan di daerah itu meningkat kepada tujuh batalion.
Satu batalion mengandungi kekuatan kira-kira 400 anggota.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0308&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2MtudWoHS 
Hakcipta terpelihara 

Tentera pengaman PBB di Bukit Golan diculik



BAITULMUQADDIS - Israel melahirkan kebimbangan semalam bahawa tentera pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Bukit Golan akan berundur sepenuhnya selepas pihak penentang Syria menculik 21 askar pengaman di zon gencatan senjata di sempadan Israel.
Askar-askar yang diculik itu terdiri daripada anggota Pasukan Pemantau Gencatan Senjata PBB (UNDOF) dari Filipina.
Mereka dijadikan tebusan oleh sekumpulan lelaki bersenjata menyatakan, semua askar tersebut akan ditahan sehingga tentera yang setia kepada Presiden Syria, Bashar Al-Assad berundur dari kampung Jamla dalam wilayah Daraa di selatan Syria.
Pihak penentang tersebut turut mendakwa bahawa pasukan pengaman PBB itu lebih memihak kepada Israel.
"Penculikan ini bertujuan untuk mendesak negara-negara yang terlibat dalam pasukan UNDOF supaya membawa pulang askar masing-masing," kata seorang pegawai Israel. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0308&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_10.htm#ixzz2MtuIo1lv 
Hakcipta terpelihara 

Jamalul Kiram dulu kata sanggup mati, kini minta pengikut henti bertempur


MANILA - Seorang warga Filipina yang mengaku sebagai Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III semalam memberitahu para pengikutnya supaya berhenti bertempur selepas seminggu berlaku pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia di Sabah.
Jurucakap Jamalul Kiram di sini menyatakan pihaknya mengisytiharkan 'gencatan senjata sebelah pihak' sebagai reaksi terhadap desakan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon supaya pertempuran ditamatkan dan penyelesaian secara aman dilakukan.
Lebih 200 pengikut Jamalul Kiram menceroboh Kampung Tanduo di Lahad Datu, Sabah pada 12 Februari lalu untuk menuntut tanah warisan Kesultanan Sulu.
"Tentera kami akan berada dalam kedudukan bertahan," kata jurucakap itu, Abraham Idjirani.
Menurutnya, para pengikut itu tidak akan melakukan sebarang tindakan.
"Para pengikut itu akan kekal berada di tempat mereka sekarang.
"Mereka tidak akan meluaskan operasi," katanya.
Menurut Idjirani, pihaknya berharap Malaysia turut melakukan gencatan senjata.
Menurutnya, gencatan senjata itu dilakukan sehingga PBB mengeluarkan mekanisme komprehensif berhubung pengunduran tentera Kesultanan Sulu.
Bagaimanapun, pengunduran itu tidak bermakna pihaknya menggugurkan tuntutan tanah di kawasan itu. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0308&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2MtsLVd6I 
Hakcipta terpelihara 

Puteri Sultan Sulu berbohong



JACEL sebelum ini menunjukkan kepada media Filipina gambar palsu anggota-anggota keselamatan Malaysia yang terbunuh di Sabah di rumahnya di Manila pada Ahad lalu.


MANILA - Pejabat Presiden Filipina, Benigno Aquino III mendakwa anak Sultan Jamalul Kiram III, Jacel Kiram menunjukkan sekeping gambar palsu yang menunjukkan anggota-anggota keselamatan Malaysia yang terkorban semasa bertempur dengan para pengikut bapanya di Kampung Tanduo, Sabah, lapor portal berita ABS-CBNnews.com kelmarin.
Jamalul Kiram yang mendakwa sebagai Sultan Sulu menghantar adiknya, Raja Muda Azzumuddie dan para pengikutnya ke Lahad Datu, Sabah pada 12 Februari lalu untuk menuntut hak warisan Kesultanan Sulu.
Pertempuran kemudian berlaku antara anggota pasukan keselamatan Malaysia dengan para pengikut Jamalul Kiram itu.
Jurucakap Pejabat Presiden dalam satu kenyataan media berkata, gambar itu merupakan gambar anggota-anggota tentera Thailand yang terkorban dalam satu kejadian pada tahun 2007 dan tiada langsung mempunyai kaitan dengan krisis di Sabah.
"Percubaan penipuan Kiram melampaui batas dan tersasar ke dalam tindakan menghasut dan tidak bertanggungjawab.
"Ia menyebabkan timbul persoalan tentang kewibawaan keluarga Jamalul Kiram dan pengembaraan mereka yang malang itu," kata pejabat berkenaan.
Pejabat itu mempersoalkan sama ada beberapa dakwaan lain yang dibuat Jamalul Kiram juga palsu.
"Kita semua kini memikirkan adakah terdapat kenyataan-kenyataan lain yang dibuat keluarga Jamalul Kiram juga adalah palsu?" kata pejabat tersebut.
Menurut portal berita GMA News, gambar itu sebelum ini telah diterbitkan di muka hadapan akhbar Philippine Star.
Selepas dimaklum beberapa orang pembaca, pihak GMA News kemudian turut mengesahkan imej tersebut palsu.
Gambar askar-askar Thailand yang terkorban itu pernah disiarkan di internet sebelum ini. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0308&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2MtsATHaU 
Hakcipta terpelihara 

Pengganas Sulu bunuh polis dengan kejam

LAHAD DATU 7 Mac - Ditawan kemudian dipenggal kepala merupakan antara kekejaman yang tiada tara dilakukan pengganas Sulu ke atas anggota keselamatan negara.
Bukan itu sahaja, seorang anggota pasukan keselamatan yang turut ditawan dirodok perutnya menggunakan parang Sulu atau barong sebelum dadanya dibelah dan dikeluarkan segala organ dalaman.
Badan wira negara juga ditetak sehingga bercerai beberapa anggota badan sebelum dicampak ke laut manakala ada antara mereka maut kerana kedua biji mata mereka dicungkil menggunakan senjata tajam.
Seorang lagi anggota pasukan keselamatan walaupun terselamat menjadi cacat apabila kedua-dua belah tangannya kudung akibat ditetak dan kepalanya dikelar menggunakan kerambit.
Kesemua wira negara itu diperlakukan sedemikian selepas diserang hendap pada 2 Mac lalu di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna.
Perbuatan yang sangat sadis dan tidak berperikemanusiaan itu menimbulkan tanda tanya apakah mereka ini di bawah pengaruh dadah atau ilmu hitam.
Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga menyatakan beliau amat dukacita apabila niat suci Malaysia untuk tidak membenarkan setitik darah tumpah di bumi Sabah dibalas dengan kekejaman oleh pengganas Sulu terhadap anggota keselamatan.
Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Facebook hari ini mengesahkan, selepas operasi menyelamat dibuat anggota komando VAT 69, mayat anggota polis ditemui dalam keadaan diperlaku dengan penuh kejam.
"Apabila tiba di Kampung Simunul, pasukan polis diserang hendap oleh penceroboh. Enam anggota polis terkorban manakala dua yang lain cedera. Enam penceroboh bersenjata telah dibunuh pihak polis.
"Polis menghantar pasukan penyelamat untuk membawa keluar mayat wira-wira kita. Mayat anggota polis ditemui dalam keadaan diperlaku dengan kejam oleh penceroboh bersenjata tersebut," katanya.
Dalam serangan itu, enam anggota polis maut iaitu Supritendan Ibrahim Lebar, Asisten Supritendan Micheal Padel, Sarjan Baharin Hamit, Sarjan Aziz Sarikun, Koperal Salam Togiron dan Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran.
Semua mereka yang maut itu kemudian diberi kenaikan pangkat berkuat kuasa serta-merta sebagai menghargai jasa dan pengorbanan wira yang diumumkan sendiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Terdahulu, pada 1 Mac lalu, pengganas Sulu juga bertindak keji apabila berpura-pura menyerah diri dengan mengangkat bendera putih sebelum menembak mati dua anggota komando VAT 69 dan mencederakan tiga yang lain di Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Allahyarham Asisten Supritendan Zulkifli Mamat, 29 dan Sarjan Sabarudin Daud, 46, yang menyangka pengganas Sulu ikhlas kemudian bangkit daripada posisi meniarap menyebabkan kedua-dua mangsa maut ditembak di kepala.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130308/dn_11/Pengganas-Sulu-bunuh-polis-dengan-kejam#ixzz2MtoE7iDS
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tukar seragam



Kuala Lumpur: Selepas seorang pemimpin kanan mereka ditembak mati, pengganas Sulu yang menceroboh Sabah kini dipercayai bertukar seragam sesama mereka dengan anggota berpangkat rendah memakai seragam pemimpin kanan dan sebaliknya.

Sumber polis berkata, tindakan itu dilakukan bertujuan melindungi pemimpin mereka dan menipu pasukan keselamatan negara jika pengganas memakai seragam serta pangkat pegawai tinggi ditembak atau ditangkap.


“Helah terkini pengganas ini kami kesan selepas menemui tiga pakaian seragam, satu jubah dan kain putih bertulisan jawi ketika melakukan pemeriksaan dalam zon merah di Lahad Datu dan Semporna,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Menurutnya, semua pakaian itu ditemui di rumah kosong ditinggalkan penduduk dan ada juga ditemui di dalam kawasan belukar.


Metro Ahad, 3 Mac lalu melaporkan seorang penduduk kampung yang menjadi jurubahasa ketika pasukan keselamatan berunding dengan pengganas pada 13 dan 14 Februari lalu mendakwa melihat Abgimuddin Kiram memakai jubah putih. Apabila ditanya adakah jubah dan kain putih yang ditemui itu milik Abgimuddin, sumber itu berkata, ada kemungkinan begitu, namun ia belum dapat disahkan sepenuhnya. “Pasukan pengganas kini berada dalam keadaan terdesak selepas pasukan keselamatan kita menggempur mereka habis-habisan melalui Ops Daulat, jadi mereka akan menggunakan pelbagai taktik kotor bagi menyelamatkan diri,” katanya.


Dalam perkembangan berkaitan, polis dikatakan menerima laporan daripada penduduk di Cenderawasih, Lahad Datu yang mendakwa terserempak dengan dua lelaki berpakaian seragam celoreng disyaki pengganas dalam kejadian kira-kira jam 2 petang kelmarin.

Dalam laporannya, penduduk terbabit mendakwa dua pengganas itu dilihat bersembunyi di sebuah pondok di kawasan berkenaan sebelum dia melarikan diri kerana bimbang mengenai keselamatannya.


Selain itu, satu laporan turut diterima daripada penduduk mengenai penemuan kelopak peluru M16 dipercayai ditinggalkan pengganas di tiang elektrik di Kampung Sri Jaya, Semporna.


Anggota polis berpakaian preman memeriksa sebuah kedai emas yang dirompak oleh tiga lelaki bersenjatakan parang di jalan Temenggong, Kota Bharu, Kelantan, kelmarin.
KOTA BHARU 7 Mac - Sekumpulan tiga perompak mengambil masa hanya lima minit untuk melarikan barang kemas bernilai kira-kira RM200,000 dalam rompakan di sebuah kedai emas di Jalan Temenggong dekat sini petang semalam.
Dalam kejadian pukul 4.45 petang itu, kesemua suspek memakai jaket hitam, bertopi keledar serta bersenjatakan parang dan kapak, meluru masuk ke dalam kedai tersebut sebelum memecahkan cermin pameran kedai emas tersebut.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, ketika kejadian, hanya terdapat lima orang pekerja dan tiada pelanggan dalam premis berkenaan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130308/je_01/Rompak-emas-RM200000#ixzz2Mtlnvje5
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Perwira dianggap mati syahid



Kota baharu: Mufti Kerajaan Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, anggota pasukan keselamatan yang terkorban dalam serangan penceroboh di Sabah dianggap mati syahid.

Beliau berkata, tidak wajar mana-mana pihak mempersoalkan status kematian wira negara dalam mempertahankan tanah air.


“Walaupun kematian anggota pasukan keselamatan negara dalam mempertahankan pencerobohan itu tidak dianggap sebagai syahid dunia dan akhirat seperti zaman Nabi yang berperang dengan bukan Islam, namun ia tetap dinamakan mati syahid kerana kematian mereka adalah untuk mempertahankan maruah dan kedaulatan negara,” katanya di sini, semalam.

Mohamad Shukri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) diminta mengulas mengenai terdapat pihak yang mempersoalkan kematian wira negara dalam mempertahankan tanah air daripada pencerobohan kumpulan bersenjata warga Filipina di Lahad Datu, Sabah.


“Mengikut sabda Nabi Muhammad SAW sesiapa yang mempertahankan nyawa, harta daripada dirompak, kehormatan diri daripada dirogol atau mati dalam kemalangan juga dinamakan mati syahid dan wajib dikebumikan sebagaimana jenazah yang mati dalam keadaan biasa,” katanya.


Beliau berkata tidak sepatutnya mana-mana pihak atau negara luar mempersoalkan hak Malaysia terhadap bumi Sabah. “Sesiapa yang mempertikaikan isu itu seolah-olah mencabul kedaulatan negara kita dan ia perlu dipertahankan.

“Cuma, kalau ada sesiapa ingin menuntut sesuatu hak itu tidak boleh kecuali melalui undang-undang kerana kita ada mahkamah dunia, pencerobohan itu sendiri adalah salah dari segi hukum agama.


“Begitu juga contohnya, jika ada orang bunuh anak kita, kita tidak boleh bunuh balik kerana kita ada undang-undang, mereka yang melakukan tindakan sendiri tanpa berpandukan kepada undang-undang disifatkan mengamalkan undang-undang rimba,” katanya.

32 lagi pengganas dibunuh


ANGGOTA Angkatan Tentera Malaysia dalam keadaan bersiap sedia menaiki kereta perisai bagi mengesan pengganas Sulu dalam Op Daulat di Kampung Tanjung Batu dan Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah, semalam.
LAHAD DATU 7 Mac - Seorang pemimpin kumpulan pengganas Sulu berpangkat jeneral adalah antara 32 yang ditembak mati oleh pasukan keselamatan negara dalam dua serangan di Kampung Tanjung Batu dan Kampung Tanduo sehingga kini.
Jumlah itu menjadikan angka kematian kumpulan pengganas sejak Op Daulat dilancarkan sejak kelmarin kini meningkat kepada 52 orang.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, dalam serangan pertama petang semalam, pasukan keselamatan menembak mati seorang pengganas di Kampung Tanduo.
Menurut beliau, dalam serangan hendap kedua di Kampung Tanjung Batu pukul 11.30 pagi ini, sebanyak 31 lagi penjenayah termasuk seorang dipercayai berpangkat jeneral ditembak mati.
...Langgan akhbar digital Utusan Malaysia anda hari ini... Mudah dan murah



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130308/dn_09/32-lagi-pengganas-dibunuh#ixzz2Mtki5M7M
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pemberontak Syria tahan 21 anggota pengaman PBB


DAMSYIK 7 Mac - Pemberontak Syria semalam menangkap seramai 21 anggota tentera pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di zon gencatan senjata di Bukit Golan antara Syria dan Israel, ketika mereka menguasai keseluruhan bandar utama utara Raqa.
Sehubungan itu, PBB terus mengadakan rundingan dengan pihak pemberontak bagi membebaskan kesemua anggota pasukan pengaman yang berasal dari Filipina itu, hari ini, kata ketua tentera pengaman PBB, Herve Ladsous.
Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon pada masa sama menuntut pembebasan segera kesemua anggota pasukan pengaman berkenaan dan mahu pemberontak menghormati 'kebebasan pergerakan dan keselamatan anggota tentera pengaman tersebut'.
Menurut seorang jurucakap pemberontak yang berunding dengan PBB berkata, kesemua tentera pengaman itu akan diterus ditahan sehingga tentera Presiden Bashar al-Assad berundur dari sebuah kampung di Bukit Golan.
''Sekiranya tentera kerajaan tidak berundur, kesemua tentera pengaman itu akan dilayan seperti banduan,'' kata jurucakap pemberontak, Abu Kaid al-Faleh.
Sementara itu, jurucakap tentera Filipina, Kolonel Arnulfo Burgos berkata, mereka mendesak tentera pengaman berkenaan yang merupakan sebahagian daripada 300 tentera dari Filipina dibebaskan dengan serta merta.
''Mereka dilayan seperti tetamu dan bukannya musuh, Kita juga menaruh harapan yang tinggi bahawa mereka akan dibebaskan tidak lama lagi,'' katanya.
Dalam perkembangan lain, Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian, Antonio Guterres mendakwa kira-kira sejuta rakyat Syria telah meninggalkan tanah air mereka sejak krisis itu meletus dua tahun lalu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130308/lu_10/Pemberontak-Syria-tahan-21-anggota-pengaman-PBB#ixzz2MtjtFBSo
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Aquino mahu dakwa Kiram di Filipina


DAVAO 7 Mac - Presiden Filipina, Benigno Aquino III (gambar), hari ini berkata, beliau berasa lebih bertanggungjawab bagi membicarakan Jamalul Kiram III, yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu dan pengikutnya di Filipina terlebih dahulu, sebelum mereka diekstradisi ke Malaysia.
"Biarkan kami (rakyat) dan negara ini menangani isu itu terdahulu dengan mendakwa Kiram.
"Kami akan membincangkan tentang ekstradisi (Kiram) ke Malaysia selepas mereka diuruskan di bawah undang-undang Filipina," katanya kepada media di Davao, hari ini.
Aquino mengeluarkan kenyataan itu selepas Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman mencadangkan kepada rakan sejawatnya, Albert del Rosario, supaya Kiram dan pengikutnya diekstradisi ke Malaysia.
"Jabatan Kehakiman (DOJ) sedang meneliti untuk mendakwa Jamalul Kiram dan pengikutnya," katanya.
Setiausaha Kehakiman, Leila de Lima berkata, pihaknya sedang menyediakan 'dakwaan kukuh' untuk mendakwa Kiram seperti yang diarah oleh Aquino.
"Filipina mempunyai hak utama untuk mendakwa Kiram dan pengikutnya," ujarnya. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130308/lu_08/Aquino-mahu-dakwa-Kiram-di-Filipina#ixzz2MtjmMAst
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Korea Utara bina 'kem penindasan'


Gambar satelit terbaharu merakamkan Korea Utara mengaburkan garis sempadan antara kem itu dengan kawasan sekitarnya. - AGENSI
PYONGYANG 7 Mac - Korea Utara didakwa membina satu sempadan keselamatan besar di sekitar sebuah kem tahanan politik dan mengehadkan pergerakan di kawasan perkampungan berdekatan, sebagai sebahagian daripada 'penindasan umum' terhadap rakyatnya, lapor Amnesty International, hari ini.
Agensi berita, al-Jazeera melaporkan badan hak asasi manusia itu berkata, analisis ke atas imej satelit baru berdekatan kawasan Kem No. 14 di Kaechon menunjukkan kerajaan 'mengaburkan garis sempadan' antara kem itu dan kawasan awam di sekitarnya.
Amnesty International melahirkan kebimbangan berhubung niat sebenar tindakan kerajaan di lembah berkenaan, 70 kilometer dari utara Pyongyang.
''Imej itu yang menunjukkan pergerakan antara 2006 dan 2013, Korea Utara membina tembok, pos pemeriksaan dan menara pengawal sepanjang 20 kilometer di sekitar lembah Choma-Bing dan penghuninya.
''Kawalan dan keselamatan Kem 14 menunjukkan tahap penindasan umum dan pengehadan ke atas hak pergerakan (rakyat),'' kata penyelidik tentang Korea Utara, badan hak asasi manusia itu, Rajiv Narayan dalam satu kenyataan.
Amnesty International meminta Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menubuhkan suruhanjaya antarabangsa bagi menyiasat pelanggaran tersebut termasuk jenayah kemanusiaan.
Korea Utara menafikan kewujudan kem-kem itu, yang dipercayai menahan sekurang-kurangnya 200,000 orang dan menjadi tempat rogol, seksaan, pembunuhan dan perhambaan.
Kebimbangan tentang penderaan di negara itu berlarutan sejak beberapa tahun lalu, namun dibayangi kebimbangan cubaan Korea Utara untuk menjadi satu kuasa nuklear. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130308/lu_06/Korea-Utara-bina-kem-penindasan#ixzz2MtjUkpZ4
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kiram minta gencatan senjata


Dua anggota pengganas terbaring di atas tanah dengan tangan terikat selepas ditahan oleh anggota polis Malaysia apabila mereka keluar daripada persembunyian di Kampung Tanjung Labian, sebuah kampung terletak dekat Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah, kelmarin, - REUTERS
MANILA 7 Mac - Kumpulan yang menceroboh Sabah diketuai Jamalul Kiram, hari ini meminta diadakan gencatan senjata, selepas kerajaan Malaysia melancarkan tindakan ketenteraan besar-besaran bagi menumpaskan mereka.
Menurut jurucakap ketua kumpulan pengganas itu, Abraham Idjirani, Jamalul Kiram mengisytiharkan gencatan sebelah pihak pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari waktu tempatan (12.30 tengah hari waktu Malaysia) dan menggesa Malaysia mengambil tindakan yang sama.
''Kami tidak akan mengambil apa-apa tindakan. Mereka (penceroboh) akan kekal di mana mereka berada sekarang. Mereka tidak akan memperluaskan operasi,'' kata jurucakap itu ketika membacakan kenyataan Jamalul Kiram.
Beliau merujuk kepada antara 100 hingga 300 pengganas terbabit yang kini berada di Sabah.
Abraham berkata, tindakan Jamalul Kiram itu adalah bagi menyahut permintaan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon, semalam supaya menamatkan pertempuran dan membuka ruang dialog antara kedua-dua belah pihak terlibat.
''Jamalul Kiram mengisytiharkan gencatan senjata sebelah pihak, sebagai maklum balas kepada permintaan PBB untuk mengelak kehilangan nyawa.
''Kami berharap Malaysia mengambil tindakan sama,'' katanya.
Jamalul Kiram yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu di selatan Filipina menghantar pengikutnya ke Lahad Datu sejak 11 Februari lalu bagi menuntut Sabah yang didakwa sebagai wilayahnya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130308/lu_05/Kiram-minta-gencatan-senjata#ixzz2Mtj1MrMs
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Indonesia tahan lima anggota polis


JAKARTA 8 Mac - Polis Indonesia semalam menahan lima anggotanya atas dakwaan menyeksa anggota militan, selepas rakaman video yang dimuatnaik di YouTube merakamkan seorang suspek militan sedang ditembak, manakala yang lain didera.
Ketua detektif polis, Sutarman berkata, pihaknya sudah menahan lima anggota polis dan menjalankan soal siasat terhadap anggota lain.
Sutarman, bagaimanapun tidak memberi kenyataan lanjut berhubung penahanan tersebut.
Video dengan durasi selama 14 minit yang kabur itu dimuatnaik oleh beberapa kumpulan Islam di laman web mereka dan YouTube, yang merakamkan pegawai-pegawai terbabit sedang memaksa seorang lelaki melucutkan seluar dalamnya sebelum mereka menembak mangsa di bahagian dada. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130308/lu_02/Indonesia-tahan-lima-anggota-polis#ixzz2MtiTNlQf
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Filipina kerah 2 kapal pengawal pantai


salah sebuah Kapal pengawal pantai PCG BRP Edsa (SARV 002) Filipina siap sedia untuk dihantar ke sempadan Malaysia-Filipina - AGENSI
MANILA 5 Mac - Dua kapal Pengawal Pantai Filipina diletakkan dalam keadaan bersiap sedia di Zamboanga City untuk dihantar ke perairan sempadan Malaysia-Filipina bagi memberi bantuan kemanusiaan kepada rakyat negara ini, yang terjejas akibat ketegangan di Sabah ekoran pencerobohan kumpulan bersenjata dari Filipina.
Jurucakap Pengawal Pantai, Leftenan Komander Armand Balilo berkata, kapal mencari dan menyelamat, PCG BRP Edsa (SARV 002) dan BRP Davao del Norte (SARV 3504) kini 'sedang menunggu arahan daripada Jabatan Hal Ehwal Luar untuk dikerah ke sempada antara kedua-dua negara berjiran ini'.
"Ekoran misi itu adalah untuk tujuan kemanusiaan, kami berharap kerajaan Malaysia akan membenarkan kapal-kapal tersebut membawa pulang rakyat Filipina yang mahu meninggalkan Sabah ketika ketegangan antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan bersenjata Kesultanan Sulu berterusan," katanya yang dipetik oleh Inquirer.net.
Balilo berkata, kedua-dua kapal itu akan membantu dalam operasi pemindahan atau membawa pulang rakyat Filipina dari timur Sabah. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130306/lu_04/Filipina-kerah-2-kapal-pengawal-pantai#ixzz2MthrMCae
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Filipina telah melakukan segala pendekatan elak keganasan


Anggota polis berkawal di pos kawalan di hadapan Kolej Integrasi Ilmu berhampiran Kampung Tanduo, lokasi pasukan keselamatan melancarkan serangan ofensif ke atas pengganas, semalam. - BERNAMA
MANILA 5 Mac - Jurucakap Presiden Benigno Aquino, Ricky Carandang hari ini berkata, kerajaan Filipina telah menggunakan semua pendekatan bagi mengelak pencerobohan kumpulan bersenjata dari negara itu di Sabah berakhir dengan keganasan.
Kenyataan itu dibuat selepas kerajaan Malaysia melancarkan serangan besar-besaran ke atas kumpulan pengganas itu, yang mendakwa mereka sebagai pengikut Kesultanan Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, hari ini.
"Kami telah melakukan semampu yang boleh bagi menghalang kejadian ini (keganasan) berlaku, tetapi pengikut Kiram (Sultan Jamalul Kiran III) memilih jalan tersebut," kata Carandang.
Sebanyak 27 orang telah terkorban sejak pengikut Jamalul Kiram menceroboh negeri itu pada 12 Februari lalu.
Carandang berkata, Setiausaha Luar Filipina, Albert del Rosario masih berada di Kuala Lumpur untuk berunding dengan rakan sejawatnya dari Malaysia berhubung krisis itu.
Sementara itu, jurucakap Kiram, Abraham Idjirani berkata, pemimpin kumpulan itu melaporkan kepadanya melalui panggilan telefon bahawa pertempuran sedang berlaku di Sabah.
"Buat masa ini tidak ada apa yang boleh dilakukan dan mereka akan berjuang sehingga ke akhir hayat," katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130306/lu_02/Filipina-telah-melakukan-segala-pendekatan-elak-keganasan#ixzz2MthfSWa1
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Protes di Kedutaan Malaysia


Penyokong Jamalul Kiram III mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Kedutaan Malaysia di Manila, semalam menggesa supaya serangan pasukan keselamatan Malaysia ke atas pengikut Jamalul Kiram III, yang menceroboh Sabah dihentikan. - AFP
MANILA 5 Mac - Kedutaan Malaysia di Filipina ditutup, hari ini ekoran tutnjuk perasaan olteh penyokong Sultan Jamalul Kiram III, mengecam serangan tentera Malaysia ke atas kumpulan penceroboh di Sabah, yang setakat ini telah mengorbankan sekurang-kurangnya 27 orang.
Penutupan pejabat kedutaan itu dibuat, ketika tentera Malaysia melancarkan serangan ke atas penceroboh yang mendakwa diri mereka sebagai tentera Kesultanan Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, hari ini.
Sekurang-kurangnya 100 penunjuk perasaan Katolik dan Islam yang merupakan penyokong Kesultanan Sulu yang diketuai Sultan Jamalul Kiram III, berkumpul di hadapan pejabat Kedutaan Malaysia di Makati City, serta di Tordecillas Street, Salcedo Village.
Mereka menggesa serangan ke atas pengikut Kesultanan Sulu itu dihentikan.
Dalam demonstrasi tersebut, mereka turut membakar bendera Malaysia dan gambar Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sekurang-kurangnya 50 anggota polis dan sebuah trak bomba turut ditempatkan di kawasan itu. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130306/lu_01/Protes-di-Kedutaan-Malaysia#ixzz2MthTWAHf
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Putera Arab Saudi boikot majalah Forbes


KAHERAH 6 Mac - Putera Arab Saudi, Alwaleed Talal yang merupakan individu terkaya di dunia Arab dilaporkan memboikot majalah Forbes atas alasan ia memandang rendah nilai kekayaannya.
Menurut syarikatnya, Forbes baru-baru ini menyenaraikan Alwaleed sebagai bilionair pada tangga ke-26 dengan anggaran nilai kekayaan sebanyak AS$20 bilion (RM62 bilion).
"Forbes menggunakan data yang tidak tepat untuk menetapkan kedudukan sebenar Putera Alwaleed," jelasnya. - DPA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130306/lu_06/Putera-Arab-Saudi-boikot-majalah-Forbes#ixzz2MthEqlVq
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pemberontak Syria tangkap Gabenor wilayah Raqa


BEIRUT 6 Mac - Kumpulan pemberontak Syria menangkap Gabenor wilayah Raqa, Hassan Jalil, selepas menawan ibu kota wilayah tersebut, semalam
Pemantau Hak Asasi Manusia bagi Syria berkata, tangkapan itu disahkan menerusi rakaman video amatur yang diambil oleh kumpulan pemberontak.
Video tersebut menunjukkan Hassan dan pemimpin Parti Baath, Suleiman Suleiman duduk bersama dengan kumpulan pemberontak. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130306/lu_08/Pemberontak-Syria-tangkap-Gabenor-wilayah-Raqa#ixzz2MtgvuPJD
© Utusan Melayu (M) Bhd 

70 maut dalam pertempuran


KINSHASA 6 Mac - Sekurang-kurangnya 70 orang terbunuh dan beratus-ratus yang lain melarikan diri dari rumah selepas berlaku pertempuran di antara pemberontak dan tentera kerajaan di timur Republik Demokratik Congo, semalam.
Pertempuran antara tentera dan pejuang daripada militia APCLS yang bermula minggu lepas di bandar Kitchanga merupakan keganasan terbaharu di rantau ini.
Menurut jurucakap sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Perubatan Perancis Medecin Sans Frontieres (MSF), hospital dipenuhi dengan orang ramai yang cedera selepas rumah mereka dibom.
Pekerja tempatan Palang Merah berkata 70 orang telah meninggal dunia.
"Keadaan mereka sangat kritikal, rumah mereka terbakar dan ramai yang cedera '' kata penyelaras perubatan MSF di rantau ini, Cory Kik.
Sementara itu, seorang pegawai tempatan pula menyatakan 200 penduduk telah terkorban selepas pertempuran dan lebih daripada 300 buah rumah musnah.
Menurut jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kira-kira 10,000 penduduk berkumpul di luar bangunan PBB di bandar ini bagi memohon perlindungan. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130307/lu_09/70-maut-dalam-pertempuran#ixzz2MtgI6rfb
© Utusan Melayu (M) Bhd 

EU saman Microsoft AS$730 juta


BRUSSELS 7 Mac - Kesatuan Eropah (EU) memfailkan saman sebanyak AS$730 juta (RM2.3 bilion) ke atas syarikat perisian komputer, Microsoft semalam, ekoran gagal menyediakan pilihan aplikasi pelayar Internet kepada pelanggan seperti yang dijanjikan sebelum ini.
EU menyatakan bahawa Microsoft melanggar perjanjian yang dimeterai pada 2009 untuk memastikan pengguna mempunyai pilihan ketika melayari Internet.
Hasil siasatan mendapati syarikat perisian itu gagal melunaskan janji tersebut antara Mei 2011 dan Julai 2012. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130307/lu_01/EU-saman-Microsoft-AS730-juta#ixzz2Ms6sDU4B
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Telefon pintar jejas hubungan


LONDON 6 Mac - Satu kajian di United Kingdom (UK) mendapati perbualan menerusi telefon pintar menjadi lebih penting daripada perbualan bersemuka sehingga boleh mengganggu hubungan suami isteri.
Menurut kajian yang dijalankan oleh syarikat langganan, Socked.co.uk. kira-kira 80 peratus lelaki di UK mengaku menggunakan telefon pintar atau komputer tablet mereka ketika sedang makan malam.
Data terbaru menunjukkan peningkatan jumlah mereka yang enggan berbual secara bersemuka walaupun perbuatan itu dilihat melanggar nilai-nilai kemasyarakatan.
Sejumlah orang lebih gemar berbual dengan orang yang mungkin tidak pernah bertemu di talian berbanding berbual dengan pasangan mereka sendiri, ahli keluarga atau rakan yang berada di hadapan mereka.
Hasil kajian mendapati, sebanyak 76 lelaki hanya berdiam diri ketika bersama pasangan mereka pada waktu malam sambil melayari laman-laman web.
Sebanyak 84 peratus responden berkata, mereka menjadi marah apabila mereka diganggu ketika menggunakan telefon pintar atau komputer tablet.
Wakil Socked.co.uk, Mark Hall berkata, media sosial dan Internet sememangnya penting, namun tidak sepatutnya mengganggu hubungan dalam kehidupan.
''Apabila seseorang memegang telefon, seolah-olah dunia di sekitar mereka tidak membawa apa-apa makna.
''Data mengenai kejadian ini sangat mengejutkan,'' katanya. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130307/lu_07/Telefon-pintar-jejas-hubungan#ixzz2Ms6l6YNE
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Arnab gergasi mampu berenang


Arnab boleh berenang sama seperti anjing. - AGENSI
LONDON 6 Mac - Tidak ramai yang tahu sebenarnya arnab boleh berenang sama seperti anjing.
Hal itu dapat dilihat apabila seorang wanita yang memiliki arnab gergasi telah memaksa haiwan itu berenang di dalam kolam hidroterapi bagi merawat penyakit artritis.
Amanda Williams, 44, berkata, arnab yang seberat 68 kilogram dan sepanjang 81.2 sentimeter bernama Heidi dikesan menghidap artritis selepas tidak mampu bergerak pada Krismas tahun lalu.
''Apabila saya membawanya ke doktor haiwan, penyakit itu dikesan di paha dan lutut Heidi dan doktor mencadangkan supaya saya menggunakan rawatan hidroterapi,'' katanya.
Williams tidak menyangka Heidi mampu berenang di dalam kolam tersebut selepas dipakaikan baju renang kerana sebelum ini rawatan itu hanya digunakan untuk kuda dan anjing.
''Saya tidak sangka Heidi boleh berenang pada sesi pertama rawatan ini. Dia ada menghadapi masalah apabila air masuk ke dalam telinganya, namun selepas kami mengikat telinganya itu, dia mampu berenang,'' katanya.
Dia berharap latihan renang dua kali seminggu dengan bayaran sebanyak 30 pound (RM141) untuk setiap sesi dapat membantu haiwan kesayangannya pulih daripada penyakit itu. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130307/lu_08/Arnab-gergasi-mampu-berenang#ixzz2Ms6b1yHS
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday, March 7, 2013

Video keganasan polis tersebar

Video keganasan polis tersebar
Antara paparan aksi dimuat naik ke dalam laman You Tube.
JAKARTA - Paparan video keganasan polis Indonesia di muat naik dalam laman video You Tube mencetuskan kontroversi pelbagai pihak.

Jurucakap Polis Negara, Boy Rafli Amar berkata, pihaknya masih menyiasat visual video terbabit yang melibatkan puluhan anggotanya melakukan kekerasan termasuk menembak militan yang ditahan beberapa bulan lalu.

Paparan video berdurasi 14 minit itu menyaksikan suspek didera dengan memaksa seorang militan menanggalkan seluarnya sebelum menembak mereka di dada.

Video juga turut memaparkan anggota polis memijak tiga suspek dengan tangan terikat dan mengherdik dengan cacian sebelum menembaknya.

“Kami masih mengkaji video itu kerana sumber video terbabit masih tidak diketahui. Siasatan dalaman akan dilakukan terlebih dahulu terhadap anggota terlibat, “ katanya.

Menurutnya, kesemua anggota yang melakukan keganasan itu memakai jaket kalis peluru dan topi keledar, telah dikenal pasti sebagai Ahli Detasmen Anti-keganasan Skuad 88, manakala selebihnya daripada unit Elit Polis Mobile Brigade.

“Lelaki yang ditembak, dikenal pasti sebagai Wiwin. Beliau di penjara kerana memenggal kepala tiga gadis Kristian di Poso pada 2005, manakala yang lain telah dipenjarakan lebih daripada 10 tahun atas kes keganasan lain, termasuk pengeboman,” katanya.

Beliau berkata, insiden itu berlaku di kawasan militan Poso, di pulau Sulawesi di mana anggota polis menjadi sasaran utama militan selepas beberapa plot pengeboman dirancang kumpulan itu menemui kegagalan. - AFP