Friday, February 7, 2014

Polis Hentak Kepala Pekerja Hotel Dengan Pistol Lah!

Like "SEREMBAN – Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang menghentak kepala seorang pekerja hotel dengan pistol hanya kerana salah faham mengenai pemulangan baki wang pembelian ais krim ditahan kelmarin.

Kejadian pukul 2.50 pagi di sebuah hotel bajet di Seremban 2 itu berlaku apabila pegawai berusia 32 tahun tersebut datang bersama tiga rakannya untuk menginap di hotel tersebut.

Ketika hendak mendaftar masuk hotel, pegawai terbabit dikatakan bertengkar dengan dua pekerja hotel kerana salah faham di kaunter lobi. Kejadian itu dirakamkan selama 10 minit menerusi kamera rakaman litar tertutup (CCTV) hotel.

Menurut laporan polis yang dibuat mangsa, akibat tidak berpuas hati, pegawai terbabit bertindak memanjat kaunter lobi lalu menunjukkan pistol sebelum menghentak kepalanya dengan belakang pistol selepas berang dengan ugutan mangsa yang ingin membuat laporan polis.

Selain kepala, hentakan itu turut mengenai telinga mangsa.

Suspek kemudian ditahan selepas dua anggota polis yang menaiki sebuah kereta peronda tiba. Mangsa turut dihantar ke hospital oleh polis. – Kosmo"

jangan lupa like Media Lah
https://www.facebook.com/medialah
 —

Ibu 100 tahun bela anak OKU 62 tahun


7 Februari 2014
Ibu 100 tahun bela anak OKU 62 tahun
Ibu 100 tahun bela anak OKU 62 tahun Meliah Md Diah yang berusia 100 tahun (kiri) memberi minum kepada anaknya Abd Rahman Saud, 62, yang juga orang kelainan upaya (OKU) ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Bukit Nambua, Mukim Belimbing Kanan di Kuala Nerang hari ini. Turut memerhati Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, Badrol Hisham Hashim yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Nerang yang turun padang melawat keluarga tersebut. Warga emas itu masih mempunyai kudrat yang kuat untuk menjaga dan menguruskan anak bongsu daripada empat baradik itu yang mengharapkan bantuan orang lain untuk bergerak selepas diserang penyakit sawan sejak kecil. Suaminya Saud Ismail meninggal dunia sejak 20 tahun lepas dan tiga anaknya turut meninggal dunia pada usia muda. Kegigihan dan kecekalan warga emas ini perlu dijadikan tauladan kepada orang ramai dalam menjaga dan menguruskan anak istimewa ini. - Foto Bernama



KUALA NERANG - Sudah 62 tahun, seorang ibu yang kini dipercayai berusia lebih 100 tahun membela anak lelakinya yang kelainan upaya (OKU).

Meliah Md Diah yang kematian suami 20 tahun lalu berseorangan menjaga anaknya Abd Rahman Daud, 62, di rumah mereka di Kampung Bukit Nambua, Mukim Belimbing, di sini.

Abd Rahman cacat anggota badan akibat diserang sawan sejak kecil.

Anak bongsu dari empat beradik itu hanya terbaring dan tidak boleh bercakap serta memerlukan bantuan ibunya untuk makan, mandi dan bergerak.

Adik-beradik Abd Rahman yang lain sudah meninggal dunia.

"Hari-hari mak cik suap nasi sebab dia tak boleh makan sendiri. Mak cik mandi dia, pakaikan baju dan dudukkan dia di beranda rumah berehat. Ada adik beradik mak cik mai jenguk(datang ziarah) dan tolong," katanya kepada pemberita di rumahnya di sini, hari ini.

Ditanya mengenai usianya yang panjang, Meliah berkata beliau banyak memakan ulam dan makanan berebus.

"La ni (sekarang) cuma sakit tua saja, tak larat, telinga pun tak berapa nak dengar dan mata sikit kabur," katanya yang turut mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Mak Cik bersyukur sebab diberi nikmat kesihatan dan kekuatan untuk jaga anak istimewa ni. Kalau kata satu hari nanti Mak Cik pergi dulu (meninggal dunia), harap adik beradik lain dapat jaga dia (Abd rahman) dengan baik," katanya.

Namun nasib dua beranak ini mendapat pembelaan apabila menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan Negeri, Badrol Hisham Hashim.

Badrol Hisham yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Nerang berkata, selain menyumbangkan keperluan harian, pihaknya akan membina sebuah rumah baharu bagi memudahkan dua beranak itu bergerak dan keluar masuk rumah tanpa perlu memanjat tangga.

"Kalau lihat rumah mereka agak uzur dan mereka terpaksa naik turun tangga. Kita akan bina rumah yang lebih selesa dan akan beri kelengkapan lain seperti kerusi roda," katanya yang turut meminta pihak korporat menghulurkan sumbangan.

Pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) turut membantu dengan membuat kad pengenalan baharu untuk Abd Rahman yang kali terakhir dibuat pada Januari 1969 ketika berusia 17 tahun.

Ketua Unit Komunikasi Korporat JPN Kedah, Basharudin Ibrahim berkata kad pengenalan baharu itu akan siap dalam tempoh 10 hari lagi. - Bernama

Soalan seks untuk murid sekolah?


KHAIRULKHEIZA MOHD NAJIB
7 Februari 2014
Soalan seks untuk murid sekolah?
Soalan seks untuk murid sekolah? Soalan kaji selidik yang menjadi punca kontroversi.



SEREMBAN - Soalan berunsur seks dalam borang soal selidik yang diedarkan kepada murid sekolah rendah di Nilai mendorong dua wakil rakyat membuat aduan sekali gus menuntut tindakan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, semalam.

Adun Nilai, J Arul Kumar yang hadir bersama Adun Senawang, P Gunasekaran, mempersoalkan apa relevannya soalan berkaitan keguguran kandungan, kaedah mencegah kehamilan, penukaran jantina, masturbasi, bertukar-tukar pasangan dan hubungan seks luar tabii ditanya kepada murid sekolah rendah.

"Soalan seperti ini tidak sepatutnya ditanya kepada murid sekolah rendah," kata Arul Kumar.

Beliau turut menunjukkan borang soal selidik itu yang antara soalannya ialah 'Saya mempunyai keinginan seks terhadap (a) kaum (jantina) sejenis (b) keinginan untuk menjadi berlainan jantina'.

Satu lagi soalan, 'saya pernah melakukan perkara-perkara berikut (a) membaca/ menonton bahan-bahan lucah (b) melancap/ masturbasi (merangsang diri sendiri secara seksual).
Sinar Harian difahamkan, borang soal selidik itu diedarkan di sekolah-sekolah di negeri ini.

Menurutnya,  beliau dimaklumkan mengenai perkara itu Jumaat lalu oleh ibu bapa murid tahun empat yang bimbang persoalan yang dibangkitkan dalam soal selidik itu mencemarkan pemikiran anak mereka.

“Setelah diteliti, kita dapati soalan pada halaman tiga itu memang tidak sepatutnya diajukan kepada murid sekolah rendah. Kita pun hairan bagaimana pihak berkenaan boleh terfikir untuk menyoal selidik budak sekolah rendah dengan soalan seperti itu.

“Cuba bayangkan, apa yang kanak-kanak ini faham tentang keguguran kandungan, kaedah pencegahan kehamilan, penukaran jantina, masturbasi, bertukar-tukar pasangan dan hubungan seks luar tabii,” katanya.

Arul Kumar berkata,  tidak timbul masalah jika soalan itu diajukan kepada golongan remaja, khususnya pelajar sekolah menengah memandangkan topik dibangkitkan bersesuaian dengan mereka untuk tujuan kesedaran.

“Ibu bapa itu sendiri kata kepada saya, mereka serba salah apabila anak-anak yang masih kecil ini balik bertanya kepada mereka soalan-soalan yang mereka sendiri tak boleh nak jawab. Pada saya, perkara seperti ini boleh dedahkan anak-anak kepada perkara yang mereka tak sepatutnya tahu lagi pada peringkat usia itu," katanya.

Sehubungan itu, Arul Kumar minta Jabatan Pendidikan negeri mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan insiden sama tidak berulang.

“Kita harap Jabatan Pendidikan negeri memandang serius perkara ini kerana mengikut maklumat diterima, dipercayai kaji selidik berkenaan bukan saja diedarkan di sekolah terbabit, malah di semua jenis sekolah rendah di negeri ini sejak tahun lalu.

“Bagaimanapun, kita terpaksa menanti sehingga hari ini (semalam) untuk bertindak selepas mendapat bukti mencukupi,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Kalsom Khalid ketika dihubungi Sinar Harian berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, kaji selidik berkenaan dibuat klinik kesihatan berdekatan tanpa pengetahuan dan kebenaran Jabatan Pendidikan negeri.

"Setakat ini, kita tak pasti berapa banyak yang sudah diedarkan dan sekolah mana terlibat.

"Buat permulaan kita minta pengurusan sekolah yang menerima borang kaji selidik ini supaya menghentikan pengedarannya," katanya.

Kalsom berkata, pihaknya akan membuat siasatan lebih lanjut sebelum sebarang tindakan diambil.

Australia hadiahkan 2 bot peronda kepada Malaysia


Gambar tidak bertarikh menunjukkan, dua buah bot peronda agensi maritim Australia, cuba memintas sebuah kapal membawa mangsa-mangsa penyeludupan manusia di perairan negara itu. - AGENSI
SYDNEY 6 Feb. - Kerajaan Australia, hari ini menyatakan hasrat untuk menghadiahkan dua buah bot peronda kepada Malaysia sebagai sebahagian strateginya untuk membanteras kegiatan penyeludupan manusia di rantau ini.
Sempadan Thailand-Malaysia sering dijadikan sebagai transit bagi aktiviti penyeludupan manusia untuk ke Sumatera melalui Selat Melaka, dengan kebanyakan bot pencari suaka yang tiba ke Australia datangnya dari Indonesia.
Bot berkenaan akan diserahkan pada pertengahan 2015 dengan Menteri Imigresen Australia, Scott Morrison menyifatkan tindakan itu sebagai 'strategi operasi yang praktikal untuk membendung jenayah penyeludupan'.
Canberra pada tahun lalu pernah mengambil tindakan sama, apabila menghadiahkan dua buah bot peronda kepada Sri Lanka.
Morrison berkata, Malaysia merupakan rakan utama di rantau ini dan kerjasama dua hala bagi menghalang penyeludupan manusia adalah penting, selepas menyaksikan negara ini berterusan menjadi transit kepada mereka yang ingin ke Australia dengan menggunakan bot.
"Bot berkenaan akan meningkatkan keupayaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam mengawal sempadan perairan, selain membantu menyelamatkan mangsa penyeludupan,'' jelasnya.
Bot-bot yang digunakan oleh agensi pengawasan maritim Australia sejak 1990-an itu, boleh bergerak sejauh 1,000 batu nautika dengan kapasiti 12 orang anak kapal.
Sejak memegang semula tampuk pemerintahan negara pada tahun lalu, kerajaan pimpinan Parti Konservatif mengambil pendirian tegas dalam isu penyeludupan manusia dan pencari suaka di bawah 'Operasi Kedaulatan Sempadan'. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140207/lu_07/Australia-hadiahkan-2-bot-peronda-kepada-Malaysia#ixzz2saBmnO41
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Syariah dalam kalangan bukan Islam di Aceh


Dua orang polis syariah wanita (berdiri kiri), menasihati dua gadis yang memakai seluar ketat di Aceh, baru-baru ini. - AGENSI
JAKARTA 6 Feb. - Majlis Perundangan Aceh sedang menimbangan untuk memperkenalkan peraturan khas bagi membolehkan masyarakat bukan Islam di wilayah itu mematuhi undang-undang syariah.
Dikenali sebagai Qanun Jinayat, peruntukan di bawah undang-undang tersebut bakal menyaksikan seluruh penduduk di wilayah Aceh perlu mengenakan pakaian dan mematuhi etika kehidupan berlandaskan prinsip Islam.
Dalam usaha memperkenalkan undang-undang tersebut kepada golongan bukan Islam, Ketua Jabatan Penguatkuasaan Syariah Wilayah Aceh, Samsuddin berkata, pada masa ini, pihaknya meningkatkan rondaan di jalan-jalan bagi memantau kesalahan dilakukan penduduk termasuk bukan Islam.
Di Banda Aceh semalam, dua wanita bukan Islam yang menunggang motosikal, ditahan polis syariah dalam satu sekatan jalan raya kerana tidak mengenakan tudung.
Bagaimanapun, memandangkan kedua-dua wanita itu bukan Islam, mereka tidak dikenakan sebarang hukuman tetapi diberi amaran supaya mula menutup kepala setiap kali muncul di khalayak ramai.
"Kami mengharapkan semua wanita termasuk yang bukan Islam akan mengenakan tudung," kata Samsuddin seperti dilaporkan akhbar tempatan, hari ini.
Menurut Samsuddin, masyarakat Islam dan bukan Islam di wilayah Aceh, satu-satunya wilayah di Indonesia yang diberi hak autonomi untuk melaksanakan perundangan syariah, seharusnya mematuhi undang-undang Islam.
Selain menahan wanita yang tidak menutup aurat, polis syariah turut menahan lelaki Islam dan bukan Islam yang memakai seluar pendek ketika menunggang motosikal dengan memberi amaran bahawa mereka perlu mengenakan seluar panjang atau seluar di bawah paras lutut apabila berada di kawasan umum.
Berdasarkan Kanun Syariah No. 11 Tahun 2002, setiap anggota masyarakat wajib mengenakan pakaian yang bersesuaian dengan syariat Islam iaitu wanita harus mengenakan tudung, sementara kaum lelaki dilarang memakai seluar pendek.
"Seandainya seseorang itu didapati bersalah melanggar undang-undang syariah sebanyak tiga kali, mereka boleh dikenakan hukuman lebih berat seperti dikenakan hukuman sebatan di hadapan orang ramai," kata Samsuddin.
Aceh yang terletak di hujung utara pulau Sumatera merupakan wilayah paling barat di Indonesia dengan jumlah penduduk seramai 4.5 juta orang. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140207/lu_06/Syariah-dalam-kalangan-bukan-Islam-di-Aceh#ixzz2saBY1Vdg
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Projek mega sukarkan jemaah


Projek memperluas kawasan sekitar Masjidilharam, mengundang rungutan para jemaah yang mengadu sentiasa sesat dan sukar sampai ke Kaabah. - AGENSI
MEKAH 6 Feb. - Projek menaik taraf Masjidilharam bagi memperluas kawasan tanah suci itu di sini, telah menyebabkan para jemaah sukar mencari jalan untuk menuju ke Kaabah.
Dalam satu tinjauan akhbar Arab News baru-baru ini, pengunjung yang pertama kali menjejakkan kaki ke tanah suci itu sesat disebabkan kekurangan papan tanda dan maklumat jalan.
Seorang jemaah dari Turki yang pertama kali datang ke tanah suci, merungut tentang kesukaran untuk mencari jalan masuk ke Masjidilharam.
"Kesesakan jemaah serta projek memperluas kawasan di sini menyebabkan ramai jemaah sesat dan tidak dapat menentukan arah kiblat untuk menunaikan solat.
"Kami memerlukan lebih banyak petunjuk jalan dalam pelbagai bahasa di dalam serta di luar Masjidilharam untuk mengatasi masalah ini. Kakitangan yang mampu bertutur dalam pelbagai bahasa juga boleh membantu dalam hal ini," kata Fatima dari Istanbul.
Menurut pegawai, kira-kira 750,000 jemaah umrah datang ke Mekah setiap bulan dan jumlah tersebut dijangka meningkat sehingga enam juta pada akhir musim ini.
Selain itu, pemandu teksi turut didapati mengambil kesempatan mengenakan caj tinggi terhadap jemaah, terutama ketika waktu sibuk dan lalu lintas sesak.
Menurut seorang pengunjung, Abdul Rahman, kerajaan seharusnya meletakkan papan notis harga tambang teksi di Masjidilharam.
"Jika tidak, pemandu teksi akan terus mengenakan caj sebanyak 20 riyal (RM17.80) untuk perjalanan jarak dekat dan mengambil kesempatan ke atas jemaah yang tidak boleh menggunakan bas," katanya. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140207/lu_03/Projek-mega-sukarkan-jemaah#ixzz2saB0YLu8
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday, February 6, 2014

Bagus tak naik tol tapi...


 SINAR HARIAN
Rafizi Ramli
Rafizi Ramli
6 Februari 2014



SHAH ALAM - Susulan keputusan kerajaan tidak menaikkan kadar tol tahun ini disambut dengan dua seruan oleh PKR.

Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli menggesa supaya pemegang konsesi yang telah mendapat pulangan modal dari pelaburan tidak terus mengenakan tol pada kadar yang tinggi.

"Perjanjian konsesi perlu dikemaskini dengan angka terbaru kadar kenderaan yang menggunakan dan perbelanjaan pengurusan dan penyenggaraan yang terkini supaya kadar tol yang disemak nanti bukanlah untuk memberi keuntungan berlipat kali ganda kepada pemegang konsesi," tambahnya lagi.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan kerajaan tidak akan menaikkan kadar tol tahun ini.

Sehubungan itu katanya, kerajaan perlu menyediakan RM400 juta sebagai pampasan kepada syarikat konsesi terbabit.

Menyifatkan pengumuman Muhyiddin sebagai kejayaan rakyat, Rafizi berkata, sekiranya kedua-dua konsep mudah itu dilaksanakan dalam rundingan konsesi tol, sudah tentu tidak ada syarikat yang mendapat kadar keuntungan sehingga 50 hingga 60 peratus.

"Keuntungan yang berlipat kali ganda dari pelaburan dan kos ini menunjukkan bahawa perjanjian konsesi sekarang benar-benar berat sebelah," tegas Ahli Parlimen Pandan ini.

Sehubungan itu, beliau menyeru Kabinet mempertimbangkan dua konsep yang dicadangkannya menerusi rundingan semula yang dibuat pihak berkenaan.

Terima ijazah pada usia 91 tahun


6 Februari 2014
Terima ijazah pada usia 91 tahun
Terima ijazah pada usia 91 tahun Hermain berkerusi roda ketika menerima ijazah di Unpad.



BANDUNG - INDONESIA. Seorang warga emas berusia 91 tahun mencatat sejarah apabila menjadi graduan tertua menerima ijazah kedoktoran di Universiti Padjadjaran (Unpad) di Indonesia, kelmarin.

Hermain Tjiknang yang berkerusi roda turut dikurniakan penghormatan tambahan iaitu ijazah doktor falsafah tertua yang belum pernah diberikan sebelum ini.

"Saya mengambil masa lima tahun untuk menamatkan pengajian dan terpaksa menyemak semula tesis sebanyak tujuh kali," katanya.

Bapa kepada lima anak berasal dari Muntok, Bangka ini dilahirkan pada 22 June 1922, laporan dipetik dari Jakarta Globe.

Dakwat kekal: Solat hajat untuk pegawai tentera

KUALA LUMPUR: Seluruh ahli dan penyokong PAS digesa mengadakan solat hajat berikutan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi Ahmad yang akan dihadapkan ke Mahkamah tentera esok berhubung kenyataan beliau tentang dakwat tak kekal pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu.

AJK PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, PAS mendoakan agar Mejar Zaidi diberi ketabahan dan kekuatan berdepan ujian ini dan semoga Allah mempermudahkan segala urusan beliau esok.

"Kita minta seluruh ahli dan penyokong PAS mengadakan solat hajat malam ini semoga Allah memberi kemenangan kepada beliau esok," kata beliau yang juga Pengarah Jabatan Tarbiah PAS kepada Harakahdaily.

Zaidi akan dihadapkan ke Mahkamah TUDM Pangkalan Udara Kuala Lumpur esok atas tujuh pertuduhan kerana membuat kenyataan media berhubung isu dakwat kekal pada hari pembuangan undi PRU13 lalu.

Lima daripada pertuduhan berkenaan di bawah Seksyen 50(2) Akta Angkatan Tentera 1972 sementara dua lagi membabitkan Seksyen 51 akta sama.

Seksyen 50(2) adalah membabitkan kesalahan tidak patuh kepada pegawai atasan yang boleh dipenjara tidak lebih dua tahun, manakala Seksyen 51 pula tidak patuh kepada perintah tetap yang boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau hukuman ringan lain.

Semua pertuduhan berkenaan merujuk pada tarikh 1 Mei 2013 di dua lokasi berbeza iaitu perkarangan Balai Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kepala Batas dan Pangkalan Udara Butterworth.

Si buta kemaruk tatu

Fran Atkinson
Cardiff: Seorang wanita ‘kemaruk’ menghabiskan masa 416 jam hidupnya untuk memenuhkan badannya dengan tatu.
Malangnya, dia tidak dapat melihat hasil lukisan itu kerana dia buta.

Fran Atkinson, 52, menghabiskan tiga tahun kebelakangan ini mendapatkan khidmat pelukis tatu Grez Bowman untuk melakarkan tatu pada keseluruhan badan dari leher ke buku lali.
Walaupun tidak tahu hasil kerja artis berkenaan, Fran berkata suaminya Rhyl dan Bowman menjadi ‘mata’ yang menghuraikan setiap tatu dilukiskan.

Malah Fran menganggap dia mungkin berjaya mencipta rekod sebagai wanita paling banyak tatu di Wales dan kini berharap dapat memasuki Guinness Book of World Records dengan bantuan Bowman.

Dia menghidap Retinitis Pigmentosa, penyakit keturunan yang mengakibatkan buta.
Dia mula hilang deria penglihatan ketika berusia remaja dan kini hanya mempunyai kadar penglihatan antara tiga hingga lima peratus.

Bagaimanapun, penyakit itu tidak mengurangkan minatnya terhadap seni tatu.
“Tatu pertama saya gambar kuda terbang sekitar 25 tahun lalu dan sejak itu sentiasa menambah lukisan pada badan saya.

“Tiga tahun lalu saya tiba-tiba terjaga daripada tidur dan terasa ingin memenuhkan badan dengan tatu.

“Saya mula mendapatkan khidmat Bowman untuk dua jam setiap minggu, namun sejak lebih setahun lalu sesi kami dipanjangkan kepada empat jam seminggu,” katanya. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/06

Anak Walker dapat RM830 juta


LOS ANGELES - Bintang filem aksi kereta Fast and Furious, Paul Walker meninggalkan harta kekayaan sebanyak AS$25 juta (RM830 juta) kepada seorang anak perempuannya, Meadow Rain Walker," lapor akhbar MailOnline kelmarin.
Pelakon berusia 40 tahun itu maut dalam satu kemalangan dengan seorang rakannya, Roger Rodas pada 30 November tahun lalu.
Ketika kejadian, dia menaiki sebuah kereta Porsche di Santa Clarita, California.
Dia turut menamakan ibunya sebagai penjaga yang sah kepada anak perempuannya yang berusia 15 tahun itu.
Portal hiburan TMZ. com melaporkan, pelakon itu telah melantik bapanya untuk melaksanakan wasiatnya itu. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0206&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2sVbjUFNL 
Hakcipta terpelihara 

Bot nelayan hanyut lebih setahun

GAMBAR menunjukkan bot yang dinaiki Albarengo yang terdampar di Kepulauan Ebon Atoll pada 30 Januari lalu.- AGENSI


MAJURO, Kepulauan Marshall - Beberapa keping gambar menunjukkan sebuah bot yang dinaiki seorang nelayan, Jose Salvador Albarengo yang hanyut selama 14 bulan di lautan Pasifik rosak teruk dan berlumut, lapor akhbar Daily Mail semalam.
Beberapa pegawai memberitahu, bot gentian kaca berkenaan sudah rosak dan dipenuhi teritip serta lumut sekali gus menunjukkan ia berada di dalam air laut untuk jangka masa yang lama.
Turut berada di atas bot berkenaan sebuah kotak berwarna biru yang digunakan Albarengo, 37, untuk berlindung dari panas matahari tetapi tiada peralatan menangkap ikan ditemui.
Botnya sepanjang 7.3 meter tersebut hanyut sejauh 12,874 kilometer dari Mexico.
Dia yang berasal dari El Salvador hanyut selama 14 bulan sebelum dia dijumpai terdampar oleh dua orang penduduk tempatan di Kepulauan Ebon Atoll dekat Kepulauan Marshall pada 30 Januari lalu.
Ketika ditemui, wajahnya berjambang, bermisai dan badannya kurus.
Dia yang mendakwa hanyut selepas enjin botnya rosak sebelum ditiup angin dan hilang arah kemudian dihantar ke sini dengan menaiki sebuah bot polis.
Albarengo yang kini menetap di sebuah hotel di Majuro mengejutkan para pegawai semalam apabila dia meminta untuk bersiar-siar di tepi pantai kerana terlalu bosan tinggal di dalam bilik.
Ibu dan bapanya bersyukur kepada Tuhan selepas pihak media menyiarkan kisah anaknya mereka yang berumur 37 tahun itu masih hidup.
Menurut Albarengo, seorang rakan nelayannya yang berusia di antara 15 hingga 18 tahun telah meninggal dunia sebulan selepas dia menempuh pelayaran yang gentir itu.
Dia turut memotong rambut dan mencukur jambangnya di sebuah kedai gunting di sini baru-baru ini. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0206&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2sVaq2tSU 
Hakcipta terpelihara 

Wednesday, February 5, 2014

20 staf anak syarikat PKNS diberhentikan

20 staf anak syarikat PKNS diberhentikan
Seorang daripada 20 kakitangan PKNS Holdings yang ditamatkan kontrak menunjukkan Notis Pemberhentian yang diterima di Seksyen 13, Shah Alam. - Foto Intan Nur Elliana Zakaria
 Tindakan disyaki ada kaitan usaha singkir kroni bekas Pengurus Besar

Shah Alam: Seramai 20 kakitangan kontrak PKNS Holdings Sdn Bhd (PHSB) ditamatkan perkhidmatan serta-merta semalam.

Isu terbaru itu berlaku tidak sampai sebulan selepas pengguguran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Mohammed Azmin Ali, sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Kesemua kakitangan terbabit menerima surat penamatan kontrak perkhidmatan itu selepas menghadiri perjumpaan dengan pihak pengurusan PHSB, kira-kira jam 10 pagi walaupun sebahagian daripada mereka mempunyai kontrak hampir setahun lagi.

Difahamkan, idea penubuhan PHSB dibuat oleh Datuk Othman Omar dan pemecatan mereka ada kaitan untuk ‘menyingkirkan’ kroni bekas Pengurus Besar PKNS itu.

Bekas Pengurus Kanan Pemasaran PHSB, Dr Aliff Aiman Abdullah, 55, berkata surat penamatan kontrak itu ditandatangani oleh Pengerusi PHSB, Datin Paduka Norazlina Zakaria.

Hilang pendapatan
“Surat yang kami terima menyebut penamatan ini ialah bagi penstrukturan semula organisasi dan sumber manusia, termasuk anggota yang dipinjam daripada PKNS Holdings.

“Sehubungan itu, PKNS membuat keputusan untuk tamatkan kontrak perkhidmatan serta-merta. PKNS juga akan membayar dua bulan gaji menggantikan notis, baki cuti tahunan secara prorata, setelah mengambil kira apa juga tuntutan bayaran yang masih belum dijelaskan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Aliff berkata, dia dimaklumkan oleh Pengerusi PHSB bahawa arahan itu dibuat oleh Pemangku Pengurus Besar PKNS, Azlan Md Alifiah dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Datin Paduka (Norazlina) memaklumkan arahan ini daripada pemangku pengurus besar dan Menteri Besar. Jadi, dia perlu akur dengan arahan ini.

“Akibat tindakan ini, kami hilang punca pendapatan. Cuba bayangkan bagaimana kami nak tanggung kehidupan keluarga kami, persekolahan anak-anak dan komitmen yang perlu dibayar setiap bulan selepas ini,” katanya.

Bagi Wan Firdaus Md Isa, 27, dia kesal dengan tindakan pengurusan PHSB itu, kerana kontraknya masih berbaki kira-kira setahun.

Khalid nafi campur tangan

“Sepatutnya pengurusan PHSB bagi notis sekurang-kurangnya sebulan sebelum atau selewat-lewatnya seminggu, jadi baru kami boleh buat persediaan,” katanya.

Sementara itu, usaha BH untuk mendapatkan komen Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, gagal.

Taib undur bulan ini

Taib undur bulan ini
Adenan, Abang Johari, Awang Tengah antara calon Ketua Menteri Sarawak

Kuala Lumpur: Tan Sri Abdul Raib Mahmud dijangka melepaskan jawatan Ketua Menteri Sarawak yang disandangnya sejak 33 tahun lalu dan bersara daripada politik dalam tempoh terdekat.

Keluarga syukur Alvarenga selamat


San Salvador: Keluarga nelayan yang mendakwa hanyut di Lautan Pasifik selama 14 bulan tidak dapat menahan kegembiraan mereka selepas mendengar kisah menakjubkan bagaimana dia terselamat.

Dalam temubual yang berjaya membuktikan serta mengesahkan identitinya, ibu José Salvador Alvarenga, María Julia berkata, dia mendoakan keselamatan anaknya setiap hari malah melihatnya dalam mimpi.


“Dalam setiap mimpi saya memang dia masih hidup namun tiba-tiba bayangan itu hilang. Saya mengalami mimpi itu beberapa hari. “Saya terlalu gembira kerana dia masih hidup dan akan kembali kepada kami tidak lama lagi,” katanya.



Ayahnya José Ricardo Orellana berkata: “Perasaan saya bercampur-campur, sedih ada gembira pun ada. Saya tidak pernah mendoakan dia kembali kepada kami.” Anak Alvarenga, Fatima, 14, yang tinggal bersama pasangan itu juga tidak sabar menemui ayahnya itu.


“Saya akan memeluk dan menciumnya sepuas hati,” katanya.


Sementara itu, Alvarenga yang digelar ‘Lelaki Ajaib Pasifik’ melalui transformasi apabila rambut dan janggutnya yang hampir merah akibat terdedah kepada matahari dan air garam dipotong selepas hanyut di lautan terbesar dunia.

Foto
ALVARENGA gunting rambut di Majuro, Kepulauan Marshall, semalam.


Alvarenga turut mengakui semalam dia pernah terfikir untuk membunuh diri kerana hampir putus harapan.


“Namun saya cekalkan hati dan mendoakan Tuhan menyelamatkan saya,” katanya kepada akhbar Telemundo.

Menurutnya, perkataan pertama dituturkan ketika ditemui penduduk di Ebon Atoll adalah ‘Tortilla!’ merujuk kepada makanan di negara asalnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/05

23 pegawai, kakitangan PKNS Holdings dipecat


ALIF AIMAN (kanan) bersama sebahagian kakitangan kontrak PKNS Holdings yang ditamatkan perkhidmatan di Seksyen 13, Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dilanda kontroversi lagi apabila seramai 23 kakitangan termasuk empat pegawai pengurusan tertinggi dipecat berkuat kuasa serta-merta tanpa sebarang notis pemberitahuan awal.
Mereka yang dipecat merupakan pegawai dan kakitangan anak syarikat PKNS, PKNS Holdings Sdn. Bhd. termasuk Ketua di Jabatan Pemasaran, Sumber Manusia, Kewangan dan Pembangunan Perniagaan yang rata-rata telah berkhidmat secara kontrak. Tempoh paling lama perkhidmatan adalah tiga tahun, manakala yang baru adalah empat bulan.
Wakil kumpulan berkenaan yang juga bekas Pengurus Kanan Pemasaran PKNS Holdings, Dr. Alif Aiman Abdullah berkata, notis penamatan kontrak itu tidak mengikut prosedur kerana ia bukan sahaja dilakukan tanpa notis pemberitahuan awal, malah melanggar kontrak apabila hanya menawarkan pampasan dua bulan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0205&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2sOW05Seg 
Hakcipta terpelihara 

AS tentang rampasan kuasa


Sekumpulan tentera Thailand berkawal di hadapan pejabat sementara kerajaan di Bangunan Kementerian Pertahanan di pinggir Bangkok, semalam. - AFP
WASHINGTON 4 Feb. - Amerika Syarikat (AS) menentang sebarang tindakan tentera untuk melancarkan rampasan kuasa di Thailand, ekoran konflik politik di negara itu yang semakin meruncing, kata jurucakap Jabatan Negara AS, Jen Psaki.
Beliau berkata, Washington turut bimbang dengan ketegangan politik di Bangkok yang menjadi cabaran terhadap demokrasi di negara itu selepas pilihan raya hujung minggu lalu terganggu akibat bantahan antikerajaan.
“AS tidak mahu melihat rampasan kuasa atau keganasan berlaku di Thailand.
“Kami meminta semua pihak di negara itu memahami kepentingan demokrasi dan Perlembagaan bagi menyelesaikan perbezaaan pegangan politik mereka," katanya.
Menurut Psaki, walaupun proses pilihan raya di kebanyakan kawasan berjalan secara aman dan lancar, namun masih ada keganasan yang tercetus, selain tindakan penunjuk perasaan antikerajaan menghalang pengundi menunaikan tanggungjawab mereka.
Beliau berkata, Washington bimbang dengan situasi politik di Thailand yang menunjukkan penentangan terhadap Perlembagaan dan demokrasi.
“Kami tidak memihak kepada sesiapa dalam konflik di Thailand, tetapi kami meminta semua pihak yang terlibat agar mengadakan perbincangan secara telus bagi menyelesaikan perbezaaan politik mereka secara aman dan demokrasi," katanya.
Sementara itu, Parti Pheu Thai yang memerintah kerajaan, dijangka memenangi sekurang-kurangnya 300 kerusi Parlimen, walaupun calon yang diletakkan mendapat jumlah undian yang rendah berbanding pilihan raya sebelum ini.
Sumber parti tersebut berkata, berdasarkan maklumat yang diperolehi pada mesyuarat yang dihadiri pengarah pilihan raya pusat, Sompong Amornvivat, Parti Pheu Thai mungkin memenangi 240 kerusi Parlimen dan kira-kira 60 lagi kerusi di kubu kuat parti itu.
Keputusan undian, setakat ini menunjukkan ramai pengundi memilih untuk tidak keluar mengundi, menyebabkan calon parti tersebut hanya memperolehi 20,000 undi di kerusi Parlimen berbanding 40,000 undi pada pilihan raya sebelum ini.
Dalam perkembangan lain, Biro Polis Kebangsaan akan memburu penunjuk perasaan yang mengganggu proses pilihan raya pada Ahad lalu dan pegawai pilihan raya yang meninggalkan pusat pengundian.
Ketua Jabatan Siasatan Khas, Tarit Pengdith berkata, Pusat Pengekalan Keamanan dan Ketenteraman Awam (CMPO) telah mengeluarkan arahan kepada polis untuk mengumpul bukti bagi mendakwa individu yang terlibat.
Tarit turut meminta orang ramai memberi kerjasama kepada pihak polis, jika mereka mempunyai bukti menunjukkan penglibatan penunjuk perasaan dalam perbuatan jenayah itu. - AFP/AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140205/lu_01/AS-tentang-rampasan-kuasa#ixzz2sOPgbFdD
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tuesday, February 4, 2014

Hanyut di lautan lebih setahun


ALBARENGO dibantu seorang jururawat lelaki semasa dia tiba di Majuro semalam.


MAJURO, Kepulauan Marshall - Seorang nelayan El Salvador yang terkandas di laut bersyukur kepada Tuhan kerana dia masih hidup sejurus tiba dengan sebuah bot polis di sini semalam setelah dia hanyut di atas bot lebih setahun.
Nelayan berusia 37 tahun itu, Jose Salvador Albarengo berkata, dia minum darah penyu dan menangkap ikan dan memakannya mentah- mentah serta burung dengan tangan kosong untuk terus hidup.
Albarengo memberitahu pemberita akhbar MailOnline, dia juga meminum air kencingnya sendiri kerana ketiadaan air bersih.
Albarengo ditemui dalam keadaan kusut masai dan berambut panjang di sebuah pulau terumbu karang dekat sini pada Khamis lalu. Dia dipercayai hanyut selama 16 bulan.
Dua orang lelaki menemuinya selepas bot Albarengo sepanjang 7.3 meter terdampar di pulau tersebut yang merupakan sebahagian daripada Kepulauan Ebon Atoll.
Dia kemudian dihantar ke sini dengan menaiki sebuah bot polis.
Wajah nelayan itu mirip aktor Tom Hanks yang berjambang semasa dia berlakon dalam filem Cast Away yang ditayangkan pada tahun 2000.
Dalam cerita itu, Hanks yang berlakon sebagai seorang kakitangan syarikat penghantar surat dan bungkusan, terdampar di sebuah pulau di Lautan Pasifik selepas pesawat yang dinaikinya terhempas.
Albarengo memberitahu pihak berkuasa, dia keluar belayar untuk menangkap ikan jerung pada penghujung Disember 2012 dari Mexico yang terletak sekitar 10,000 kilometer dari sini.
Namun, dia dan seorang rakannya yang berusia antara 15 hingga 18 tahun telah dihanyutkan ombak selepas bot yang dinaikinya ditiup angin dan mereka kemudiannya sesat di lautan.
Namun, rakannya itu telah meninggal dunia sebulan selepas mereka hanyut di lautan.
Seorang pembikin filem yang berpangkalan di sini, Jack Nieden- thal memberitahu agensi berita Reuters, Albarengo turun dari bot tersebut dengan mukanya dipenuhi janggut.
"Dia mengalami kesukaran untuk berjalan, kedua-dua kakinya amat kurus. Saya tidak bersedia untuk menganggap kisahnya itu sebagai satu penipuan," tambahya.
Seorang jururawat lelaki kemudian membantunya menuruni tangga bot tersebut sebelum membawanya ke hospital bagi menjalani rawatan.
"Dia sepatutnya keluar menangkap ikan selama sehari sahaja tetapi dihanyutkan ombak akibat tiupan angin utara," kata Duta Amerika Syarikat (AS) ke Kepulauan Marshall, Tom Armbruster kepada media.
Nelayan itu memberitahu Armbruster, dia berasal dari El Salva- dor tetapi telah menetap di Mexico selama 15 tahun.
Armbruster menjadi penterjamah kerana nelayan tersebut hanya boleh berbahasa Sepanyol.
Nelayan itu tinggal di Tapachula dekat sempadan Mexico dengan Guatemala dan bekerja untuk syarikat Camoronera Dela Costa.
Albarengo berkata, dia mahu menghubungi keluarganya iaitu isteri dan seorang anak perempuan- nya di El Salvador.
Namun begitu, dia tidak dapat mengingati nombor telefon rumahnya itu.
Edidor Marshall Islands Journal, Giff Johnson berkata, semasa ditemui dua orang penduduk, nela- yan tersebut hanya memakai sepasang seluar dalam.
Menurutnya, terdapat air di dalam bot gentian kaca yang dinaiki- nya itu.
Ketua Imigresen Kepulauan Marshall, Damien Jacklick berkata, pihak berkuasa akan berusaha untuk mendapatkan lebih banyak maklumat daripadanya.
Menurutnya, Jabatan Luar kepulauan itu merancang untuk menghubungi beberapa pegawai di luar negara bagi membolehkan dia dihantar pulang.
Namun, nelayan itu menyatakan, dia tidak dapat mengingati semua kejadian yang berlaku semasa botnya hanyut. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0204&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2sMjp7GAw 
Hakcipta terpelihara 

Amal makan sireh setiap hari

Amal makan sireh setiap hari
Bidah menunjukkan MyKad yang menunjukkan umurnya melebihi 103 tahun.
ZAIMATULJUWITA
4 Februari 2014


BACHOK – Masih sihat. Begitulah keadaan seorang warga emas yang berusia lebih 100 tahun dari Kampung Wakaf Aik, Tawang di sini.

Bidah Senik, atau lebih mesra dipanggil Wo, lahir pada 11 Oktober 1911, dan kini umurnya melebihi 103 tahun.

Menurutnya,  ketika sebelum merdeka pendaftaran kelahiran sukar dilakukan dengan pelbagai faktor termasuk penempatan yang jauh dan kemudahan kenderaan.

Bidah berkata, kesihatan yang dikecapnya kini mungkin kerana mengamalkan makan sireh setiap hari yang menjadi makanan rutinnya sejak remaja lagi.

“Tiada petua tertentu yang Wo amalkan kecuali bangun awal pagi dan makan 10 helai sireh setiap hari.

“Selain itu, setiap pagi Wo akan bangun sebelum subuh dan membersihkan sekeliling rumah sebagai rutin harian,” katanya.

Bidah berkata, setiap hari dia tidak akan berenggang dengan tapak sireh warisan keluarganya dan peralatan yang dikenali sebagai ‘cekati’ dan ‘gobek’ yang digunakan untuk menghancurkan sireh pinang.

“Alhamdulillah setakat ini mata dan telinga Wo masih baik. Tidak ada sakit kronik dan demam pun jarang.

“Cuma banyak perkara yang Wo tak ingat. Cucu cicit sendiri pun kadang- kadang tak kenal. Tetapi Wo ingat, negeri ini pernah dilanda banjir besar dipanggil Bah Merah sekitar tahun 1926 ketika itu Wo masih remaja, selain pengalaman zaman pendudukan Jepun,” katanya yang dikurniakan lapan orang anak hasil dua perkahwinan lalu.

Anak-anaknya, Yusof Wan Lah, 70; Saadiah Salleh, 68; Che Ibrahim Salleh, 67; Awang Salleh, 64; Che Mah Salleh, 62; Mat Diah Salleh, 57; Abdullah Salleh, 56, dan Che Esah Salleh, 53.

Wo juga mempunyai 60 cucu, 100 cicit, 30 piut dan lima piat yang kebanyakannya menetap di Kelantan.

Sementara itu, anak keenamnya, Abdullah berkata, dia menganggap usia ibunya  panjang kerana tidak mengalami sebarang masalah kesihatan dan ia adalah kurniaan ALLAH SWT.

Mandela tinggalkan RM13 juta untuk keluarga


Johannesburg: Bekas presiden Afrika Selatan Nelson Mandela meninggalkan harta bernilai AS$4.1 juta (RM13.7 juta) kepada ahli keluarganya, Kongres Kebangsaan Afrika yang memerintah, bekas kakitangan dan beberapa sekolah tempatan, menurut surat wasiatnya semalam.

Timbalan Ketua Kehakiman Dikgang Moseneke memberitahu wartawan, pembahagian harta bernilai itu tidak termasuk royalti - diterima oleh keluarga Mandela tanpa sebarang bantahan setakat ini.


Moseneke berkata, isteri ketiga Mandela, Graca Machel sudah mengetepikan tuntutannya terhadap pusaka berkenaan.



“Beberapa bahagian pusaka itu akan dibahagikan antara tiga dana yang dibentuk oleh Mandela, termasuk dana keluarga yang diwujudkan bagi membiayai lebih 30 anak, cucu dan cicit beliau,” katanya dalam satu kenyataan.


Pembacaan surat wasiat Mandela itu dijangka mencetuskan perbalahan baru antara ahli keluarganya yang besar terhadap legasi kewangan wira antiaparteid itu. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/04

Sunday, February 2, 2014

Bekas kekasih presiden sedia dedah rahsia


2014/02/02

PARIS: Bekas wanita pertama tidak rasmi Perancis, Valerie Trierweiler mendedahkan beliau mungkin akan menulis buku mengenai perpisahannya dengan presiden dan berkata beliau ‘amat kecewa berbanding rasa marah’ terhadap skandal berkenaan.

Dalam satu temubual dengan Parisien Magazine yang disiarkan Jumaat, Trierweiler menyifatkan lawatan beliau ke India sebagai kembalinya satu kebebasan, jauh dari dunia politik dan khianat.


Presiden Francois Hollande berhadapan dengan kritikan membabitkan sikapnya ketika mengumumkan perpisahan beliau dengan Trierweiler selepas dikaitkan mempunyai hubungan sulit dengan seorang aktres.

Bekas wanita pertama itu berkata beliau lebih bersikap kecewa berbanding rasa marah mengenai perpisahan itu.

“Saya tidak menolak untuk menulis sebuah buku dan melihat semula kenyataan bekas pasangan saya ketika mengumumkan perpisahan mengandungi 18 perkataan, hampir satu setiap bulan sejak pilihan raya beliau.”

Beliau berkata dia turut membalas mesej teks dari Hollande ketika berada di India.

“Beliau bimbang mengenai lawatan dan kesihatan saya,” kata Trierweiler. Trierweiler turut ditemubual ketika lawatan dua harinya ke India mewakili sebuah pertubuhan kebajikan Perancis yang mengadakan lawatan ke sebuah kawasan penem

Masuk kubur dengan motosikal

Standley told people he didn't just want to ride off to heaven, he wanted the world to see him do it in the big see-through box. His extra large plot will leave him next to his wife for all time
Nothing to hide: The man of the hour was front and center during his funeral service in Mechanicsburg, OhioBilly Standley, of Mechanicsburg, Ohio, carried out his wish to be buried on his 1967 Harley Davidson motorcycle on Friday. He was placed upright in a large Plexiglas casketHog heaven: Standley had spoken about being buried on his Harley for years. His sons, Pete and Roy, fashioned the casket out of Plexiglas, reinforcing the bottom with wood and steel rods to handle the extra weightColumbus: Satu keluarga di Ohio memenuhi permintaan seorang lelaki agar membolehkan dia menunggang motosikal Harley-Davidson yang disayanginya buat kali terakhir sebelum dikebumikan.

Mayat Billy Standley yang meninggal dunia Ahad lalu dilihat memakai jaket kulit dan berkaca mata hitam sambil menunggang model Electra Glide keluaran 1967 itu di dalam keranda yang ditutupi kaca lutsinar. Mayat Standley, 82, yang mati akibat kanser paru-paru dapat dilihat dengan jelas menerusi keranda istimewa itu.


Selama bertahun-tahun dia memberitahu keluarga dan rakan yang dia bukan saja mahu menunggang motosikal ke ‘syurga,’ tetapi turut mahu orang lain melihatnya melakukannya.

Dia membuat persediaan untuk upacara pengebumiannya dengan membeli tiga lot tanah bersebelahan kubur isterinya, Lorna agar kawasan itu dapat memuatkan keranda besarnya yang unik itu.


Anak lelakinya, Pete dan Roy kemudian mereka keranda daripada kaca lutsinar yang dilengkapi dengan kayu dan logam di bahagian bawahnya. Bagi memastikan Standley tidak terjatuh di sepanjang perjalanan, mayatnya diampu dengan pendakap dan tali pengikat.


“Kami pernah melakukan sesuatu yang istimewa tetapi tidak sampai ke peringkat sebegini,” kata Tammy Vernon pekerja rumah mayat.

“Standley meminta dia dikebumikan bersama motosikalnya dan kami gembira untuk membantu,” katanya. Keluarga Standley menyokong penuh rancangan pengebumiannya dan berhasrat untuk mempamerkan keranda berkenaan yang disimpan di garaj kediaman mereka selama lima tahun kepada orang ramai. - Agensi

Friday, January 31, 2014

Kitar 9 juta botol untuk sekolahkan anak


Beijing: Sepasang suami isteri sanggup mengitar semula botol plastik sejak 10 tahun lalu semata-mata mahu memastikan dua anak lelaki mereka mendapat pendidikan sempurna sehingga peringkat universiti.

Zhu dan isterinya Liu menganggarkan mengitar semula hampir sembilan juta botol plastik dan lebih 20 tan bahan plastik.


“Kami sanggup melakukan apa saja demi anak kami itu.

“Malah kejayaan mereka juga akan menguntungkan negara ini,” katanya.


Setiap hari, bagi memastikan botol dikutip boleh dikitar semula, Liu membuka label setiap satu menggunakan tangannya sebelum diasingkan mengikut warna.


Hasilnya, anak sulung mereka kini mempunyai PhD dan bakal menyambung pengajiannya di Jerman.

Zhu berkata, pada 2006 anak bongsunya yang berada di universiti untuk tahun ketiga pengajiannya tiba-tiba mahu berhenti belajar dan memulakan perniagaan.

“Saya risau dengan keputusannya dan memujuknya menumpukan perhatian terhadap pelajarannya.

“Duit boleh dicari kemudian,” katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/31

Tentera Filipina bunuh 40 militan Islam


Manila: Tentera Filipina membunuh sekurang-kurangnya 40 pejuang Islam dan menguasai kubu kuat mereka dalam operasi selama dua hari terhadap kumpulan Gerakan Pembebasan Islam Bangsamoro.

President Benigno Aquino III berkata kubu berkenaan dilengkapi kemudahan membuat bom.



Katanya, tentera melancarkan operasi itu bagi melindungi orang kampung selepas kumpulan terbabit menyerang wilayah Maguindanao.

“Matlamat tentera ialah melumpuhkan kemampuan kumpulan itu supaya mereka tidak lagi mengancam keselamatan negara,” katanya.

Gerakan itu melancarkan serangan ke kawasan petempatan awam sejurus selepas Manila dan Barisan Pembebasan Islam Moro menandatangani perjanjian damai di Malaysia.


Mereka berjanji terus melawan kerana menganggap perjanjian berkenaan tidak membolehkan kewujudan wilayah berpenduduk majoriti Muslim yang terpisah dari Manila.


Pertempuran itu menyebabkan seorang tentera maut dan 12 lagi cedera akibat letupan bom yang disembunyikan di sekitar sebuah masjid.

- AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/31

Wednesday, January 29, 2014

Polis tubuh pasukan khas pantau masjid, gereja



Georgetown: Polis menubuhkan satu pasukan pemantau khas untuk mengawal keselamatan dan ketenteraman awam di masjid dan gereja negeri ini, untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata pasukan khas yang dianggotai 73 pegawai dan 210 anggota polis itu akan memantau semua aktiviti di masjid dan gereja.


Berikutan itu, beliau memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba mencetuskan provokasi supaya segera menghentikan perbuatan mereka.
Pemantauan berterusan dibuat termasuk meningkatkan rondaan unit bermotosikal, unit kereta peronda dan balai polis bergerak” Abdul Rahim Hanafi, Ketua Polis Pulau Pinang

Pemantauan berterusan

“Polis memandang serius isu keselamatan yang berlaku di gereja dan masjid. Pemantauan berterusan dibuat termasuk meningkatkan rondaan unit bermotosikal, unit kereta peronda dan balai polis bergerak,” katanya.

Beliau memberitahu sidang media selepas penyerahan Sijil Kelulusan Polis Bantuan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) di sini semalam.

Abdul Rahim berkata, setakat ini, pihaknya menerima 16 laporan membabitkan isu kain rentang provokasi yang dipasang sekitar negeri ini dan serangan bom petrol di sebuah gereja dekat Lebuh Farquhar di sini, kelmarin.
Beliau berkata, sembilan keterangan sudah diambil bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948, Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan Seksyen 511 kanun yang sama.

Tiada tangkapan

“Tiada tangkapan dibuat setakat ini dengan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengenai kejadian serangan bom petrol itu akan dihantar ke Jabatan Forensik untuk mengenal pasti suspek,” katanya.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi kelmarin, dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal disyaki melemparkan dua bom petrol ke arah sebuah gereja di Lebuh Farquhar hingga menyebabkan kerosakan kecil.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Hal Ehwal Agama Islam negeri, Datuk Abdul Malik Abul Kassim, berkata pemasangan kain rentang berbaur provokasi dan serangan bom petrol itu tindakan yang harus ditentang.

“Ia tidak mencerminkan ajaran mana-mana agama. Orang ramai perlu menolak provokasi yang cuba dicetuskan itu kerana ia hanya menyemai rasa benci dan melenyapkan keharmonian yang dibina selama ini,” katanya.

Filipina bunuh 17 pemisah Islam



Manila: Tentera Filipina semalam berkata, pihaknya membunuh 17 militan yang menentang perjanjian keamanan yang dicapai antara kerajaan dan kumpulan pemisah Islam negara itu, ketika pertempuran meningkat pada hari kedua.

Jurucakap tentera wilayah, Kolonel Dickson Hermoso, berkata lebih 1,500 tentera terbabit dalam kempen menentang Pejuang Pembebasan Islam Bangsamoro (BIFF) di kawasan pertanian selatan negara itu.


Beliau berkata, 17 ahli BIFF disahkan terbunuh di dalam pertempuran minggu ini, sementara dua lagi tentera dan seorang awam cedera.

Serangan dilancarkan kelmarin, dua hari selepas kejayaan memuktamadkan rundingan antara kerajaan dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang disasarkan untuk menamatkan pemberontakan selama berdekad yang membunuh berpuluh ribu orang.

Serangan maut

BIFF adalah kumpulan militan kecil yang menentang usaha damai, dan melakukan banyak serangan maut beberapa tahun kebelakangan ini bagi menggagalkan proses perdamaian.

“Usaha menamatkan ancaman BIFF adalah aspek penting untuk membantu entiti politik pemerintahan sendiri Islam yang akan ditubuhkan menerusi perjanjian damai ini,” kata Hermoso kepada AFP.
Beliau berkata, pertembungan bersenjata kecil berterusan pada Selasa dalam tiga perkampungan pertanian berhampiran pekan Datu Piang, kira-kira 800 kilometer di selatan Manila.

Hermoso berkata, BIFF mempunyai 120 ahli ‘tegar’ disokong sejumlah saudara terdekat dan kumpulan bersenjata lain yang menentang rundingan aman.

Beliau berkata, tentera melaksanakan ‘operasi melaksanakan undang-undang’ bagi menangkap 25 militan, yang berdepan beberapa tuduhan jenayah, termasuk penculikan, pembunuhan dan penyeksaan orang awam.

MILF sudah menerajui pemberontakan sejak 1970-an, yang disasarkan untuk mencapai kemerdekaan atau pemerintahan sendiri bagi minoriti Islam di wilayah selatan Mindanao, yang mana mereka menganggapnya sebagai tanah tumpah darah mereka.

BIFF tarik diri berunding

Bagaimanapun ketika kumpulan itu mengadakan rundingan damai dengan kerajaan, BIFF menarik diri dan menuduh pemimpin utama pemberontak Islam itu mengkhianati usaha minoriti Islam untuk mencapai kemerdekaan.

Selepas 18 tahun rundingan, MILF dan kerajaan bersetuju pada Sabtu membabitkan bahagian akhir perjanjian keamanan yang dirancang iaitu penubuhan wilayah autonomi. Perjanjian itu dijangka ditandatangani pada akhir Mac depan. - AFP

Pilihan raya Thailand diteruskan



YINGLUCK meninggalkan Kelab Tentera di Bangkok semalam.


BANGKOK - Kerajaan Thailand semalam mengumumkan akan tetap mengadakan pilihan raya umum negara itu yang dijadualkan pada 2 Februari depan.
Ia akan diteruskan walaupun terdapat usaha pihak pembangkang untuk memboikot pilihan raya tersebut selepas para penunjuk perasaan melancarkan perhimpunan antikerajaan sejak November tahun lalu.
Kerajaan Thailand membuat keputusan untuk meneruskan pilihan raya itu selepas satu mesyua- rat diadakan melibatkan Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra dengan para pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya.
Suruhanjaya Pilihan Raya negara itu sebelum ini meminta pilihan raya tersebut ditangguhkan.
Keputusan untuk meneruskan pilihan raya itu dijangka mencetuskan lagi ketegangan politik di negara berkenaan.
Seorang pemimpin penunjuk perasaan antikerajaan telah mati ditembak manakala puluhan lagi ceedra dalam pertempuran yang berlaku pada Ahad lalu semasa pe- ngundian awal bermula di sini.
Sejak 30 November lalu, seramai 10 orang terbunuh dan 577 orang lagi cedera dalam kejadian tunjuk perasaan antikerajaan di Thailand.
Krisis tersebut bermula apabila ribuan penunjuk perasaan diketuai bekas Timbalan Perdana Menteri, Suthep Thaugsuba menuduh Yingluck menjadi boneka kepada abangnya, Thaksin Shina- watra yang kini hidup dalam buangan.
Pada tahun 2006, Thaksin yang menjadi Perdana Menteri Thailand telah digulingkan tentera menerusi satu rampasan kuasa aman. Ketika itu, kerajaan Thaksin didakwa melakukan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Sejumlah penunjuk perasaan antikerajaan menuntut Yingluck meletakkan kerajaan dan sebuah majlis rakyat ditubuhkan bagi mentadbir Thailand.
Timbalan Perdana Menteri Thailand, Pongthep Thepkanchana menyatakan, pihak suruhanjaya dan kerajaan mempunyai pandangan berbeza berhubung pilihan raya itu.
"Jika pilihan raya ditangguhkan, adakah masalah akan selesai?" soal Pongthep kepada wartawan.
Ratusan tunjuk perasaan turut mengepung lokasi Yongluck meng- adakan mesyuarat dengan para pegawai suruhanjaya itu.
Dalam kejadian itu, dua orang cedera dengan salah seorang dari- padanya parah akibat terkena tembakan di Kelab Tentera di sini. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0129&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2rjZe2P2u 
Hakcipta terpelihara 

Sebidang tanah Shanghai dibida RM5.6 bilion


Shanghai: Sebidang tanah di pinggir Shanghai mencatat rekod jualan 10.1 bilion yuan (RM5.6 bilion) di satu acara lelongan semalam.

Ia dianggap tanah kediaman termahal pernah dijual di Shanghai.

Agensi berita Xinhua melaporkan tanah itu dibida syarikat pembinaan China, Franshion Properties Ltd yang juga anak syarikat Sinochem Group.

Harga pembukaan lelongan bagi tanah berkenaan ialah 4.7 bilion yuan (RM2.6 bilion) menjadikan peningkatan harga jualannya kepada 115 peratus.

Ia juga menggambarkan persaingan sengit dalam kalangan pemaju untuk mendapatkan tanah ketika kerajaan cuba mengekang peningkatan harga melampau.

Tanah seluas 23.8 meter persegi berkenaan terletak di utara Shanghai.

Rekod jualan tertinggi bagi tanah kediaman di Shanghai sebelum ini ialah sebanyak 7.2 bilion yuan (RM4 bilion) yang dicatat pada 2009.



September tahun lalu syarikat pemaju terbesar Hong Kong, Sun Hung Kai Properties Ltd memenangi bidaan sebidang tanah komersial di Shanghai pada harga kira-kira (RM12 bilion).

- Reuters

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/29

Coli penguji ‘cinta sejati’


Tokyo: Sebuah syarikat pengeluar pakaian dalam Jepun semalam mendakwa berjaya menghasilkan coli yang hanya akan terbuka kancingnya apabila si pemakai benar-benar dilamun cinta.

Coli dinamakan sebagai Penguji Cinta Sebenar itu menggunakan pengesan dan gajet khas yang dihubungkan ke peranti mudah alih bagi menganalisis pola serta kelajuan degupan jantung pengguna pada ketika individu terbabit bertemu seseorang lelaki.

Perisian peranti pada coli berkenaan akan menganalisis maklumat berkenaan dan menentukan sama ada si pemakai benar-benar dilamun cinta atau sebaliknya.



Jika si pemakai dianggap mengalami perasaan cinta dan ghairah, kancing di bahagian depan coli akan terbuka sendiri dan terserah kepada individu terbabit untuk menentukan langkah seterusnya.

Bagaimanapun, pengeluar coli jenama Ravijour itu tidak untuk dipasarkan kerana ia sekadar gimik sempena kempen promosi mereka yang menyambut ulang tahun ke-10.

Jurucakap Ravijour, Yuka Tamura berkata, coli unik berkenaan dihasilkan untuk menarik perhatian bukan sekadar pengguna produk mereka.

“Kami mahu produk Ravijour dapat membangkitkan perasaan romantik di antara lelaki dan wanita,” katanya.


Dalam video promosinya, penonton ditunjukkan bagaimana coli bertatahkan emas itu dilengkapi alat pengesan di tengahnya.

Ia menghantar isyarat kepada sebuah telefon pintar bagi menganalisis data si pemakai.


Video itu mendakwa produk berkenaan sebagai “coli unik yang benar-benar mengetahui perasaan wanita.”- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/29

Jenis kereta boleh bantu pikat kekasih


London: Seseorang “gagalis” yang sukar mendapat kekasih mungkin bukan sekadar perlu menilai diri sendiri, sebaliknya wajar melihat kepada kereta yang dipandu.

Satu kaji selidik mendapati tarikan seseorang boleh dipengaruhi jenis kenderaan dimiliki.


Menurut laman web Insure.com, wanita berpendapat lelaki memandu trak Ford hitam lebih menarik, manakala lelaki melihat wanita yang memandu BMW ‘sports’ merah sebagai lebih menawan.

Kaji selidik membabitkan 2,000 wanita dan lelaki berkenaan melihat jenis, jenama dan warna kenderaan yang dipandu orang yang dikategorikan menarik.


Sehubungan itu, wanita rata-rata menganggap pemandu pikap sebagai paling menarik iaitu sebanyak 32 peratus diikuti:


• Sports (27 peratus)
• SUV (16 peratus)
• Sedan (11 peratus)
• Hibrid (9 peratus)
• Trak UPS (4 peratus)
• Van (2 peratus)


Sementara itu, jenama paling dikaitkan dengan daya tarikan terhadap lelaki adalah Ford (16 peratus), Chevrolet (13 peratus) dan Porsche (11 peratus).

Di samping itu, wanita turut meminati hitam (53 peratus) sebagai warna untuk lelaki menarik diikuti perak (16 peratus) dan merah (13 peratus).

Bagi kaum lelaki pula, mereka menganggap wanita yang memandu kereta ‘sports’ sebagai paling menarik (39 peratus) diikuti Sedan (22 peratus); SUV (20 peratus); pikap (10 peratus); hibrid (6 peratus) dan van (4 peratus).

Mereka turut menganggap wanita paling menarik jika memandu:

• BMW (16 peratus)
• Mercedes (14 peratus)
• Porsche (10 peratus)

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/29

AS laksana hukuman mati cara lama?


beberapa negeri di Amerika sebelum ini menggunakan kerusi elektrik bagi melaksanakan hukuman mati ke atas pesalah yang didapati bersalah melakukan pembunuhan. - agensi
ST.LOUIS 28 Jan. - Beberapa buah negeri di Amerika Syarikat (AS) sedang menimbang untuk memperkenalkan semula hukuman mati cara lama, termasuk penggunaan skuad menembak, kerusi elektrik dan bilik gas beracun, selepas bekalan dadah untuk melaksanakan hukuman mati menggunakan suntikan, semakin berkurangan.
Kebanyakan negeri terbabit tidak lagi melaksanakan hukuman mati cara lama, bagi memastikan hukuman mati tidak melanggar Perlembagaan dan boleh diterima oleh rakyat.
Bagaimanapun, beberapa wakil rakyat melihat kekurangan bekalan dadah boleh membawa masalah pada masa depan.
Anggota Dewan Perwakilan Missouri, Rick Brattin berkata, ia bukan cubaan untuk mengembalikan keadaan seperti pada 1850-an atau pada zaman koboi dahulu.
''Saya melihat satu masalah akan timbul dan sedang cuba untuk mencari penyelesaian secara paling berperikemanusiaan, namun pada masa sama lebih ekonomi kepada negeri ini,'' katanya yang mencadangkan skuad menembak sebagai satu pilihan untuk melaksanakan hukuman mati pada bulan lepas.
''Tidak adil untuk ahli keluarga mangsa bunuh menunggu selama berdekad-dekad untuk melihat keadilan dilaksanakan,,'' katanya.
Seorang anggota Dewan Perwakilan Wyoming, pula mencadangkan rang undang-undang membenarkan skuad menembak, manakala Peguam Negeri Mossouri mencadangkan pembinaan semula bilik gas beracun.
Seorang anggota Dewan Perwakilan Virginia pula mahu kerusi elektrik digunakan semula menggantikan suntikan maut. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140129/lu_12/AS-laksana-hukuman-mati-cara-lama#ixzz2rjljsfJL
© Utusan Melayu (M) Bhd