Sunday, January 13, 2013

Obama janji cepat serah kawalan di Afghanistan



Hamid Karzai (kiri) mengadakan sidang media bersama Barack Obama di White House, Washington, kelmarin. - REUTERS
WASHINGTON 12 Jan. - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berjanji mempercepatkan urusan menyerahkan kepimpinan ke atas kawalan keselamatan di Afghanistan daripada tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) kepada tentera negara itu bermula musim bunga ini.
Selepas berunding dengan Presiden Afghanistan, Hamid Karzai semalam, Obama berkata, tentera NATO akan hanya memainkan peranan terhad di negara itu selepas tahun depan, sambil menegaskan bahawa Washington telah mencapai sasaran utamanya di negara itu untuk menghapuskan al-Qaeda.
"Bermula musim bunga ini, tentera kami mempunyai misi berbeza di Afghanistan bagi mengadakan latihan, nasihat serta membantu tentera negara itu. Ia menjadi detik bersejarah dan satu lagi langkah ke arah kedaulatan penuh Afghanistan," katanya pada satu sidang media.
NATO, sebelum ini merancang meminta bantuan pasukan tentera sekutu bagi mengepalai usaha menentang Taliban mulai pertengahan tahun ini.
Obama, bagaimanapun menegaskan bahawa tentera AS tetap akan bersama tentera Afghanistan dalam menentang keganasan.
Karzai pula berkata, bermula musim bunga ini tentera Afghanistan akan bertanggungjawab penuh menyediakan kawalan keselamatan dan perlindungan kepada penduduk Afghanistan.
"Tentera antarabangsa dan tentera AS tidak akan ada lagi di negara kita. Ia akan menjadi tugas tentera Afghanistan terhadap keselamatan dan melindungi rakyat negara ini," katanya.
Obama merancang menarik keluar kira-kira 66,000 tentera AS di Afghanistan.
Beliau memberi amaran kepada Karzai, agar menerima perjanjian keselamatan, yang masih dalam perbincangan, yang memberi kekebalan kepada tentera AS yang masih ditempatkan di negara itu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130113/lu_03/Obama-janji-cepat-serah-kawalan-di-Afghanistan#ixzz2HoJGmTPj
© Utusan Melayu (M) Bhd 

700 Rohingya diselamat polis Thailand



Songkhla: Pihak berkuasa Thai berkata, mereka menyelamatkan hampir 700 pelarian Rohingya dari Myanmar yang ditahan oleh kumpulan pemerdagangan manusia di selatan negara itu.

Pegawai kanan polis, Kolonel Thanusin Duangkaewngam berkata, pihaknya dan pegawai kerajaan menyerbu sebuah gudang di daerah Sadao di sini semalam dan menyelamatkan 307 pelarian Rohingya.


Menurutnya, pelarian terbabit memberitahu polis, mereka datang ke Thailand secara sukarela sebelum berpindah ke negara ketiga. Polis menahan lapan suspek dipercayai anggota sindiket penyeludupan.

Pihak berkuasa turut menyerbu khemah perlindungan sementara di daerah sama kelmarin dan menemui 397 pelarian Rohingya.


Semua pelarian akan dihantar pulang ke Myanmar.


Aktivis hak asasi kemanusiaan menggesa kerajaan Thailand agar tidak menghantar pulang pelarian Rohingya ke Myanmar, di mana mereka menghadapi diskriminasi dengan ketara. - Bangkok Post

Kapal selam AS langgar kapal di Teluk Parsi



Washington: Periskop sebuah kapal selam Amerika Syarikat (AS) terlanggar sebuah kapal di Teluk Parsi, semalam, tetapi dilaporkan tidak menyebabkan sebarang kerosakan besar atau kecederaan.

Kenyataan Armada Kelima Tentera Laut AS menyatakan, periskop USS Jacksonville terlanggar kapal berkenaan ketika berlayar di Teluk Parsi, kira-kira jam 5 pagi (10 pagi waktu Malaysia).


“USS Jacksonville kemudian naik ke permukaan laut untuk mengetahui sama ada berlaku kerosakan ke atas kapal tidak dikenali itu.

“Kapal itu meneruskan pelayaran dan berdasarkan kelajuannya, tiada tanda ia rosak atau menyedari pelanggaran berkenaan,” katanya. Sementara itu, kerosakan pada kapal selam berkenaan terhad kepada satu daripada periskop yang ada.


Kapal selam berkuasa nuklear itu tetap berada dalam keadaan selamat. - AFP

Iran nafi serang siber bank AS



Teheran: Iran menafikan laporan media Amerika Syarikat (AS) mendakwa mereka melancarkan serangan siber ke atas bank negara berkenaan, semalam.

Memetik kenyataan daripada misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Iran, agensi berita Irna melaporkan, Teheran menafikan sekeras-kerasnya wujud sebarang pembabitan dalam serangan siber itu.


Teheran juga, lapor Irna, mengutuk sebarang tindakan yang melanggar kedaulatan mana-mana negara. Kelmarin, media AS mendakwa, institusi kewangan negara itu menghadapi serangan siber besar-besaran dan sesetengah pihak mengesyaki ia didalangi Iran. Bekas pegawai di Jabatan Negara Dan Perdagangan AS, James Lewis berkata, tiada sebarang keraguan pada kerajaan untuk menuduh Iran mendalangi serangan itu. Walaupun identiti penyerang masih misteri, pakar berkata, jelas pihak terbabit menggunakan senjata baru untuk menyerang laman sesawang bank AS dengan menghantar permohonan maklumat besar-besaran. Serangan gelombang ketiga itu disasarkan ke atas 20 bank utama AS dan sebelum ini kumpulan dikenali sebagai Pejuang Siber Izz ad-Din al-Qassam mengaku bertanggungjawab. - AFP

Dua askar mati lindungi guru



Pattani: Dua anggota tentera yang memberi perlindungan kepada guru terbunuh dan dua lagi cedera ekoran letupan bom di sebatang jalan di daerah Yarang di sini awal pagi semalam, kata pihak berkuasa Thailand.

Anggota tentera daripada pasukan khas No 21 Pattani itu sedang membuat rondaan di jalan kampung di Ban Buenae Peedae, tambon Prachan apabila bom yang ditanam dalam tanah meletup di bawah kenderaan mereka.


Ekoran insiden itu, polis forensik dikejarkan ke tempat kejadian membuat pemeriksaan.

Nama mereka yang terkorban dan cedera belum dapat dikenal pasti.


Lebih 5,000 orang terbunuh dan 9,000 lagi cedera dalam lebih 11,000 insiden atau 3.5 kejadian sehari di tiga wilayah selatan dan empat daerah di Songkhla sejak keganasan tercetus pada Januari 2004. - Bangkok Post

Dua beg misteri diletupkan UPB



Kuala Lumpur: Dua beg misteri yang ditemui ditinggalkan di satu tiang lampu berhampiran KLCC dan hadapan bangunan Majlis Peguam di Leboh Pasar diletupkan Unit Pemusnah Bom (UPB) sebaik menerima laporan penemuan itu, pagi tadi.

Tindakan polis meletupkan kedua-dua beg itu menggemparkan peserta perhimpunan yang sudah mula berkumpul di kawasan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, pihaknya yang dimaklumkan mengenai penemuan beg itu memanggil UPB untuk menjalankan siasatan.

Katanya, beg berkenaan yang dikatakan berisi bom ditemui berhampiran KLCC dan hadapan bangunan Majlis Peguam kira-kira jam 8.30 pagi.


"Sebaik dimusnahkan, pemeriksaan lanjut dijalankan mendapati kedua-dua beg itu kosong.


“Tiada sebarang bahan letupan ditemui sebaliknya ia hanya mengandungi kertas dan kotak kosong saja," katanya ketika sidang media di Balai Polis Tun H S Lee, di sini, hari ini.

Katanya, penemuan itu menunjukkan ada pihak tertentu yang cuba untuk memprovokasi perhimpunan berkenaan. Bagaimanapun, keadaan adalah terkawal.

Orang-orang Yang Menolak Kebenaran, Hatinya Akan Keras Seperti Batu

Allah ta’ala berfirman, mengkhabarkan tentang keadaan orang-orang kafir (artinya) :

“Bukankah mereka berjalan di atas muka bumi, lalu (bukankah) mereka pun memiliki hati yang mereka bisa berpikir dengannya, atau memiliki telinga yang mereka bisa mendengar dengannya. Maka sesungguhnya bukanlah mata mereka yang buta, akan tetapi yang buta adalah hati yang ada di dalam dada” (Al-Hajj : 46)

“Dan sungguh Kami telah jadikan banyak dari penghuni neraka Jahanam dari kalangan jin dan manusia, mereka memiliki hati, akan tetapi tidak digunakan untuk memahami, dan mereka memiliki mata, akan tetapi tidak digunakan untuk melihat, dan mereka pun memiliki telinga, tetapi tidak digunakan untuk mendengar, mereka bagaikan binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat, mereka lah orang-orang yang lalai” ( Al A’raaf : 179 )

“Kemudian setelah itu, hati kalian mengeras bagaikan kerasnya batu, bahkan lebih keras lagi (dari batu)” (Al Baqarah : 74)

Berkaitan dengan surat Al Baqarah ayat 74, dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu, Al ‘Aufi dalam kitab tafsirnya menjelaskan, tatkala ada seorang yang terbunuh di kalangan Bani Israil, para manusia berselisih tentang siapakah pembunuh orang tersebut. Kemudian Allah ta’ala perintahkan kepada Bani Isra’il untuk menyembelih seekor sapi betina. Kemudian Allah ta’ala perintahkan untuk memukulkan salah satu bagian dari tubuh sapi betina tersebut ke badan mayat. Maka tatkala mayat tersebut dipukul dengan salah satu anggota badan sapi betina, seketika itu mayat tersebut hidup kembali. Lalu ditanyakan kepadanya : “Siapakah yang membunuh dirimu?” Lantas orang tersebut menjlaskan, “yang membunuh diriku adalah anak-anak saudaraku”, kemudian orang tersebut mati kembali.

Akan tetapi orang-orang yang tertuduh tadi mengatakan, “Demi Allah, kami tidaklah membunuhnya”. Maka dengan perkataan mereka ini, mereka telah mendustakan kebenaran setelah mereka menyaksikan kebenaran tersebut.” (Lihat Tafsir Ibnu Katsir untuk Surat Al Baqarah ayat 74, Asy Syamilah)

Maka seiring berjalannya waktu, hati orang-orang Bani Isra’il menjadi semakin mengeras dan mereka semakin enggan menerima pelajaran dan nasehat, walaupun mereka telah menyaksikan kebenaran pada ayat-ayat Allah dan mukjizat-mukjizat-Nya. Hati mereka sebagaimana yang Allah ta’ala firmankan, mengeras sebagaimana kerasnya batu, atau bahkan lebih keras lagi dari batu, tidak dapat dilembutkan.

Sesungguhnya di antara celah bebatuan masih bisa mengalirkan mata air yang mengaliri sungai-sungai. Di antara bebatuan, ada juga yang terbelah sehingga keluar darinya air, meskipun air tersebut tidak mengalir. Ada pula bebatuan yang meluncur jatuh dari puncak gunung, dikarenakan takut kepada Allah subhaanahu wa ta’ala, sebagaimana Allah ta’ala firmankan :

“Langit yang tujuh, begitu pula bumi, dan seluruh yang ada di dalamnya, seluruhnya bertasbih (mensucikan) Allah ta’ala, dan tidaklah ada sesuatu pun melainkan seluruhnya bertasbih memuji-Nya, akan tetapi kalian tidak mengerti (bagaimana) tasbih-tasbih mereka. Sesungguhnya Dia-lah Dzat yang Maha Penyantun dan Maha Pengampun” (Al Israa’ : 44) (Lihat Tafsir Ibnu Katsir tentang surat Al Baqarah ayat 74)

Demikianlah keadaan orang-orang Bani Isra’il, orang Yahudi, orang Nashrani serta orang-orang musyrik dan orang sesat lainnya. Hati mereka telah mati, mengeras dan membatu. Bahkan kerasnya bebatuan pun tidak sanggup menandingi kerasnya hati mereka. Bebatuan masih bisa merasa takut kepada Allah dan masih bisa mengalirkan air dari sela-sela dirinya. Adapun hati orang-orang yang menyimpang, sama sekali mereka tidak merasa takut kepada Allah subhaanahu wa ta’ala.

Penyebabnya adalah karena mereka berpaling dari kebenaran, setelah mereka mengetahui kebenaran tersebut. Sebagaimana Allah ta’ala firmankan :

“Tatkala mereka menyimpang (dari kebenaran), maka sekalian Allah akan simpangkan hati mereka, dan Allah tidaklah memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik” (As Shaf : 5)

Syaikh As Sa’diy rahimahullahu mengatakan, “Salah satu puncak kelancangan dan kesesatan adalah tatkala seorang manusia mengetahui kebenaran, lantas meninggalkannya. Mereka berpaling dari kebenaran dengan maksud dan keinginan mereka. Maka Allah ta’ala akan semakin memalingkan hati mereka dari kebenaran, sebagai hukuman bagi mereka, atas kesesatan yang mereka pilih. Allah tidak akan memberi petunjuk kepada mereka, karena mereka tidaklah pantas untuk menerima kebaikan, tidak pantas bagi mereka melainkan kebinasaan. (Taisir Karimirrahman, Cetakan Maktabah Ar Rusyd, halaman 758)

Maka berpaling dari kebenaran, berpaling dari Al Quran dan As Sunnah merupakan sebab yang paling utama yang membuat hati manusia mengeras dan membatu. Sebagaimana hal ini menimpa Bani Isra’il dan yang semisalnya.

Berpaling dari kebenaran, inilah ciri khas yang dimiliki oleh para ahli bid’ah. Ahli bid’ah, mereka enggan untuk menerima kebenaran, meskipun telah nampak jelas kebenaran tersebut datang dari Allah ta’ala dan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Inilah perbedaan yang sangat mencolok antara ahlus sunnah wal jama’ah dengan ahli bid’ah.

Ahli sunnah bukanlah seluruhnya orang-orang yang selalu benar dan terlindung dari kesalahan, ahlus sunnah bukanlah seluruhnya orang yang memiliki ilmu yang tinggi. Akan tetapi ahlu sunnah, merekalah ahlul ittiba’ kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, yaitu orang-orang yang senantiasa berusaha mengikuti kebenaran dan petunjuk dari Al Quran dan As Sunnah.

(rekaman pelajaran Syaikh Ibrahim bin ‘Amir Ar Ruhaily hafidzohullahu ketika membahas kitab Dzamu Qoswatil Qalb li Ibni Hajar Al Asqolany)

Wallahu a’lam

***
(kebunhidayah/KabarDuniaIslam)

Saturday, January 12, 2013

Perancis, Eropah bantu kerajaan Mali perangi pengganas


BAMAKO, Mali 12 Jan. - Gambar fail menunjukkan tentera Perancis bersiap sedia melepaskan tembakan antikereta kebal ketika latihan ketenteraan di Abeche, timur Chad. Perancis semalam mengumumkan kesediaan mereka menghantar tentera bagi membantu Mali memerangi kumpulan pemberontak di negara itu. - AFP


BAMAKO 12 Jan. - Pasukan tentera Perancis dan beberapa negara Eropah lain dilapor menghulurkan bantuan kepada kerajaan Mali untuk melancarkan serangan balas terhadap kumpulan pemberontak di negara ini, semalam.
Seorang pegawai kerajaan Mali yang enggan dikenali berkata, tentera dari negara Eropah termasuk Perancis telah tiba di negara ini untuk menentang kumpulan pemberontak tersebut.
“Kami tidak akan mendedahkan jumlah tentera yang terlibat, lokasi pangkalan dan senjata yang digunakan dalam serangan balas ini," kata pegawai terbabit. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130112/lu_13/Perancis-Eropah-bantu-kerajaan-Mali-perangi-pengganas#ixzz2Hm7hJKT6
© Utusan Melayu (M) Bhd 

400 penduduk Rohingya bersembunyi di Thailand



BANGKOK 11 Jan. - Kira-kira 400 penduduk etnik Islam Rohingya dari Myanmar ditemui bersembunyi dalam sebuah kem di sebuah ladang getah di wilayah Songkla di selatan negara ini, dalam satu serbuan di wilayah itu.
Polis berkata, sebanyak 378 lelaki, 11 wanita dan 12 kanak-kanak Rohingya ditemui selepas mereka dipercayai tinggal di sana sejak tiga bulan lalu bagi menunggu untuk diseludup ke 'negara ketiga'.
Polis berkata, serbuan semalam itu dilancarkan selepas pegawai polis menerima maklumat tentang tempat perlindungan tersebut.
''Mereka akan dihantar pulang ke Myanmar semula. Proses penghantaran tersebut akan dilakukan oleh polis Imigresen,'' kata jurucakap Polis Padang Besar, Kolonel Katika Jitbanjong.
Polis berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa etnik Rohingya itu datang ke negara ini secara sukarela.
''Polis kini mendapatkan waran tangkap terhadap pemilik tanah atas dakwaan memperdagangkan manusia dan memberi perlindungan kepada pendatang haram.
Kumpulan hak asasi manusia mengkritik Thailand kerana gagal membantu etnik Rohingya yang tiba di negara ini.
''Thailand mengambil kesempatan daripada dasar baik negara jirannya, Malaysia untuk lari daripada tanggungjawab bagi melindungi pelarian dan tindakan ini amat memalukan,'' kata Human Right Watch Asia, Phil Robertson. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130112/lu_05/400-penduduk-Rohingya-bersembunyi-di-Thailand#ixzz2Hm7Xr0rg
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Perancis buru pembunuh aktivis Kurdis



PARIS 11 Jan. - Polis Perancis, hari ini melancarkan gerakan memburu pembunuh yang bertanggungjawab menembak mati tiga aktivis wanita Kurdis di sini ketika Turki menuduh kumpulan pemberontak Parti Pekerja Kurdistan (PKK) terlibat dalam pembunuhan tersebut.
Sumber mahkamah menyatakan tiga aktivis berkenaan, termasuk seorang anggota pengasas PKK, Sakine Cansiz, ditembak sekurang-kurangnya sebanyak tiga kali di kepala.
Laporan bedah siasat menunjukkan seorang daripada mangsa ditembak sebanyak empat kali di kepala dan dua lagi mangsa ditembak sebanyak tiga kali di bahagian yang sama.
Ketiga-tiga mangsa terbabit ditemui mati di Pusat Maklumat Kurdistan di Paris, semalam dan kali terakhir dilihat di pusat berkenaan tengah hari, kelmarin.
Pembunuhan tersebut berlaku ketika media Turki melaporkan Ankara dan kepimpinan PKK bersetuju untuk berunding bagi menamatkan pemberontakan selama hampir 30 tahun di negara itu.
Militan PKK yang bangkit memberontak sejak 1984 bagi menuntut kemerdekaan wilayah Kurdis daripada Turki, dianggap sebagai pertubuhan pengganas oleh Ankara dan kebanyakan komuniti antarabangsa.
Pakar berpendapat, pembunuhan itu mempunyai beberapa motif, termasuk serangan oleh ekstremis Turki dan pergolakan dalaman PKK.
Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mendakwa, pembunuhan itu mungkin bertujuan mengganggu proses rundingan damai antara Ankara dengan pemimpin PKK yang menjalani hukuman penjara, Abdullah Ocalan.
Seorang daripada mangsa pembunuhan, Cansiz yang juga bekas gerila militan tersebut, merupakan sekutu rapat Ocalan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130112/lu_06/Perancis-buru-pembunuh-aktivis-Kurdis#ixzz2Hm7OsHd7
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Polis diarah turunkan berat badan



Anggota polis yang memiliki berat badan berlebihan diarah mengikuti program penurunan berat badan di Pekanbaru, Riau baru-baru ini.
RIAU - Lebih daripada 275 anggota polis di Pekanbaru, Riau, Sumatera yang memiliki berat badan berlebihan diarah mengikuti program penurunan berat badan (PBB).
Dalam program PBB tersebut, anggota polis diarahkan bersukan di bawah terik matahari untuk membentuk tubuh yang ideal.
Ketua Polis Pekanbaru, Adang Ginanjar berkata, mereka yang mengikuti program PBB terbahagi kepada tiga kategori iaitu berumur 50 tahun ke atas dengan rekod kesihatan kurang baik, berusia 50 tahun ke atas dengan tubuh sihat dan berusia di bawah 50 tahun dengan berat badan berlebihan.
Beliau bagaimanapun berkata, untuk kategori pertama iaitu berumur 50 tahun ke atas dengan rekod kesihatan kurang baik tidak ada di Pekanbaru.
"Semua anggota polis yang mengikuti program ini sihat, mereka hanya memiliki berat badan berlebihan," katanya yang dipetik daripada ANTARA.
Adang berkata, polis gemuk yang berumur 50 tahun ke atas akan diarahkan berjalan dan berlari-lari anak melalui Jalan Ahmad Yani, Jalan Cokro Aminoto, Jalan Sam Ratu Langi sebelum pulang ke balai polis Pekanbaru.
"Bagi mereka yang berumur 50 tahun ke bawah pula, mereka perlu berlari melalui Jalan Ahmad Yani, Jalan Cut Nyak Dien, Jalan Sudirman, Jalan Sam Ratu Langi sebelum pulang ke balai polis Pekanbaru," ujarnya.
Menurut Adang, program PBB itu dilaksanakan dua kali seminggu iaitu pada hari Sabtu dan Selasa. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130112/lu_11/Polis-diarah-turunkan-berat-badan#ixzz2Hm6dsE00
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Syria kecam Duta PBB-Liga Arab, dakwa bias




12 Januari 2013
DAMSYIK- Syria mengecam Utusan Khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Lakhdar Brahimi yang didakwa berat sebelah dan timbul keraguan berapa lama lagi penantara Liga Arab Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ini boleh meneruskan misi keamanan.

Kementerian Luar Syria memberi tindak balas terhadap kenyataan Brahimi yang juga diplomat veterab Algeria, sehari selepas beliau menyarankan Presiden Bashar al-Assad meletak jawatan.

“Di Syria, apa yang orang lain boleh katakan pemerintahan keluarga beliau selama 40 tahun itu terlalu lama,” kata Brahimi merujuk kepada Assad yang mewarisi jawatan dari bapanya yang pernah merampas kuasa pada tahun 1970 dan memerintah selama 30 tahun.

Kementerian Luar turut terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan Brahimi dan ia menunjukkan beliau berat sebelah.

Media di negara itu turut berkata yang Brahimi mula menunjukkan wajah sebenar beliau iaitu sekadar alat untuk melaksanakan dasar Barat.

Brahimi sebelum ini berusaha untuk menyelesaikan konflik politik yang sudah berlanjutan selama 22 bulan dan mengorbankan lebih 60,000 rakyat Syria.

Saudi lantik 30 wanita anggotai Majlis Syura




12 Januari 2013
RIYADH - Raja Arab Saudi, Raja Abdullah melakar sejarah negara itu apabila buat pertama kali melantik 30 wanita menganggotai Majlis Syura - sebahagian daripada usaha mengadakan pembaharuan di negara pengeksport minyak itu.

Sebelum ini, Majlis Syura didominasi oleh kaum lelaki.

Semalam, Raja Abdullah mengeluarkan satu dekri yang menetapkan kuota wanita ditetapkan sebanyak 20 peratus dalam Majlis Syura iaitu sebuah badan yang dilantik oleh raja untuk memberi nasihat mengenai dasar negara dan undang-undang.

Satu artikel dalam undang-undang baru itu memberi kuasa kepada wanita dalam badan itu, di mana berdasarkan 150 ahlinya, 30 daripadanya adalah wanita.

Walaupun majlis tersebut tidak mempunyai kuasa dalam menggubal undang-undang, namun kuota sebanyak 20 peratus itu menjadikan Saudi merupakan negara keempat di rantau Arab melibatkan wanita dalam arena politik di parlimen.

Raja Abdullah membuat keputusan itu selepas mengadakan rundingan dengan pemimpin-pemimpin agama kerajaan di mana wanita tertakluk kepada banyak sekatan dan tidak dibenar bergaul bebas dengan lelaki.

Mereka menetapkan wanita dan lelaki akan diasingkan pada majlis-majlis awam dengan mengadakan kawasan khas bagi wanita dan akan masuk melalui pintu berasingan dengan lelaki.

Raja Abdullah sebelum ini turut optimis ke arah perubahan termasuk memperkenalkan pilihan raya perbandaran buat julung kali di Arab Saudi pada tahun 2005.

Pada September 2011, Raja Abdullah turut memberikan hak kepada wanita untuk keluar mengundi dan membuka ruang bagi wanita menjadi calon dalam sesi pilihan raya yang  bakal diadakan pada tahun 2015.

Thai hantar pulang pelarian Rohingya




12 Januari 2013
BANGKOK - Kira-kira 400 pelarian Rohingya yang bersembunyi di sebuah kem di dalam sebuah ladang getah di selatan Thailand akan dihantar pulang ke Myanmar, menurut pihak berkuasa, semalam.

Ketua polis Padang Besar, Katika Jitbanjong kumpulan terdiri daripada 378 lelaki dan 11 wanita termasuk 12 kanak-kanak berlindung di wilayah Songkhla sejak tiga bulan lalu sementara menunggu dihantar ke 'negara ketiga'.

"Urusan penghantaran mereka akan dikendalikan oleh imigresen," katanya. - AFP

Syaikh Muhammad Al Zawahiri Memimpin Protes Terhadap Invansi Perancis dan Menegaskan Ini Adalah Perang Melawan Islam




Elite Janisary untuk Al-Mustaqbal.net

Kemarin Syaikh Muhammad al Zawahiri hafidzahullah, adik dari amir al Qaeda Syaikh Ayman al Zawahiri hafidzahullah, membantu mengatur protes atau demonstrasi di depan kedutaan Barat. Kali ini ia memprotes invasi Perancis atas Mali, di depan kedutaan Perancis di Kairo. Perlu diingat bahwa beliau juga adalah salah satu dari masayikh yang mengatur protes 11 September 2012 di Kedutaan Besar AS di Kairo, yang ketika itu berhasil menduduki Kedubes menurunkan bendera Kafir Amerika lalu menaikan bendera Tauhid (Daulah)

Menurut Agence France Presse, para pengunjuk rasa mengatakan bahwa Perancis telah “berperang melawan Islam” karena intervensi di Mali. Hal ini sangat jelas bagi kaum muslimin yang masih diberikan oleh Allah bashirah, bahkan Presiden Perancis menyatakannya sendiri dan dibenarkan oleh firman Allah, Francois Hollande mengatakan bahwa Perancis tidak memiliki kepentingan di Mali kecuali untuk “mempertahankan Prinsip”.

Dan kita tau bahwa prinsip mereka telah tertulis di dalam Al-Qur’an…
“Orang2 yahudi dan nasrani itu tidak akan pernah ridho kepadamu sampai kamu mengikuti millah (ajaran) mereka” (Al-Baqoroh : 120)
Laporan Independen Mesir mengatakan protes saat ini direncanakan oleh Gerakan Salafi Jihadi di Mesir dan mengidentifikasi Muhammad al Zawahiri sebagai “pemimpin” dari gerakan.

Adik dari Amir Al-Qaeda mengatakan kepada Independen Mesir bahwa “Aliansi Islam untuk menghentikan ketidakadilan di Mesir” akan berpartisipasi dalam protes. Aliansi “termasuk Al-Thaifah Al-Mansurah di Kairo, Ansar al-Syariah di Alexandria dan Dawah al-Mursalin di Beni Suef.”

Syaikh Muhammad al Zawahiri juga mengatakan, menurut ringkasan Independen Mesir, bahwa protes itu dimaksudkan “untuk menarik perhatian (kaum muslimin) dan menunjukan bahwa telah terjadi ketidakadilan di Mali dan menantang Kementerian Luar Negeri Mesir yang sekarang katanya dipimpin oleh pemimpin yang lebih “islami”, akankah presiden yang katanya hapal AlQuran itu mau memberikan bantuan ke Mali? dan mengutuk posisi Prancis?.”

Laporan Independen Mesir melanjutkan:

Zawahiri memperingatkan terhadap apa yang disebutnya serangan yang telah berulang-ulang kali oleh penjajah Eropa pada umat Islam dan campur tangan dalam urusan internal mereka. Dia menggambarkan aksi militer Perancis sebagai “mengancam kembalinya kolonialisme Prancis terhadap masyarakat Arab dan Islam.”


sumber : lwj/dbs

sumber : http://al-mustaqbal.net/news/muslim-affairs/syaikh-muhammad-al-zawahiri-memimpin-protes-terhadap-invansi-perancis-dan-menegaskan-ini-adalah-perang-melawan-islam/

Rusia lancar kapal selam




12 Januari 2013
MOSCOW - Rusia melancarkan kapal selam kelas baru bagi melaksanakan operasi strategik nuklear dan Presiden Vladimir Putin berikrar untuk meningkatkan kekuatan angkatan tentera lautnya.

Putin menekankan Rusia mendapati senjata nuklear adalah sumber keselamatan penting bagi mengukuhkan kekuatan di laut selepas kejatuhan Soviet pada 1991.

Menteri Pertahanan Rusia, Sergei Shoigu berkata, Putin mengarahkan pembinaan kapal selam nuklear kelas Borei, Yuri Dolgoruky pada 1996 dan kini sudah beroperasi.

Shoigu berkata, kapal bersaiz 170 meter panjang itu direka dengan keupayaan membawa 16 Peluru Berpandu Balistik Antara Benua (ICBM), Bulava. - Reuters

Tawaran Israel ditolak




12 Januari 2013
Mahmoud Abbas
Abbas menolak tawaran Israel yang dianggap berkepentingan dan menindas rakyat Palestin.
RAMALLAH - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menolak tawaran bersyarat Israel untuk membenarkan pelarian Palestin dalam Syria kembali ke Tebing Barat dan Gaza, semalam.

Pada masa ini, ratusan ribu pelarian Palestin menghuni bumi Syria selepas diusir dari penempatan asal oleh Israel pada tahun 1948.

Bagaimanapun, sejak pengusiran itu pelarian Palestin sering menuntut dalam resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai hak mereka untuk kembali ke kawasan penempatan asal yang ditinggalkan beberapa dekad lalu.

Menurut Abbas, pihaknya telah meminta kebenaran Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon bagi mendapatkan laluan membawa masuk tahanan Palestin yang terjebak dalam perang saudara Syria ke Palestin.

"Abbas membuat permintaan itu susulan tercetusnya pergaduhan antara tentera Syria dengan kumpulan pemberontak di kem pelarian Yarmouk yang menempatkan 150,000 rakyat Palestin.

"Beliau mengaku, Ki-moon berkata bahawa rejim Zionis telah bersetuju untuk mengembalikan pelarian Palestin ke Gaza dan Tebing Barat tetapi dengan syarat iaitu setiap pelarian wajib menandatangani surat akuan bahawa mereka sudah tidak berhak kembali ke Israel.

"Jadi Abbas menolak bulat-bulat tawaran bersyarat itu dan berkata mereka lebih rela mati di Syria dari melepaskan hak mereka kembali ke tanah air mereka," kata pegawai PBB. - AP

Pemimpin puak Yaman dibunuh militan




12 Januari 2013
Militan - Yaman
Militan menyerang kenderaan dinaiki Abdul-Salam dalam wilayah Abyan.
KAHERAH - Seorang pemimpin puak terkemuka Yaman terbunuh dalam satu serangan hendap dilakukan oleh kumpulan Al-Qaeda melibatkan hubungan keselamatan, semalam.

Menurut pegawai, penyerang daripada militan Al-Qaeda dilapor menembak Ali Abdul-Salam serta mencederakan dua pengawal keselamatannya sewaktu dalam perjalanan dengan sebuah kereta di selatan wilayah Abyan.

Sementara itu, pegawai keselamatan puak berkata, militan menuduh Abdul-Salam yang juga ahli majlis tempatan wilayah Shabwa, sebagai pemberi maklumat kepada agensi keselamatan dan perisikan asing mengenai kegiatan Al-Qaeda.

Kerajaan Yaman yang mendapat sokongan Amerika Syarikat (AS), memburu militan yang dipercayai menjadikan kawasan selatan negara sebagai kubu mereka. - AP

Kenderaan milik JPJ kena bakar



SITI SAFA MOHD NOR & NOOR‘AINON MOHAMED YUSOF
12 Januari 2013
Infografik Sinar Harian oleh Aima Hashim
Infografik Sinar Harian oleh Aima Hashim
JPJ bakar
Keadaan kereta JPJ selepas api berjaya dipadamkan.
MANJUNG - Tindakan sepasukan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang dipercayai cuba memintas sebuah kenderaan lain mengundang padah apabila menimbulkan kemarahan orang ramai yang bertindak membakar kenderaan itu dalam satu insiden di Kilometer 12 Jalan Ipoh-Lumut, berhampiran Sekolah Menengah Methodist Ayer Tawar, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah hari itu, kenderaan jenis Toyota Harrier milik JPJ yang membawa tiga anggota dari arah Lumut ke Ipoh, dikatakan menaiki pembahagi jalan untuk memintas sebuah kenderaan dari arah bertentangan.

Bagaimanapun, tindakan drastik kenderaan itu menyebabkan sembilan kenderaan lain yang berada di laluan bersebelahan tidak sempat mengelak lalu berlanggar sesama sendiri.

Dikatakan menjadi punca kemalangan, orang ramai yang berang bertindak lepaskan geram sebelum membakar kenderaan JPJ itu.

Kemalangan melibatkan dua lori tiga tan, dua bas sekolah, empat kereta dan sebuah motosikal itu mengakibatkan empat parah sementara 11 yang lain cedera.

Saksi kejadian, Saravanan, 44, berkata, selang 20 minit selepas pelanggaran, orang ramai dilihat mengerumuni kenderaan JPJ berkenaan yang terbalik merintangi laluan.

Menurutnya, beberapa individu dilihat cuba melepaskan geram dengan menendang dan memukul kenderaan tersebut menggunakan topi keledar.

“Ada beberapa anggota pihak berkuasa yang cuba untuk meleraikan, namun situasi tenang tidak lama.

“Mereka kembali merusuh dan ketika itu orang ramai sekali lagi mengerumuni kenderaan berkenaan dan menterbalikkan kereta itu sebanyak dua kali,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Saravanan berkata, dalam keadaan tidak terkawal itu, secara tiba-tiba api dilihat dari bahagian bawah kenderaan menyebabkan orang ramai bertempiaran lari. Tindakan pantas anggota bomba memadam kebakaran berjaya menyelamatkan keadaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan, Rizuan Ramli berkata, kebakaran itu berlaku ketika kerja selamat mangsa dilakukan.

“Kita tiba di tempat kejadian sebaik terima panggilan kira-kira 12.21 tengah hari. Ketika itu semua mangsa dibawa keluar orang awam dan dihantar ke hospital rawatan lanjut,” katanya.

Bunyi dentuman kuat

“Ketika itu saya sedang menunggu anak yang mahu pulang dari sekolah, tiba-tiba saya terdengar bunyi satu dentuman yang kuat dari arah jalan.

“Saya yang mula mengesyaki sesuatu terus menuju ke tempat kejadian dan melihat beberapa kenderaan telah berlanggar,” demikian kata seorang saksi, Asrol, 36.

Katanya, ketika itu dia berada 20 meter sahaja dari tempat kejadian.

“Saya melihat beberapa mangsa tersepit dalam kenderaan masing-masing dan bertindak membantu mereka, ketika itu dia tidak memikirkan apa-apa kecuali mahu menyelamatkan mangsa,” katanya.

Asrol berkata, mereka terpaksa mengumpil bahagian pintu serta beberapa bahagian lain kenderaan untuk mengeluarkan mangsa.

Kenderaan saling berlanggar

Seorang lagi saksi dikenali Raja, 47, berkata, insiden itu menyebabkan beberapa kenderaan saling berlanggar sesama sendiri.

Katanya, lori, kereta, bas dan motosikal yang berada di laluan berkenaan masing-masing tidak sempat mengelak sebelum saling berlanggar.

“Ini kejadian pertama seumpama ini yang pernah saya lihat melibatkan begitu banyak kenderaan,” katanya.

Anggota JPJ selamatkan diri

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Ahmad Mat Isa berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dan semua mangsa dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, ketika kejadian, tiga anggota JPJ berjaya keluar dari kenderaan yang dinaiki sebelum melarikan diri kerana khuatir dicederakan orang ramai.

“Ketiga-tiga mereka menumpang kenderaan orang awam untuk ke Balai Polis Seri Manjung.

“Siasatan mendapati, kenderaan JPJ telah dirosakkan, cubaan membakar turut berlaku, namun berjaya diselamatkan bomba yang berada di tempat kejadian,” katanya.

Walau bagaimanapun, menurut beliau, insiden itu berlaku apabila kenderaan JPJ berkenaan berhenti di lampu yang menunjukkan isyarat merah di Pekan Ayer Tawar.

“Semasa tunggu lampu bertukar hijau, tiba-tiba sebuah lori bawa muatan kelapa sawit dari arah Ipoh melanggar kenderaan JPJ itu,” katanya.

JPJ perlu kaji semula operasi: Koo Ham



WARTAWAN SINAR HARIAN
12 Januari 2013
Ngeh Koo Ham
Koo Ham ketika meninjau lokasi kejadian.
IPOH – Insiden kenderaan JPJ dibakar mendapat reaksi Adun Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham yang turut berada di lokasi kemalangan dan berasa simpati dengan kejadian yang menimpa 25 mangsa kemalangan.

Beliau turut mengemas kini kejadian itu menerusi laman Twitternya dan menyelar tindakan JPJ melanggar penghadang jalan untuk melaksanakan penguatkuasaan.

Menurutnya, tindakan drastik itu mengundang padah apabila ia membahayakan pengguna jalan raya di jalan utama berhampiran sekolah.

“Orang ramai membakar kenderaan jabatan itu kerana geram berikutan tindakan penguat kuasa melanggar undang-undang untuk memintas kenderaan lain.

“Iktibar daripada kejadian ini, JPJ perlu mengkaji semula operasi mereka yang sering menjadikan pemandu lori sebagai sasaran mereka,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sementara itu, usaha Sinar Harian mendapatkan reaksi dari pada JPJ gagal apabila pihak mereka memaklumkan akan menghubungi semula Sinar Harian Perak selepas mendapat laporan penuh mengenai kejadian itu.

Namun, setakat jam 7 malam, Sinar Harian tidak menerima panggilan daripada JPJ selepas meninggalkan nombor telefon ketua wartawan.

Nooh Gadut: Murtad jika benar Bible guna kalimah ALLAH




12 Januari 2013
NOOH GADUT
NOOH GADUT
JOHOR BAHRU - Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut berkata, mereka yang membenarkan penyelewengan penggunaan kalimah ALLAH boleh jadi murtad dan perlu bertaubat dengan segera.

Menurutnya, kalimah ALLAH adalah hak mutlak agama Islam serta mereka yang mengucap dua kalimah syahadah iaitu kalimah penyaksian, sumpah setia dan akujanji terhadap keEsaan ALLAH S.W.T.
"Apabila sesuatu hukum telah tercatat di dalam al-Quran dan Hadis, selain ijmak ulama, maka ia tiada kompromi.
"Daripada segi hukum kalau seseorang itu melanggarnya, dia boleh jadi murtad dan kafir sekiranya perbuatan itu dilakukannya dengan keadaan sengaja dan waras," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Wakaf dan Perancangan Harta Pusaka Islam, di sini hari ini.
Katanya, di dalam al-Quran jelas menerangkan kalimah ALLAH merupakan kalimah eksklusif untuk orang Islam sepertimana dalam Surah Thaha ayat 14 maksudnya, "Sesungguhnya Akulah ALLAH; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Aku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Aku".
"Jadi jelas barang siapa yang mengatakan agama semua sama, hukumnya murtad.
"Kerana itu apabila bercerita tentang akidah dan hukum, ia tidak boleh ditafsirkan mengikut politik sama ada politik pembangkang atau politik kerajaan," katanya.
Nooh berkata, jika penggunaan kalimah ALLAH dibenarkan dalam Bible versi bahasa Melayu ia akan menimbulkan kekeliruan kerana menurutnya di dalam agama Kristian itu sendiri terdapat tiga nama tuhan.
Beliau turut menegur sikap pihak tertentu yang seolah-olah sengaja menguji keharmonian negara dengan menganggu kontrak sosial yang selama ini menjadi tunggak kepada keamanan negara.
"Jika permasalahan ini tidak diselesaikan dengan segera ia boleh menyebabkan huru hara dan kepada mereka yang berkenaan, jangan melampau kerana saya bimbang akan sampai ketika umat Islam tidak akan dapat menahan sabar demi mempertahankan akidah, nanti  'yang menang jadi arang yang kalah jadi abu'.
"Nasihat saya kepada yang Islam itu, betulkanlah segera akidah mereka dan yang bukan Islam, berjaga-jaga, jangan sampai umat Islam hilang sabar," katanya. - Bernama

Anwar: #KL112 tanda suara rakyat tidak boleh diabai



WARTAWAN SINAR HARIAN
12 Januari 2013
Himpunan Kebangkitan Rakyat
Stadium Merdeka yang bersejarah menjadi tumpuan peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung dari jam 2 hingga 5 petang tadi. - Foto ihsan Mohd Afif Azman
Himpunan Kebangkitan Rakyat
Lautan manusia yang menghadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka petang ini. - Foto ihsan Mohd Afif Azman
SHAH ALAM – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Himpunan Kebangkitan Rakyat (#KL112) yang diadakan hari ini menunjukkan mesej jelas bahawa kerajaan tidak boleh mengabaikan suara rakyat.

Katanya, hari ini seluruh rakyat bersatu hati dan bersatu suara dalam menuntut perubahan.

“#KL112 mungkin membawa pelbagai isu tetapi semuanya berkait antara satu sama lain, tetapi Malaysia akan menjadi lebih baik apabila suara ramai mulai didengari.

"Sama ada untuk mengubah pilihan raya, menyediakan pilihan raya yang bebas, menghentikan Lynas ataupun mempertahankan hak keluarga Felda.

"Kami menuntut pilihan raya yang adil dan bebas. Tidak ada sesiapa yang boleh curi undi kita. Kita harus bersatu untuk mempertahankan undi kita dan tidak akan membenarkan sesiapapun untuk menipu undi kita. Ubah pilihan raya sekarang," katanya, yang juga Ketua Umum

Pakatan Rakyat, dalam satu kenyataan hari ini, menjelang Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung di Stadium Merdeka mulai jam 2 petang tadi.

Tambahnya, generasi muda yang ada kini perlu dijamin masa depan mereka dan pendidikan percuma kepada semua anak Malaysia adalah tanggungjawab pemimpin, bukannya meletakkan hutang kepada golongan muda.

Beliau menambah, dalam mengejar kemajuan, perniagaan tidak boleh mengatasi isu alam sekitar, terutamanya membabitkan keselamatan rakyat Kuantan tidak boleh diabaikan.

“Perniagaan tidak boleh melebihi keselamatan alam sekitar, sebab itulah kita wajar melindungi keselamatan rakyat Kuantan. Katakan tidak kepada Lynas.

“Selain itu, peneroka dan keluarga mereka bukanlah barangan tidak komoditi yang akan didagangkan seperti yang dilihat dalam penyenaraian yang terpaksa dilalui oleh peneroka Felda dan kesan kewangan akibat penyenaraian  itu kini terpaksa dihadapi  hari ini.

“Hari ini kita wajar putuskan apa yang betul dan apa yang tidak kepada kumpulan kecil yang memakan yang lemah,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Sementara itu, beliau berkata, rakyat Malaysia di luar negara yang akan mengundi dalam pilihan raya akan datang diingatkan bahawa mereka adalah seorang individu yang bebas memberikan pendapat mereka mengenai apa yang di tanah air dan cabaran-cabaran yang
terpaksa dihadapi oleh penduduk di negara ini.

Sehubungan itu, katanya, sokongan mereka amat diperlukan terutamanya untuk kembali ke tanah air demi mencurah bakti dan jasa kepada Malaysia dengan sumber yang terhad dan untuk menyalurkan keyakinan kepada ahli keluarga di Malaysia bahawa perubahan adalah mungkin dan semakin hampir untuk berlaku.

Katanya lagi, semua disaran untuk terus mengemas kini Twitter masing-masing sepanjang hari untuk berkongsi pandangan sebagai usaha membina harapan dan mengembangkan tolenransi serta menenepikan pemimpin yang bersikap acuh tak acuh yang memerintah hari ini.

“Satu hari nanti, kebenaran akan muncul dan sinar cahaya akan bersinar lagi dalam kehidupan kita,” katanya.

Mat Sabu: Terima kasih kerana #KL112 aman



ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD
12 Januari 2013
Mat Sabu: Terima kasih kerana #KL112 aman
Suasana di Stadium Merdeka petang ini, yang menjadi lokasi Himpunan Kebangkitan Rakyat.
KUALA LUMPUR - Pengarah Himpunan Kebangkitan Rakyat, Mohamad Sabu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan himpunan hari ini.

Mohamad berkata, himpunan itu yang turut dikenali dengan nama "#KL112" adalah rentetan daripada himpunan sebelum ini yang dibawakan oleh parti-parti dibawah Pakatan Rakyat.

"Terima kasih saya ucapkan kepada parti PR, Parti Sosialis Malaysia, semua NGO-NGO yang bertungkus lumus menjayakan HKR112.

"Terima kasih juga kepada pihak pengurusan kerana mengizinkan kita berhimpun hari ini, dari perundingan dan pertemuan, mereka PDRM bekerjasama menjayakan majlis ini serta terima kasih kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

"Dan lebih utama adalah tuan-tuan dan puan-puan yang menyertai HKR112 ini," katanya ketika berucap di hadapan 50,000 di Stadium Merdeka, hari ini.

Menurut beliau, #KL112 juga telah dan akan berlangsung di beberapa negara lain yang mana mempunyai rakyat Malaysia.

Katanya, PR jayakan himpunan itu dari 3 November lalu dan semalam adalah himpunan akhir seblum menuju ke Putrajaya.

Timbalan Presiden Pas itu turut mengucapkan terima kasih kepada peserta kerana berjaya masuk ke dalam stadium dengan aman.

"Kita datang dengan aman, dan berpisah nanti juga aman dan tenteram. Jangan langsung rosakkan harta awam. Biarlah yang melakukan kerosakan itu Barisan Nasional.

"Hari ini laman web proumno cakap kita bayar RM150 seorang. Betul ke bohong? Bukan kita bayar , tetapi kita mahu minta duit daripada tuan-tuan," katanya yang turut melancarkan derma bagi tabung membiayai program tersebut.

Bakar kereta JPJ: 3 suspek ditahan




12 Januari 2013
JPJ bakar
Keadaan kereta JPJ selepas api berjaya dipadamkan.
IPOH -  Polis menahan tiga orang bagi membantu siasatan kes kenderaan rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Seri Manjung dirosak orang awam di Pekan Ayer Tawar berhampiran Seri Manjung dekat sini, semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, mereka ditahan di kawasan berasingan hari ini dan semalam.

"Polis masih menjalankan siasatan daripada pelbagai aspek dan akan menahan beberapa lagi suspek yang terlibat dalam kejadian itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Akhbar hari ini melaporkan sebuah kenderaan pacuan empat roda JPJ diterbalik dan dibakar orang ramai dalam kemalangan membabitkan 10 kenderaan di KM 12 Jalan Ipoh-Lumut berhampiran Sekolah Menengah Methodist, Ayer Tawar.

Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, DSP Ahmad Mat Isa dilapor berkata, kira-kira 30 individu di kawasan itu menyerbu ke arah anggota JPJ terbabit dan menuduh mereka menyebabkan berlakunya kemalangan tersebut.

Pelanggaran itu mengakibatkan empat cedera parah manakala 11 yang lain cedera ringan dan kesemua mereka menerima rawatan di Hospital Seri Manjung. - Bernama

#KL112: Tahniah semua!



G MANIMARAN, SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN, HANUM RAJAK, NIZAM ZAIN & JAMILAH HAMZAH
12 Januari 2013
 #KL112: Tahniah semua!
Stadium Merdeka yang bersejarah menjadi tumpuan peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung tadi. - Foto ihsan Mohd Afif Azman
#KL112: Tahniah semua!
Pemandangan dari udara lautan peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka dan kawasan sekitar. Foto ihsan Zulhabri Supian/ Sin Chew
[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR - Tahniah! Tiada perkataan lain yang nampak sesuai dan tepat untuk diberikan kepada semua.
Tahniah bukan sahaja kepada penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat (#KL112), tahniah juga kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pengurusan Stadium Merdeka.
Sekali lagi rakyat dan pihak berkuasa telah berjaya membuktikan bahawa satu perhimpunan - tidak kira saiz dan bilangan peserta - boleh diadakan dengan aman dan berjaya jika setiap individu yang terbabit, sama ada yang memegang kuasa atau sebaliknya, bekerjasama, menghormati satu sama lain, memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing dan pihak lain, dan menghormati peraturan dan undang-undang.
Selepas insiden pahit Perhimpunan Bersih 2.0 dan Bersih 3.0, semua menunjukkan bahawa rakyat Malaysia masyarakat matang. Perhimpunan Bersih 2.0 disusuli dengan penggubalan Akta Perhimpunan Aman. Undang-undang itu disusuli dengan Perhimpunan Bersih 3.0.
Hari ini, di tempat tertutup Himpunan Kebangkitan Rakyat.
Bertolak daripada persekitaran himpunan hari ini, yang dipercayai disertai sekitar 100,000 orang,  nampaknya kita boleh menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang akan diadakan sebelum akhir Jun ini, dengan tenang dan aman.

Komen di Twitter
Komen-komen blog mikro yang ditinjau Sinar Harian Online sebaik sahaja berakhir Himpunan Kebangkitan Rakyat, menunjukkan pemimpin dari Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) mengucapkan tahniah atas 'kejayaan' hari ini.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah yang mengucapkan tahniah kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, "+100 RT "@dinogombak: tahniah boss @HishammuddinH2O dan syabas pada @PDRMsia ada yang tak tidur dari semalam... #Salute."
Saifuddin yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi menulis, "Tahniah! RT "@dinogombak: boss @HishammuddinH2O dah boleh relaks minum kopi !!"
Hishammuddin, yang juga Naib Presiden Umno pula membalas mesej Twitter dengan menulis: "Terima kasih, ia tidak mudah @DrFathirAlhadad: #KL112 #HKR112 @HamdanMSalleh dengar khabar @PDRMsia semakin matang bersama masyarakt madani... Kudos H2O."

Ezmir SAMM pula berkata, "walaupun pelbagai SMS ugutan yang kami terima termasuklah ugutan 'bunuh', namun tidak menjadi penghalang untuk anak muda lakukan revolusi!"

Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak ketinggalan berkongsi tahniah hasil penganjuran himpunan hari ini.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas alasan membenarkan penganjuran Himpunan Kebangkitan Rakyat.
"Najib juga layak terima kredit kerana membenarkan  #KL112 diadakan dengan aman meskipun menerima bangkangan daripada golongan tegar dalam Umno, kerajaan, polis, yang seharusnya diketepikan," kata ahli Parlimen veteran ini.
Katanya, "HKR Stadium Merdeka satu kejayaan bersejarah, 100,000 orang, semua kaum berhimpun secara aman dengan harapan untuk perubahan. Demokrasi Malaysia sudah matang."
Naib Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan berpendapat bahawa himpunan #KL112 telah membuktikkan ia hanya satu perjumpaan politik manakala dakwaan bahawa sejuta orang akan berhimpun adalah palsu, ucapan Anwar pula hanya berkisar isu lama dan sebenarnya mana-mana perhimpunan akan aman jika tiada isyarat gerak tangan, yang dilihat merujuk kepada gerak-geri Anwar semasa Perhimpunan Bersih 3.0.
Pemimpin muda dari Majlis Peguam, Syahredzan Johan menulis: "Warga KL - buat apa sahaja yang anda perlu lakukan hari ini, jangan berhenti kerana #KL112. Ia juga hak anda. Jadikan demokrasi satu norma."
Anas Zubedy mengulas perkembangan hari ini dengan berkata, "#KL112 juga menunjukkan jika Pas mengepalai, hasilnya baik dan matang. Sudah pasti yang Pas pemimpin dalam PR. Tahniah!"
Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin juga berkongsi pandangan berhubung perkembangan hari ini.
Kata beliau, "ertinya jika tiada campur tangan politik permusuhan dari atasan, pihak PDRM dapat menjalankan tugas dengan baik untuk semua."
 

Tahniah kepada polis
Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh juga mengucapkan tahniah kepada polis dengan mengulangi mesej yang dihantar pemegang akaun @MahasiswaMsia.
MahasiswaMsia menulis, "terima kasih buat pasukan @PDRMsia yang sangat komited dalam menjalankan tugas demi menjaga keamanan."
Seorang pemilik akaun bernama Najib berkata, "matang RT @saifuddinabd: +1 RT "@Hussamuddin: Kalau semua pihak bekerjasama macam ni kan baik."
Mesej itu dikongsi itu oleh Saifuddin.
Dalam SMS kepada Sinar Harian Online, Saifuddin berkata, perhimpunan politik adalah sebahagian darpada demokrasi."
Oleh itu beliau yang dilihat sebagai pemimpin moderat dalam Umno berkata, ia sepatutnya bebas dianjurkan oleh mana-mana parti politik, asalkan secara aman.
"Ia tidak perlu menjadi isu, terutama apabila dianjurkan pihak yang berbeza pendirian politik dengan kita. Ia tidak boleh kelihatan seolah-olah hanya sesuatu pihak sahaj yang dibolehkan menganjurkannya.
"Perhimpunan hari ini secara fundamentalnya tidak banyak berbeza dengan Perhimpunan Ulang Tahun Umno ke-66 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada tahun lalu," kata beliau sambil berkata, "kedua-duanya dianjurkan oleh parti politik."

Perhimpunan masa depan
Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata, semua pihak kelihatan mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2011.
"Ini perkembangan baik. Tahniah juga kepada polis yang menjalankan tugas dengan cemerlang. Selepas ini, saya harap semua pihak yang ingin menganjurkan perhimpunan dan yang terlibat dengannya akan memberikan kerjasama baik antara satu sama lain.
"Semoga tiada lagi usaha menakut-nakutkan orang ramai dengan adanya perhimpunan atau bagi yang ingin menyertainya.
"Lebih penting lagi, selepas ini, kita dapat membincangkan apa yang dibicarakan dalam perhimpunan itu, dan tidak lagi tentang logistik perhimpunan semata-mata," katanya.
Penganjur menyifatkan himpunan tersebut cukup berjaya berikutan ia berjalan dengan aman tanpa sebarang provokasi.
Bermula dengan perarakan dari lapan 'checkpoint' berbeza, pihak berkuasa tempatan menempatkan pegawainya di setiap lokasi terbabit.
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali ketika ditemui selepas himpunan tamat sekitar jam 5.30 petang tadi melahirkan kesyukuran atas kelangsungan himpunan tersebut.
"Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang bangkit pada hari ini. Kami himpun secara aman dan teratur.
"Ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia ini cukup bertanggungjawab, mereka sekadar ingin berhimpun menyatakan aspirasi mereka untuk membawa perubahan," katanya kepada Sinar Harian Online.
Beliau menyentuh soal kehadiran sebilangan besar golongan muda yang membanjiri Stadium Merdeka.
"Hari ini kita saksikan anak-anak muda begitu ramai daripada pelbagai kaum termasuk kaum-kaum dari Sabah dan Sarawak, bersatu hati untuk sama-sama menjana satu perubahan.
"Ini juga satu mesej yang cukup jelas. Kalau mesej ini pun Perdana Menteri tidak faham, saya kira amat malang sekali," katanya.
Tambahnya, "perhimpunan hari ini disifatkan cukup berjaya dan ini akan menjadi perhimpunan yang akan menjana kekuatan baru menjelang Pilihan Raya Umum ke-13."
Dalam pada itu, sebahagian pemimpin lain menyampaikan penghargaan terhadap kerjasama yang dihulurkan pihak berkuasa tempatan.

Aman kerana tiada gangguan
Pengasas Soladiriti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Cikgubad berkata pihak polis sudah bertindak rasional atas kerjasama hari ini.
"Perhimpunan hari ini boleh aman kerana apa? Kerana kita tidak diganggu. Maknanya, kalau pihak polis boleh bertindak rasional, tiada masalah. Akhirnya, hari ini mencatat sejarah.
"Mereka mula melihat bahawa peralihan itu suatu perkara yang tidak boleh dielak lagi dan ini merupakan pertanda yang baik bahawa kebangkitan rakyat akan memperolehi kemenangan dalam masa terdekat ini," katanya.
Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman pula menyifatkan kejayaan himpunan hari ini berkait rapat dengan perbincangan yang dijalankan pihak penganjur dan pihak berkuasa sebelum ini.
"Kalau perbincangan itu berjalan, saya yakin akan dapat hasil yang baik. Pengalaman masa lampau menunjukkan apabila berlaku masalah interaksi antara kedua belah pihak, perbincangan tidak berlaku. Berbeza dengan kali ini," katanya.
Himpunan ini dihadiri sebahagian besar pemimpin PR termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Meskipun peserta dilarang membawa anak ke himpunan itu, terdapat sebilangan kanak-kanak yang menyertai himpunan tersebut.
Pihak berkuasa bukan saja menjalankan pemerhatian di jalan raya, malah sebuah helikopter dilihat berlegar-legar di udara ketika peserta berarak menuju ke Stadium Merdeka.
Ahli jawatankuasa penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat, Hishamuddin Rais berkata, "himpunan tadi (hari ini) telah berjaya mengumpulkan 500,000 orang dan program kita berjalan mengikut masa yang dirancang dari jam 2 hingga 5 petang."
"Bagi kita ini adalah satu kejayaan besar. (Seramai) 500,000 rakyat itu, Anwar telah bercakap tadi, ia satu amaran kepada Najib, Umno-Barisan Nasional, jangan menipu di pilihan raya akan datang," katanya,
Di sudut polis, penganjur perhimpunan dikatakan telah melanggar tiga daripada 27 syarat yang dipersetujui antara mereka dan polis sebelum ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata tiga syarat itu ialah larangan membawa kanak-kanak berusia bawah 15 tahun; membawa plakad, sepanduk dan kain rentang berunsur hasutan serta peserta perhimpunan yang melebihi 30,000 orang.
Menurut Zainuddin polis menganggar kira-kira 45,000 peserta hadir pada perhimpunan itu.