12 Januari 2013
RAMALLAH - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menolak tawaran bersyarat Israel untuk membenarkan pelarian Palestin dalam Syria kembali ke Tebing Barat dan Gaza, semalam.
Pada masa ini, ratusan ribu pelarian Palestin menghuni bumi Syria selepas diusir dari penempatan asal oleh Israel pada tahun 1948.
Bagaimanapun, sejak pengusiran itu pelarian Palestin sering menuntut dalam resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai hak mereka untuk kembali ke kawasan penempatan asal yang ditinggalkan beberapa dekad lalu.
Menurut Abbas, pihaknya telah meminta kebenaran Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon bagi mendapatkan laluan membawa masuk tahanan Palestin yang terjebak dalam perang saudara Syria ke Palestin.
"Abbas membuat permintaan itu susulan tercetusnya pergaduhan antara tentera Syria dengan kumpulan pemberontak di kem pelarian Yarmouk yang menempatkan 150,000 rakyat Palestin.
"Beliau mengaku, Ki-moon berkata bahawa rejim Zionis telah bersetuju untuk mengembalikan pelarian Palestin ke Gaza dan Tebing Barat tetapi dengan syarat iaitu setiap pelarian wajib menandatangani surat akuan bahawa mereka sudah tidak berhak kembali ke Israel.
"Jadi Abbas menolak bulat-bulat tawaran bersyarat itu dan berkata mereka lebih rela mati di Syria dari melepaskan hak mereka kembali ke tanah air mereka," kata pegawai PBB. - AP

No comments:
Post a Comment